Chapter 13

Romance Series 9599

Sampai sahaja di perkarangan rumah mama dan ayah. Ash park keretanya depan rumah. Aku melihat mama dan ayah keluar dari rumah untuk mendekatiku. Aku keluar dari kereta Ash. Ash juga keluar tapi tidak mengekoriku malah dia ke boot belakang kereta. Aku nampak dia keluarkan sesuatu. Akhirnya dia menghampiri mama dan ayah aku sambil tangannya membawa buah tangan buat mamaku. Ash menghulurkan tangan pada mama dan ayahku terus dia memperkenalkan dirinya.

"Assalamualaikum Makcik Pakcik. Ini saya bawakan sikit buah tangan untuk Makcik Pakcik." Sungguh manis senyuman Ash depan mama ayah.

"Hafiz masuklah ke dalam. Makcik buatkan air sekejap ye." Ash di jemput masuk oleh mama. Ayah hanya menjeling ke arahku dengan pandang yang sukar dibaca.

"Ida, ayah nak cakap sikit dengan kamu ni." Ayah bersuara tegas. Aku akur mengikut belakangnya berjalan ke pangkin tepi rumah.

"Kamu dengan Hafiz ni ada apa2 ke sampai ke sini diaa teman kamu" ayah bertanyakan soalan cepumas. Mati laa nakk..

"Ida dengan Ash kawan rapat je ayah. Tak lebih dari tu. Akak dengan abang tak dpat hantar Ida balik kmpung. Sebab hujung mnggu ni abang ada kem dekat sekolah." Jawabku jujur.

"Ayah tahu, apa dihati kamu. Ayah terima dia sebagai menantu ayah. Ayah dah banyak kali dengar cerita dia dari kakak kamu. Ayah senang hati bila kamu balik dengan dia. Ayah memang nk jumpa dengan dia." Ujar ayahku dengan senyuman benar2 ikhlas dari hati. Aku tak sangka sampai begini sekali penerimaan keluargaku terhadap Ash. Tapi hakikatnya, aku dengan Ash hanya kawan. Tak mungkin akan berubah kalau seorang sahaja yang mencintainya. Aku tak sanggup 'mencintai tanpa dicintai'.

"Ayah, Ida dengan Ash hanya kawan biasaa, tak lebih dari tu ayah." Aku taknak ayah begitu mengharap.

"Terpulanglah pada kamu nak. Ayah sokong jee keputusan kamu. Hah result SPM kamu apa cerita ?" Hah tulah ayah. Terlalu sibuk perihal Ash, result ank lupa ditanya.

"Nanti dekat dalam Ida bagi tahu. Tak surprise kalau ayah tahu dulu sebelum mama." Ujarku dengan gembira dan aku terus melangkah meninggalkan ayh dibwah pangkin pokok cempedak. Ayh juga mengekoriku masuk ke dalam rumah.

"Hah Hafiz, jemputlah minum, maaflah air teh'o jee. Barang dapur banyak habis. Petang ni baru ingat nk ke pasaraya besar nanti. Kamu berdua ni dah makan ke ?" Soal ayahku.

Aku dan Ash menggelengkan kepala serentak.

"Nasib baiklah mama masak nasi lebih harini. Jomlah ke meja makan kita makan sama2 ye." kata mamaku lagi.

"Tak susahkan makcik pakcik ke ?" Soal Ash dengan segan silu.

"Susah lagi hati kami kalau kamu tak sudi makan sekali dengan kami ni." Wahh pandai ayah buat pick-up-line.

"Ayah, Ash jomlah kita makan. Tak payah kata apa2. Tak kesian ke tengok kesayangan ayh dan Ash ni menahan lapar ?" Sengaja aku bergurau manja. Tak sangka Ash mengukir senyuman padaku sempat pulak dia kedip mata sebelah. Aishh boleh cair lagi aku ni.

"Abang, Hafiz jangan dilayan Ida ni. Manjaa jee memanjang. Ni mesti bertambah manja lagi bilaa cik abang sayang ade depan mata." Wahhh sempat mama perli aku. Muka Ash dah merah. Hahaha nk gelak tapi kena tahan.

Selesai makan tengah hari. Azan Zohor berkumandang. Ayah dan Ash berehat sebentar bersama kitkat... ehh salah, berehat di ruang tamu. Sebelum menunaikan solat zohornya. Aku seperti biasa tolong mama kemas meja makan.

Selesai jee kami semua solat zohor berjemaah di imamkan Ash. Aku ingt Ash akan menolak untuk mengimam solat tapi sangkaan ku meleset, Ash terima pelawaan ayhku.

Aku berfikir sejenak ' Ash ni, tak reti balik ke ?, bukan ke esok diaa ada kelas. Takkan lahh diaa nk bermalam dekat sini ? Mati aku kalau diaaa nak bermalam dekat sini. Tapi kain baju diaa tak ada pun dalam kereta tadi. '
Tiba2 suara ayah memecah suasana yg sunyi itu.

"Hafiz, Pkcik minta diri dulu ye. Pkcik ke pasaraya beli barang dapur sekejap." Tutur ayhku.

"Pakcik, kalau tak keberatan izinkan saya bawak pakcik beli barang dapur. Boleh kan pkcik ?" Ash menawarkan diri nk bawa ayah pergi pasar. Kalo Ash boleh pergi mesti aku pun boleh pergi kan.

"Ayah, Idaa ikot ! " aku keluar dari bilik tidurku.

"Mama pun nak ikot juga. Bolehkan bang ?" Suara mama membuatkan kami semua pecah ketawa kerana mama begitu manja dengan ayh.

"Kamu berdua kena tanya Hafiz. Bukan ayah, sebab Hafiz yang bawa kereta bukan ayah. Harap maklum." Ujar ayah dengan senyuman gembira bilaa memandang aku dengan mama.

"Hafiz boleh kan makcik ikot ?" Soal mamaku

"Boleh makcik. Tak perlu mintak izin saya makcik. Makcik ni dah macam mak saya sendiri." Lembut tutur kata Ash.
"Sayang, sayang taknak mintak izin abang ke ? Kalau taknak ikot tak apa, duduk rumah sorang2." Kata Ash lagi dengan muka selamba jee diaa cakap macam tu depan mama n ayah. Merah muka aku dibuatnya. Mama ayah dah tahan ketawa nk ketawakan aku. Tunggu kau Ash, kau malukan aku kan.

"Perlu ke sayang mintak izin dari abang ? Bukan ke tempat sayang disisi abang." Ambik kau Ash. Tapi aku jugak diketawakan. Mama, ayah, Ash semua ketawakan aku. Tanpa aku sedar, Ash tarik tangan aku, bawa aku ke keretanya. Sebab hanya aku sorang je lagi dalam rumah yang masih merajuk. Mama ayh dah tinggalkan aku, mereka dah masuk dalam kereta Ash.

Sampai je aku ke kereta Ash. Tempat duduk penumpang sebelah pemandu kosong. Aku hairan mane ayah. Rupanya Ayah ada dekat tempat duduk belakang dengan mama. Aishhh, apakah semua ini ? Makin malu aku dibuatnya.

Ingt ayh dgan mama jee boleh sweet gitu. Aishh. Alangkah indahnya bilaa aku juga seperti mama n ayah. Bahagia jee rasa. Ash bila awak nak masuk minang nie :)).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience