Chapter 12

Romance Series 9598

Jamuan makan diadakan untuk semua bekas pelajar dan juga tetamu yang hadir. Ash, aku, Sha, Farr, Shahrul dan ada beberapa lagi kawan kelas kami, duduk semeja untuk makan. Ash berada disebalah kiriku kanan ku Sha. Aku tak sangka Fareez akan duduk di depanku. Dalam masa yang sama aku rasa tak selesa kerana Fareez asyik memandang ke arah ku. Tapi aku lagak biasa hanya senyum sahaja.

Selepas jamuan makan selesai aku bersalam dengan guru2 dan mengucapkan terima kerana mengajarku sehingga aku berjaya. Diikuti dibelakang aku Ash yang memerhati setiap perbuatan aku. Sha berada dibelakang aku juga meniru perbuatan aku. Ada beberape guru yang tegur aku dengan Ash yang rapat ni. Ada juga yang mendoakn hubungan aku dan Ash. Aku hanya lemparkan senyuman dan ucap terima kasih, begitu juga Ash. Aku cari abang iparku yang berada di kelas 5 Sains Tulen. Aku dan Ash menuju ke kelas yang di sedang mengajar.

Tukk tukk..

"Assalamualaikum ckgu. Saya nak jumpa dengan ckgu sekejap." Tak sangka ada juga mata2 yang memandang ke arah aku dan Ash. Ada juga suara perempuan yang memuji ketampanan Ash. Ada juga yang jeles bila Ash mendampingiku. Dalam hati ku berkata 'budak2 nie ada je.. tak sangka ada juga yang minat dengan aku yang nakal nie..'

"Abang terima kasih kerana sudi turunkan ilmu abang pada adik. Abang, adik dengan Ash terus balik kampung ni. Abang jaga akak adik elok2 tau." Aku munuturkan perlahan suaraku kerana taknak ada yang tahu Ckgu Farizal ialah abang iparku, lalu aku cium tangannya. Ash meniru perubatanku juga cium tangan ckgu Farizal. Sempat juga abang ipar aku memesan pada Ash.

"Ash, jaga adik abang ni elok2 tau. Jangan sesekali kamu sakiti diaa. Abang taknak ada air mata kedukaan di muka adik abang ni." Tutur lembut ckgu Farizal sambil memengang bahu Ash.

"InshaAllah abang." Ash hanya menganggukkan kepalanya. Lalu Ash memandang ke arah ku dengan senyuman gembira.

Aku toleh ke belakang. Aku nampak Atiqah dan kawan2nya datang menghampiri aku dan Ash. Tak sempat mereka sampai dimana tempat aku berdiri. Ash sendiri minta diri dari ckgu Farizal. Kerananya, dia tahu pasti akan ada yang bertikam lidah. Aku hanya mengikut Ash dari belakang. Masa kami berdua melepasi Atikah and the geng sempat pula Atikah melanggar bahu kanan ku. Masa tu juga Ash nampak lalu dia melepaskan geramnya.

"How dare you girl ! " Ash menghembuskan kegeramannya. Sebab aku perati dari tadi lagi Ash berang dengan Atikah sebab malukan aku di jamuan makan tadi.

Mana taknya dia kata aku ada scandal dengan ckgu Farizal. Nasib baik juga ckfu Farizal tak ada dekat jamuan makan tadi.

Sebelum Ash berpatah balik untuk marah Atiqah, aku lebih pantas menarik tangan Ash untuk turun tangga. Masa tu juga Fareez nampak aku pegang tangan Ash. Fareez hanya memerhati dari jauh.

"Awak dah laaa tu. Biarkn Atiqah tu. Mungkin dia buat macm tu bahagiakn diri dia. Soo, biarkn je k." Aku memujuk supaya sabar. Akhir Ash akur juga.

"Awak tunggu kat guard ni, saya ambik kereta jap. Jangan hilang pulak naik kereta lain. Macam tadi hilang pergi masuk dewan dengan orang lain." Sempat Ash memerli aku. Hmmm aku tahu Ash cemburu. Mungkin dia nmpk aku masuk dewan dengan Fareez.

"Saya janji akan tunggu awak, sampai awak ambik saya." Aku lemparkan senyuman manja. Hehe.

Aku mampu hantar pandangan sahaja pada Ash yang berlalu meninggalkan aku untuk ambil keretanya. Tiba2 satu suara menerpa lamunanku.

"Hi. Kawan ke ? Nampak mesra jee.. Dari tadi Farr perati Yahh dengan diaa macam couple je.. Hehe.. Jangan lupa nanti kahwin jemput Farr.. BTW, Congratulions your result."

"You too Farr.. InshaAllah, kalau ada Jodoh ada laa." Ujarku dengan bersahaja. Tak lama kemudian kereta Ash dah ada depan mataku. Aku minta diri daripada Fareez. "Farr selamat tinggal semoga kita berjumpa lagi. InshaAllah. Asslamaualaikum."

"InshaAllah. Waalaikumussalam Yahh."

'Bertuah kau Ash dapat dia. Aku harap kau dpat jaga dia dngan baik. Mungkin Hidayah buka  jodoh aku. Aku doakan kau dengan  dia bhagia selalu. One more thing, kalau kau dah tak sayang dia, tolong lepaskan dia dengan baik. Kalau kau dah tak rasa apa2 perasaan dekar dia, kau lepaskan dia bagi aku.' Fareez teringat kata2nya bertemu empat dengan Ash di tandas lelaki sebentar tadi. Fareez melemparkan senyumannya melihat kereta Honda City berlalu pergi.

*********

Dalam perjalan pulang ke kampung halalamku. Aku dan Ash hanya membisu sepi. Aku tidak tahu mengapa dengan Ash hanya diam tak berkata. Malah Ash juga tak sudi memandangnya dari pintu pagar sekolah lagi. Aku berfikir sejenak.

'Ash jealous tengok kemesraan aku dengan Fareez ke tadi ? Aku dengan Fareez hanya kawan biasa, malah Ash ialah kawan istimewa dihatinya. Mana mungkin Fareez dapat menggantikan tempatnya dihatiku Tak mungkin Ash jealous antara kita kan kawan.'

Aku tak selesa dengan situasi yang sepi ini.

"Ash, awak ok ke ? Kenapa dari tadi awak senyap je ? Awak marahkan saya ke, sebab susahkan awak teman saya lepastu hantar saya balik kampung ni."

"Saya okey je awak. Tak susahkan pun sayang. Saya cuma penat sikit berjalan tadi." Suara Ash agak sayu didengari.

"Saya tanya awak satu soalan boleh tak ? "

"Tanyalah berapa banyak pun awak nak tanya sayang. "

"Kenapa awak sanggup teman saya harini, bukan ke awak ada kelas hari ni ?"

"Saya taknak awak sorang2. Saya taknak awak balik kampung drive sorang2 bahaya tau. Saya risau. Kelas saya tak ada harini sebab lect cuti sebab ank dia ambik result SPM juga." Jawab Ash, tapi dia tetap enggan memandang ke arahku.

"Kalau macam tu kenapa awak tak teman Fiza ambik result pagi nie ? Kan sempat kalau awak balik Johor. "

"Fiza ada baba and mama. Awak ada siapa je ? Tak adakan so saya jelah teman awak." Akhir Ash merenung tajam ke anak mataku. Aishh seram sejuk dibuatnyaa dengan renungan tu. Hah ambik kau Yahh, tadi nak sanagt dia pandang kau hah rasakan lahh.

Suasana menjadi sepi semula. Aku hanya melemparkan pandanganku keluar tingkap je. Tak sanggup aku pandang Ash lama2, walaupun nanti aku akan rindu wajah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience