Chapter 35

Romance Series 9594

Di malam hari dalam bilik hotel. Pada pukul 9:15 malam.

"Biy, sayang tido dulu tau. Penatlah." Aduku

"Ok. Tapi, tido atas katil ni jangan nak mengada-ngada bawak bantal selimut tido dekat bawah. Nanti biy juga kena teman dia tido bawah sekali." Tegas Ash

"Halarhhh..baru nak tido bawah."

"Hah..merajuk laaa. Buat ape hotel ni sediakan katil then kita tido kat bawah. Lebih baik kita tido kat lobi jee ade juga sofa boleh tido." Kata Ash tegas yang masih berdiri bercekak pinggang melihat aku yang tengah duduk atas katil berpeluk dengan bantal.

"Biarlah nak tido mane pun." Kataku dan terus baring, tarik selimut dan pejamkan mata.

Ash menutup suiz lampu utama dia tutup hanya tinggal lampu bilik air, jadi cahaya ade dalam bilik tu. Ash tutup tv yg terpasang tu lalu dia rebah disebelahku.

"Sayang..biyy nak cakp ni. Walau apa pun yang berlaku selepas ni, biy nak sayang jangan pernah tinggalkan biy. Kalau biy ada marah sayang mesti ada sebab. Biy takkan marah sayang tanpa sebab.." kata Ash. Aku yang dengar terus berpaling menghadapnya.

"Lagi.." kataku pandangnya.

"Lagi.. biy nak kitaa sentiasa tidur berdua bersama. Walaupun biy balik lewat malam ke, then biy tertido kat sofa rumah kita nanti, biy nak sayang selalu ade disisi biy. Hanya sayang yang mampu buat biyy tersenyum sampai ketelinga." Jelas Ash.

"Sayang pun ada benda nak ckap. Sayang nak kita saling mempercayai antara satu sama lain. Faham dengan kerja masing2. Sayang tahu, biy maybe selalu ada patient perempuan, maybe ade kawan baik perempuan. Sayang tak marah semua tu, cuma sayang nak biy jujur dengan sayang itu jee." Kataku dan terus cium dahinya.

"Satu lagi biy tertinggal. Biy nak mintak maaf pasal malam semalam, masa biy tukar baju sayang tu.."

"Hah tak habis lagi pasal tu. Ape biy nak bagi tahu ni." Kataku potong cakapnya.

"Sayang malam tadi makan madu ke ?" Soal Ash tiba2.

"Madu ? Tak adalah. Apa biy merepek ni."

"Sebab malam tadi biy rasa mulut sayang rasa madu.." kata Ash lancar. Hah..!! Merah muka kau Hida.

"Biyy.." panggilku

"Ye sayang."

"Biy ni nakal laaa.. ada-ada jee dia nak buat. Pantang ada peluang." Kataku sambil mencubit pipinya.

"Biy nakal dengan isteri biy je. Bukan dengan sesiape pun. Lagi satu, bibir tu kalau boleh jangan selalu muncung, seksi sangat. Boleh buat biy geram tau." Kata Ash.

"Apaa biy ni.." blushing dah. Nasib baik gelap taklah nampak pipi merah ni.

"Dah2 tido. Tadi kata mengantuk. Meh sini biy dodoikan." Peluk Ash merapatkan tubuh aku ke tubuhnya.

Semenjak aku kahwin ni. Dah dua malam aku tido tak berbantal hanya berbantal lengan Ash. Kesian laki aku ni.

***********

Hari photoshot. Baju semalam disarung semula, di make-up semula. Nak photo berdua semalam tak boleh ada orang tua2  tak manis nanti dipandang. Ni gambar kahwin untuk kenangan sendiri.

"Biyy..kenape biy masih tunggukan sayang."  Bisikku ditelingnya. Tengah2 berphotoshot time nie jugalah nak main tanya2.

"Biy tunggu sayang sebab biy percaya pada mimpi biy." Balasnya berbisik juga.

"Biy mimpi ape ?"

"Biy mimpi sayang selalu panggil biy datang dekat dengan sayang." Jawabnya. "Sayang...." kata Ash dan menganggkat mukaku memandangnya.

"Ye biy. Kenape ?" Bermuncung aku tak senyum. Entah ape yang buatkan aku tak tersenyum pagi2 nie.

"Sayang tak suka dengan perkahwinan ni ke ?" Soal Ash. Aku cuba untuk tidak memandang wajahnya. "Sayang.. look at me" Ash merapat mukanya dengan mukaku. Siapa sangka gambar paling win dalam berperkahwinan gambar suami isteri sedang bercium.

Nasib baik tak tak ada orang hanya ada photographer jee. Tapi sekejap ambik shot then dia berlalu tinggalkan Hida dan Ash dengan dunia mereka sendiri.

"Bibir sayang kali ni rasa gula2 laa. Manis jee, rasa taknak lepas pulakk." Kata Ash mengusik. Aku yang malu ni terus memukul dada bidangnya2.

"Biy, sajakan kacau sayang. Malulahh biy, nanti ape photographer tu ckap." Kataku dengan nada merajuk.

"Alolo.. tadi tak malu pun. Lagipun dia tak ada pun kat sini. Dia pergi tadi masa kitaa dah tutt tutt." Jawab Ash.

"Mane biy tahu ?"

"Biy tahu laa. Biy jeling kat diaa suruh dia pergi." Kata Ash.

"Yelaa tuu. Biyy.." panggilku dan memandangnya yang masih memeluk pinggangku.

"Ye sayang. Kenape lagi ni." Kata Ash lembut.

"Maafkan sayang sebab sayang tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk biy. Biy tahukan yang sayang baru nak mula kerjaya sayang sebagai peguam. Surat tawaran pun dah sampai. Tunggu lapor diri jew lagi." Kataku sedih.

"Biy faham semua tu. Biy takkan paksa sayang, janji sentiasa ada disisi biy." Katanya dan cuit hidungku. "Sayang dapat dekat mane ?" Soalnya.

"Kat Putrajaya, bawah Pentadbiran Negara." Balasku

"Jauhnya sayang pergi nanti dari rumah kita." Kata Ash lagi.

"Rumah kita ?" Soalku mengejut.

"Ha'ah rumah kita. Tak besar pun kecik jee. Rumah tu biy baru beli dari kawan biy, dia pindah balik Johor. Tu yang dia jual dengan biy." Jelas Ash.

"Ooo..bila masuk rumah tu ?" Soalku teruja

"Lepas habis photoshot nie." Balasnya.

"Yayyyy. Sayang biy." Aku cium bibirnya dengan sekali chupp jee. Tak lama macam tadi  *_-
_______________

Selesai saja photoshot indoor, outdoor. Baju pun dah bertukar pada pakain casual saja. Ash membawa Hida ke rumah yang baru dibelinya. Tak jauh dari Hotel yang dia tinggal.

"Sini ke rumah kita ?" Soalku

"Ikut jee."

Siapa tak terkejut. Ash memarkirkan keretanya tempat letak kereta berbumbung. Hida melihat sekeling-ling semua kereta daripada luar negara. Tiada sebiji pun kereta dari Malaysia. Hida memandang banggunan yang tinggi dihadapannya.

"Biyy..serius lahh sikit. Biy nak bawak sayang pergi mana ni ?" Soalku lagi pada Ash yang masih mengeluarkan beg baju dari dalam kereta.

"Seriuslah ni. Guard tu pun bagi abang masuk tau." Kata Ash.

Ash dan Hida jalan beriringan. Kiri kanan Ash penuh dengan beg baju. Hida hanya berlenggang jee. Bukan taknak tolong, tapi Ash tak bagi dia angkat ape pun.

Sampai saja didepan pintu gril besi. Ash mengeluarkan kunci dan membuka kunci tu. Melepasi gril besi ade pulak pintu kayu berwarna hitam. Buka lagi. Melangkah saja masuk. Terngangaa mulut dibuatnya. Siapa sangka masuk jee dah nampak disebalik cermin tu bangunan KLCC. Wow !

"Sayang, maaflah tak besar pun. Ni panthouse dua tingkat. Bahagian bawah nie ada satu je bilik. Atas ada lagi 4 bilik. Jom biy tunjukkan bilik kita." Kata Ash dan berlalu. Aku mengikut langkah kakinya.

"Ni bilik kita." Kata Ash dan terus masuk ke dalam untuk letakkan beg baju semua.

"Besarnya bilik ni." Kataku.

"Jom biy tunjukkan bilik terpenting sekali." Ash menarik tanganku.

"Nie, office kita. Kalau ade kerja yang dapat disiapkan boleh siapkan dalam bilik nie sebab ada dinding dibhagikan dua kat sini. Sayang pilih jee bahagian mane2. Rak buku ada belakang tu, semua keperluan sayang untuk kaji kes sayang." Jelas Ash. Aku hanya mengangguk tanda faham. Tak sangka Ash akan sediakan semua ni.

"Bila biy buat deko nie semua, then cari bahan untuk sayang kaji kes bagai ni" soalku.

"Lepas jee kita sah jadi suami isteri, biy call kawan baik abang suruh siapkan bilik kerja ni and cari buku2 untuk peguam cantik abang ni." Kata Ash yang memegang pipiku dua2 belah.

Alhamdulillah. Semua ada pada Ash semuanya cukup untuk ciri seorang suami dalam Islam. Keterunannya baik, Orangnya handsome, Orangnya juga mampu untuk sediakan keperluan daripada kehendak, Agamanya juga baik. Alhamdulillah :)

(bersambung.....)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience