Chapter 8

Romance Series 9594

Dalam perjalanan ke MBO.

"Ehh Fizz, buat apa dekat sini. Sebelah u ni siapa ?" Tegur seorang perempuan, mungkin sebaya dengan Ash. Tinggi, tinggi aku je, kulit putih kemerahan. Penampilan kemas.

"Oh hi, Hida ni Zati. Zati ni Hida. Zati buat apa dekat sini ? Sorang je ke ? Mana kawan2 yang lain tak ikot sama ke ?"
Soal Ash dengan muka sedikit terkejot

"Hi Zati. Saya kawan Hafiz Ashraf." Aku bersalam dengan Zati. Aku still rasa hormat pada yang lebih tua dari aku. Memandangkan dia kawan Ash kan..sah2 diaa tua lagi dari aku.

"I sorang je dekat sini. BTW, I nampak Fiza dekat atas depan MBO. Both of you nk pergi tengok movie ke ?" Soal Zati sambil menjeling ke arah aku yang berada di sebelah Ash.

"Oh ya. Kami nk pergi tengok movie. Zati, kami mintak diri dulu ya. Assalamualaikum. " tanpa ragu2 Ash tarik lengan aku untuk pergi beredar dari Zati. Dalam hati aku berkata ' Kenapa Ash nak cepat2 tinggalkan Zati dekat situ' dalam masa yang sama jantung aku bermain gendang lagi. Haii jantung.

"Ash, kenapa awak tinggalkan Zati macam tu jee ? Kesian saya tengok diaa terkaku dekat situ Ash." Soal aku tanpa ragu dan rasa bersalah juga pada Zati.

"Tak ada apalah awak. Saya cuma tak suka cara Zati pandang awak. Sakit mata saya tengok dia jeling awak." Ash melepaskan pegangannya tadi. Dia mengeluh kecil. "Tak apalah awak, jom lah awak kita naik atas. Kesian Fiza mesti dah lama tunggu kita."

"Abang, adik dekat sini. Ehh Hida, awak datang dengan abang saya. Hi Sha, lama tak jumpa." Tegur Fiza.

"Hi Fiza " aku dan sha jawab serentak, dan aku dengan Sha saling berpandangan.

"Ohh, haah saya datang dengan abang dari bawah tadi, terserempak dekat ladies tadi. Awak sihat Fiza ? " aku tak sangka Fiza berubah 360° menjadi lebih baik.

"Alhamdulillah sihat, tengoklah siapa yang jaga aku." Sedikit ketawa keluar dari Fiza, sambil pandang ke arah Ash.

"Ehh korang nie dah laa. Sekarang ni Sha dengan Mea g beli apa yang patut tuk bawak masuk dalam. Fiza nak ikot abang beli tiket atau nak tunggu dekat sini je ?" Ash memberi arahan kepada kami semua. Tapi aku nak pergi mana? Ash tak sebut nama aku pun.

"Awak, saya pulak nak buat apa ? Awak bagi arahan dekat dorang semua, tapi saya awak tak bagi apa2 arahan pun." Ujar aku dengan nada sedikit manja.

"Awak ikut saya beratur beli  tiket. Takkan awak nak biarkan saya sorang2 beli tiket, awak tak takut tiba2 ada yang datang ngorat saya. Awak tak takut kehilangan saya."

Aku dan Fiza ketawa gelakkan sikap Ash yang macam kebudak-budakkan. Hahaa. Ash ni tak malu ke depan adik sendiri buat perangai macam tu, naik malu aku dibuatnya.

"Awak teman Fiza dekat sini, biar saya sorang je g beli tiket. Tapi Fiza, abang nak beli tiket 1 sit couple , 3 sit biasa. Fiza, Sha, Mea duk depan abang. Hida dengan abang duk belakang sit couple." Kali ni Ash buat aku betul2 malu depan Fiza. Blushing dah.

"Fiza jangan percaya cakap abang kamu ni, dia ni dah mereng gamaknya." Kami ketawa lagi.

Aku melihat Ash pergi beli tiket. Tinggal aku dengan Fiza. Aku berborak dengan Fiza.

"Aku harap kau boleh jaga abang aku, boleh sayang abang aku. Aku taknak dia kecewa buat kali kedua. Tadi ada ex dia datang tegur aku. Izzati namanya. Izzati tu satu tempat belajar dengan Hafiz, dorang baru je break 4 bulan lepas sebelum kita buat jamuan makan tu. Tolong jaga abang aku baik-baik. Dia susah nak percayakan perempuan lepas dia break dgn ex dia." Fiza ceritakan kisah abangnya. Aku sedikit sayu dengar cerita Fiza.

"InshaAllah, jika di izin Allah kalau dia ialah Jodoh ku yang Allah sudah tetapkan."  Aku janji, aku janji aku akan jaga Ash seperti mana aku jaga diri aku sendiri. Bermonolog aku dek lamunan.

Sha dan Mea datang bawa regular royal popcorn, 3 botol Minute Maid Pulpy Orange, 1 botol mineral. Ash pula datang bawa 5 tiket dewasa untuk tonton filem 'The Great Wall'. Kami semua beratur untuk melepas past tiket. Depan sekali mestilah aku yang pegang tiket untuk 4 orang yg dibelakangku. Belakang sekali mesti hero malaya, Ash.

Kami masuk pintu 5. Ash pemengang pintu untuk kesemua wanita di sampingnya masuk dengan selamat. Kami dapat sit betul2 tengah paggung. Kami beratur masuk ke sit kami, pertama Mea, Sha, Aku, Fiza dan last sekali Ash.

Belum sempat aku melangkah nak masuk lorong kerusi, Fiza tarik tangan aku, dia masuk dahulu selepas Sha. Aku jadi kaku sebentar. Tiba2 Ash datang tegur aku.

"Hah termenung apa tu. Jauh sangat tu termenung tu, orang semua dah duduk dia berdiri lagi dekat sini. Cepat masuk sayang. Ada orang lagi belakang kita." Tegur Ash.

"Oh yeke." Malu aku dibuatnya. Kenapelah gelap2 macam ni aku boleh termenung. Jap..japp Ash panggil aku 'Sayang' ? Reality or fantacy. Bingung aku di buatnya. Tanpa aku sedar, Ash dduk sebelah kananku. Lagilah malu.

******

Sesudah keluar dari panggung kami semua berjalan shopping memandang jam baru pukul 7:40 malam.
Dek leka semua shopping, aku dan Ash merehat diri di BR (Baskin Robin) sambil menikmati ais krim perisa strawberry.

"Awak, apa perasaan awak dekat saya ? " Ash inginkan kepastian perasaan aku.

"Saya tak rasa apa-apa perasaan pun, kan awak pernah cakap 'kita hanya kawan 'so saya anggap kita 'kawan'. Kenapa awak tanya ? Hah, apa pulak perasaan awak dekat saya ?"

"Kawan. Saya dah cakapkan 'Kita Kawan'." Ash senyum mencuka. "Awak, jom  cari surau jap, solat maghrib. Nanti sampai rumah tak payah qada' dah." Ash tukar topik.

"Alhamdulillah.. Jomlah awak. Saya pun rasa macam tu. Lepas solat kita balik, saya taknak balik lewat sangat kesian awak nk balik JB jauh. " aku rasa penat sangat badan ni, jadi lebih baik aku balik ke rumah awal.

'Sha, 20 minit lagi kita balik k. Aku, Ash pergi surau solat maghrib jap. Kalau kau dgn Mea dah habis beli brang tggu aku kat depan H&M.' - Yahh

'Alright babe. Kenapa awal sangat nak balik ni ? Kau tak sihat ke Yahh ?' - Sha

'Aku pening sikit babe. Nanti balik kau drive erk. Kau hantar aku dengan Mea balik, kereta kau bawalah balik. Esok tgahari kita lunch. Kunci kereta ada dekat kau kan Sha ?' - Yahh

'Ada babe. Take care. Kau jangan lupa bagi tahu Ash yang kau tu tak sihat, comfirm diaa bawa kau g klinik dulu sebelom balik, dia kan sayang kau. Hahaha' - Sha ketawa nakal. Aku dalam diam senyum nakal juga. Malas nak layan perangai Sha ni.

"Awak message sape tu, boyfriend erk, senyum sorang2. Taknak share dengan saya ke ? " - soal Ash.

"Saya tak ada boyfriend pon. Saya message Sha suruh dia tunggu saya dekat H&M, dekat sikit dekat park kereta." Ungkapku jujur dengan Ash.

Knock..knockk..knockkk

Fon Ash berbunyi. Tandanya ada message masuk.
Ash tengok screen tertera nama Tasha.

'Ash, Hida tak sihat tu. Dia pening kepala katanya. Kau tengok-tengokkan dia k Aku risau arhh.'

'Oh yeke, patutlah dia nak cepat balik. Sha awak dengan Fiza and Mea shopping lah. Hida, nanti saya bawa dia pergi klinik. Nanti kita jumpa dekat rumah Hida. Pastikan before 9:30 okey.

'Yes ! Dapatlah aku cari barang sikit lagi. Thanks Ash.'

Aku, Ash berpisah untuk masuk pintu surau. Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience