Chapter 26

Romance Series 9594

Sampai ke malam Ash dirumah keluarga aku.

"Awak, janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya  walaupun kita dah ada keluarga sendiri nanti." Kata Ash.

Aku dan Ash duduk di pangkin rumah, dengan ubat nyamuk yang bakar tu. Pada mulaa, kami bertiga sekali dengan ayah tapi ayah nak masuk ke dalam rumah katanya nk teman mama sorang2 dekat dalam :)

"InshaAllah awak. Awak juga janji takkan tinggalkan saya"

"Saya janji dengan awak"

****************

KLIA - Hida pergi ke kota London buat kali terakhir untuk menamatkan pelajarannya.

"Maa ayah, doakan Ida past final exam ni"

"InshaAllah Ida" kata mama.

"Awak, kena ingat satu benda. Jangan lupaa bawa balik kotak yang saya bagi tu" kata Ash.

"Terima maa ayah.. Okey awak... Maa ayah Ash.. Idaa pergi dulu" kataku dan berlalu pergi.

*****************

Kota London.

Hida kini keseorangan tiada lagi Fareez, Helmi, Sofi dan Raff. Semua sudah pulang ke tanah air. Tinggal dirinya sendiri disini. Banyak sekarang sudah berubah. Fareez dengan Sofi bakal diijab kabul tak lama lagi. Helmi dan Emelda kini sudah bergelar suami isteri. Raff pulak sudah mengambil alih syarikat keluarganya.

Helmi Emelda kahwin ? Ingt lagi tak masa Emelda call Emi masa Hida dapat panggilan dari mamanya yang dia dirisik orang. Rupanya Emelda perangkap Emi. Jadi sekarang Emi berdendam dengan Emelda walaupun Emelda itu isterinya yang sah. Emelda menyesal kerana perangkap Emi. Tak sangka yang Emi akan layannya dengan teruk, malah Emi langsung tak pernah sentuh Emelda.

Fareez Dan Sofi ? Fareez menerima Sofi sebagai peneman hidupnya bila Cintanya ditolak Hida. Fareez mengambil masa juga untuk menerima Sofi dalam hidupnya. Sofi pula tak pernah berhenti berdoa agar Fareez menjadi teman hidupnya.

"Sunyinyaa rasa bilaa sorang2 hidup dibumi asing ini" kataku sendiri.

****************

Sebulan sebelum balik Malaysia.

Kotak pemberian Ash. Diperhatikan lamaa.

"Apa dalam kotak ni, kenapa berat sangat nak buka kotak ni..hmmmm" aku mengeluh sendiri.

Hidaa buka kotak. Ade sekeping nota.

•Assalamualaikum kekasih abadi...

Maafkan saya andai saya terlupa awak atau tak ingt siapa awak dalam hidup saya. Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi jaga saya siang dan malam semasa saya sakit. Saya selesa dibawah jagaan awak walaupun awk sendiri tak sedar yang saya dah sedar akan kehadiran awak disetiap hari dibilik saya. Mungkin saya lupaa awak tapi saya tak mungkin akan lupa bau perfume awak. Bau perfume awak buat saya teringatkan saya pada seseorang yang saya sayang. Mungkin orang itu ialah awak :) Maafkan saya atas kekasaran saya terhadap awak semasa saya sedarkan diri dihadapan awak. Maafkan sayaa andai saya terguriskan hati awak. Dalam kotak kecil tu ada sesuatu yang sndiri tak pasti. Mungkin ada sesuatu yang saya perlu selesaikan. Saya harap awak boleh menunggu saya.

Hafiz Ashraf.

****************

MALAYSIA.

Ash ambik Hida di KLIA dan hantar Hida ke kampung. Rumah keluarganya. Tengah2 malam macam sebelum ni. Tapi kali ini lain sebab Hida tak tido sepanjang perjalanan.

"Lawa cincin awk, sapa bagi ?" Tanya Ash

"Ohh, cincin ni. Awak tak ingt ke ?" Kataku

Cincin yang Ash bagi saja dia mahu pakai, tapi cincin tunangnya masih manis dijarinya. Cuma ade tambhan di jari tengahnya Cincin pemberian Ash.

"Saya tak ingtlahh" jawabnya.

"Tak apalah kalau tak ingt.. tak perlu pun untuk ingat. Cincin ni hanya sementara jee" senyumku padanya.

Ashraf
'mane mungkin saya lupa cincin tu. Cincin tu memang sepatutnya dijari awak tapi saya tahu tak lama. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya' - bermonolog sendiri.
______________

Setibanya dirumah keluarga Hida.

Masuk je dalam rumah. Ruang tamu sudah bertukar menjadi pelamin. Hida Ash hanya pandang sesame sendiri.

'Maakkk aiii, awalnyaa dah ade. Nampaknya tak ley nak deco sendiri' monolog Hida sendiri.

"Hahh..apa yg tengokkan tu. Masuklah, dah pukul berape dah ni. Hida Fizz masuk bilik tidur esok pagi kita sambung. Ayh tak tahan mata dah ni tunggu kamu berdua balik." Kata Ayah.

"Hmmm okeyy...." aku melangkah pergi ke bilik dengan barang2 milikku ku usung balik sekali nasib baik tak banyak.

"Selamat malam ayah.." kata Ash dan terus berlalu.

Di rumah ni dah memang disediakan bilik tetamu. Tapi malangnya aritu Ash tido diruang tamu disebabkan ade toto terbentang dan ada bantal sekali disediakan. Tempat ayah melepaskan rajuknya dengan mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience