Chapter 7

Romance Series 9594

Selepas keajadian antara Hidayah dan Fiza bergelut bergaduh dengan sikap tak puas hati Fizah, akhirnya di damaikan dengan satu majlis jamuan makan untuk permain bola baling Kebangsaan. Beberapa bulan selepas pendamaian tu, Yahh dan Sha habis juga saat2 genting mereka iaitu Peperiksaan SPM yang menentukan kemana arah tuju mereka selepas ini.

Hubungan Ash dan Yahh, menjadi tanda tanya. Hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Hubungan mereka semakin apabila Yahh ajak Ash untuk menemaninya ke PWTC untuk mencari buku rujukan sebelum peperiksaan. Yahh, juga memberi tahu perkara sebenar dimana dia tinggal dan dia lah perempuan yang Ash selamatkan tu. Walaupun situasi sekarang terlalu cepat untuk mereka bersama, sayangnya Ash hanya menganggap Yahh sebagai kawannya saja. Begitu juga dengan Yahh. Mereka tidak bercinta, kerana mereka takut akan dilukai lagi seperti sebelum ini.

Bipp. Bipp. Bipp.

Iphone 5s Yahh berbunyi menanda ada message masuk.

'Awak, saya dengan Fiza petang ni datang rumah awak, nak ajak awak tengok wayang. Awak nak bawa Sha sekali, bawalah.' - Ash

'Awak..susahkan awak je datang ambik saya.. Apakata kita jumpa je dekat MBO nanti, saya datang nanti dengan Sha. Jadi tak jauhlah awak nak datang ambik saya, lagipun awak dari Johor kan.. Kesian awak..' - Yahh. Aku tak suka susahkan orang.

'Okey awak. BTW, hati2 nanti bawa kereta. Nanti saya tunggu awak dekat sana k, jangan lambat. Kalau lambat awak belanje kami semua makan. Hehe.' - Ash

Aishhh, manjanya Ash ni. Nanti aku terjatuh cinta tahulah. Fiza ada petang ni, apa patut aku buat. Mintak maaf ? Atau buat2 macam tak ada pape yang jadi ?. Hmmm, aku buntu sekarang. Aku kena bagi tahu Sha yang Fiza ada petang ni.

'Sha, petang ni ada date, aku bawa Mea sekali. MBO Seremban 2, ada bad news babe.. Fiza ada petang ni, Ash kata dia nk kenal Fiza dekat kita.. Aku takut babe, kau rasa nak ke Fiza tu terima aku ? "  - Yahh

'Seriously babe, kau buat relax jelah dengan minah tu. Aku kan ada. Kalau dia nak buat pape dekat kau aku ade. Ehh jap, sejak bilaa kau takut dengan orang ni ? Bukan ke kau gangster sekolah, tengoklah sekolah tu berape ramai yang tak berani sentuh kau. Hahaha." - Sha

'Mangkuk laa kau, aku tak takut pun kalau dia nk buat aku, sekali aku buka langkah takut diaa yang lari tak cukup tanah.. Hahaha..' - Yahh. Aku bukan takut kalau nak belasah si Fiza tu, cuma Ash ada, aku taknak nanti dia salah anggap dengan aku. Aku taknak disebabkan perkara tu aku dengan Ash akan berjauhan.

'Kau sebenarnya dah tertangkap cintan dengan dia kan, takkan dia sanggup nak bawa adik sekali keluar date dengan kau. Betulkan apa aku cakap ni ?' - Sha.

'Merepek jee kau, jujur aku cakap, aku sayang dia sebagai kawan. Tapi aku tak tolak takdir kalau aku dengan dia ada Jodoh. If i feel in love with him mybe his not to feel the same like me :'(. Aku taknak di gelar SS (SYOK SENDIRI). That you understand what i meant right ?.' - Yahh.

Aku sendiri takut dengan perasaan yang aku ada sekarang. Aku taknak bertepuk sebelah tangan.

'Yaa, i understand what you meant. Nevermind, yg penting kau kena jaga persahabatan korang k. Apa pun keputusan kau suatu hari nanti, aku akan sokong janji bukan yang buruk :) ' - Sha

******

"Sha kau tgokkan Mea jap. Aku nk pergi Ladies jap. Mea, ajaklah kasha pergi tengok buku ke tengok baju ke, kalau suka nanti bagi tahu akak, akak belikan ok ?." Sambil mengangkat jari ok. Aku pun berlalu meninggal mereka berdua. Dalam perjalanan ke Ladies aku seakan nampak kelibat Ash. Tapi tak mungkin Ash kata diaa otw lagi.

Aku masuk Ladies, tak lama lepas tu aku keluar sambil aku pegang tisu untuk lap tangan aku yang basah. Dek leka lap tangan yang basah aku terlanggar seseorang.

"Aduhh..  Maaf Pakcik saya tak sengajaa. Saya leka Pakcik."
Kata ku dengan rasa malu tertunduk tunduk aku dibuatnya kerana banyak mata yang melihat kejadiaan kami.

"Masa bila saya kahwin dengan Mak cik awk  ?"

"Maaf Encik saya tak sengaja" ujar ku lagi. Aku dah terasa gugup dek jawapan lelaki itu.

"Masa bila saya kahwin yang awak nk paggil saya Encik ? " ujar lelaki tu dengan nada sedikit tegas.

"Maaf abang, maafkan saya abang, saya tak sengaja." Lembut aku lontar suara kerana takut kena tengkeng dengan lelaki dihadapannya.

"Alhamdulillah.. Abang maafkan awak.. Awak taknak tengok muka saya ke ? " soal lelaki itu.

Aishhh makin malu aku dibuatnya. Dah laa kena paggil abang lepas tu suruh aku tengok muka diaa pulak. Apalah nasib aku harini. Aku akur, aku pun dongakkan muka sebab lelaki nie tinggi lebih kurang tingggi sama macam Ash.

"Awakkk !!"

"Ye saya. Maaf sebab kenakan awak. Saya memang cari awak lepastu saya nampak pergi ladies. Tapi saya tak sangka awak bawa boyfriend awak. Dari tadi saya tengok ada lelaki ikot awak dari belakang. Jadi saya pun tunggulah awak dekat luar ni. Tapi sangka awak langgar saya. Hehe. " Ash senyum nakal. Dalam nakal dia nampak kerisauan dalam mata dia. Oppsss tak sengaja dah terpandang mata dia. Cepat2 aku beristigfar dalam hati. Kawal diri Yahh oii.

"Awak, terima kasih sebab awak ada tadi, saya takut juga sebab sekarangkan banyak kes cabul dekat mall semua nie. Maafkan saya sebab susahkan awak. Awak, mana Fiza ?"
Aku rasa bersalah sebab susahkan Ash.

"Kasihmu diterima. Menjaga awak adalah tanggungjawab saya, sebab saya yang ajak awak keluarkan ? Fiza ada dekat atas tengah beratur beli popcorn. Awak jom lah kita naik atas. Mana Sha dengan Mea, awak kata datang dengan diaorang." Soal Ash.

"Oh yeke. Diaorang ada dekat kawasan sini. Jomlah kita cari diaorang, nanti lambat pulak masuk panggung."

Aku dan Ash jalan beriringan. Tak pernah lagi aku jalan berdua dengan lelaki. Bila first time berjalan dengan Ash. Aku rasa debarannya. Jantung aku ni nakal nak pulak diaa dup dap dup dap laju2. Aishh penat tau nak suruh si jantung ni berhenti berdetak laju.

"Kayah ! Hah dating, bukan pegi ladies tapi dating. Kayah, sape tu. Handsome lah, macam Syukri Yahaya." Sergah Meaa dari belakangku. Sempat pulak dia tengok Ash. Tapi aku pun baru perasan, Ash muka dia ada seiras dengan Syukri Yahaya. Ketawa kecil aku dibuatnya.

"Ehh ehh.. pepandai jee diaa kata akak dating yee.. akak jumpa abang ni kat ladies tadi.. Ash nie Mea adik angkat saya. Mea, ni abang Ashraf." Aku perkenalkan Ash dekat Mea.

"Hi Mea, Meaa boleh panggil saya 'Abang Ash'." Sambil mengenyitkan mata pada Mea. Kami berempat ketawa gembira melihat telatah Ash yang gedik tu.

"Hey, korang jomlah naik atas nanti terlepas wayang, tak pasal2 tengok drama Cinta dekat sini." Ajukk Sha dengan nada sedikit nakal dihujung ayatnya. Hahaha..

Kami semuaa berjalan mencari escalator untuk naik ke tingkat atas. Mea dan Sha jalan berdua dihadapan aku dan Ash. Aku rasa lain macam jee berada disebelah dia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience