Chapter 14

Romance Series 10073

Sesampainya di 'Pasaraya Mydin' mama, ayah dah pergi tinggalkan aku dengan Ash. Lepas tu aku pulak pergi tinggalkan Ash. Aku mencari sumber makanan aku. Hehe.

Suasana sunyi walaupun pasaraya itu cukup besar. Tapi entah laa mengapa tempat aku mencari biskut 'lexus coklat' ade aku nampak dua tiga orang lelaki. Dalam hati aku lega rasanya sebab ada juga orang di kawasan tu. Tiba2 tanpa aku jangka 3 orang lelaki itu tadi datang mendekati aku. Aku jadi buntu, aku cuba berjalan pergi jauh dari mereka, tapi tak sempat, tangan mereka lebih cekap dan pantas menangkap tubuhku. Aku cuba melepaskan tangan itu dari memengang tubuhku. Tapi tak berjaya. Tenaga seorang perempuan tak mampu untuk melawan tenaga seorang lelaki, apatah lagi mereka bertiga. Aku berdoa dalam hati semoga ada yang datang membantuku saat aku cuba di perkosa.

Bushhh.. Dumbbb.. Punnggg... Pangg.....

Ada seorang lelaki yang datang bersama troli telah selamatkn aku dari diperkosa. Alhamdulillah Allah mendengar doa ku. Akhirnya aku dilepaskan bilaa lelaki yang memegang ku itu kena siku dengan aku lalu satu tumbukan sampai dimukanya. Tak lama kemudian beberape pengawal datang untuk mambantu tapi sudah terlambat. Mereka datang hanya membawa 3 orang penjenayah tu ke balai polis. Aku diarah untuk ke balai polis untuk membuat laporan.

"Sayang abang tak apa2 ke ?" Satu suara yang agak aku kenali, lalu aku mendonggak kepala. Hah rupanya Ash penyelamat aku.

"Saya okey. Awak please jangan bagi tahu mama dengan ayah yang saya kena...." tak sempat ayat aku habis air mata yang mendahuluinya.

"Awak, saya janji, saya akan jaga awak, sampai ke hujung nafas saya yang terakhir. InshaAllah. Dah2 jangan menangis sayang. Nanti mama dengan ayah marah dekat abang sebab buat sayang menangis. Sayang nak abang kena marah ke ?" Ash cuba menenangkan aku, dalam masa yang sama dia cuba buat aku ketawa. Aku hanya menggelengkan kepala untuk menidakkan soalannya.

"Janganlah panggil sayang lagi. Awak dengan saya tu kawan je. Tak lebih dari tu, saya taknak langgar perjanjian kita sebelum ni 'untuk tidak saling mencintai satu sama lain'. Terima kasih sebab selamatkan saya. Kalau awak tak ada, saya tak tahu apa akan jadi. Terima kasih awak." Aku cuba menjadi ceria semula.

"Ye saya tahu tu. Tapi andaikata kita terpaksa mungkir janji untuk kebahagian bersama tak salahkan ? Kalau hati masing2 suka sama suka." Ash cuba untuk melupakn janjinya dahulu.

"Awak ni pasti ke yang saya ni suka awak ? Jangan perasan ok." Sengaja aku buat muka serius untuk menidakkan perasaan aku. Memang benar perasaan yang hadir ini telah ditentukan Allah.

"Hmm yelahh. Jomlah sambung cari barang. Lupakan semua kejadian ni. Lepas hantar mama dengan ayh dekat rumah kita pergi buat report k. Now, i want to see your teeth and your beautiful smile." Aku akur dengan kata2 Ash. Senyuman juga aku lemparkan. Dalam hati sudah mengucap syukur kerana mengenali lelaki ini.

********

Selepas membuat report di balai polis yang berdekatan atas cubaan merogol. Kesemua mereka akan dikenakan hukuman. Aku dan Ash pulang ke rumah mama dan ayahku.

Disebuah pangkin, aku terlihat sinar bahagia disitu. Aku senang hati melihat mama dan ayah gelak ketawa bersama Ash. Aku rasa bahagia seketika. Alhamdulillah.

"Haiii ank mama sorang ni, dari jauh maa nampak diaa tersenyum-senyum terkenangkan ape tu. Nasib baik air teh'o panas ni tak terbalik." Mamaku membebel melihat tingkah lakuku.

"Biasa laa maa, orang bahagiaa memang senyum sampai ke telinga, sampaikan gaung depan mata pun nanti tak nmpak." Perli Ash. Ehh jap aku salah dengar ke ni ? Maa ?

"Aik maaa.. takkan ada anak lelaki pulak sekarang ni. Bila maa dgn ayah....." ayat ku tergantung bila tangan mama lebih laju mencubit lenganku. "Auuchhhhh sakit laa maaa."

"Hah tulah, padan muka, cakap bukan2 lagi. Kan dah kena." Sengaja Ash naikkan angin aku.

"Ash ni, bukan sesiapa pun lepas ni. Bakal menantu maa juga. Tak gituu cik abang." Sempat mama pandang ayh untuk mendapat persetujuan dengan kata2nya.

"Gitu lerr nampaknya. Ayah terima jee sesiapa yang datang meminang kamu nanti. Asalkan orangnya dari keluarga yang baik2." Ucap ayahku yang bersahaja. Tapi riak muka Ash berubah dari senyum manis macam gula kini berubah bila ayah kata terima jee meminang sesiapa pun.

"Baik bagi ayah dengan mama, Ida terima jee sesiapa pun." Saja aku uji si Ash yang kelihatan binggung.

"Baik bagi sayang, baik juga bagi abang." Sengaja Ash menutup kegelisahannya. "Maaa ayah, kalau tak keberatan izinkan Hafiz menumpang semalam ni sini boleh tak. Tengok hari yang hampir gelap ni. Takut pulak nak balik malam2 ni." Sempat Ash berkata2 untuk menumpang dirumah.

"Alahai Hafiz, apalah sangat. Kecil tapak tangan, nyiruku tadahkan. Pintu kami terbuka jee untuk kamu Hafiz." Ujar ayahku.

"Jomlah masuk, dah hampir senja ni. Masuk mandi2 lepas tu solat maghrib berjemaah ye. Hafiz kamu imam ye. Tapi kamu ada ke baju ni." Kata mamaku yang nak masuk ke dalam rumah bersama dulang di tangan.

"InshaAllah maa. Beg baju saya ada dalam kereta tu, cuma tak bawa jee lagi maa. Lagipun orang tu taknak ajak Hafiz tidur sini maa." Sempat Ash kenakan aku. Aishh manelah aku tahu dia nak tidur sini. Aku pikir diaa ada klas je esok.

******

Keesokan harinya. Awal pagi lagi Ash dah bangon. Terkejut aku dibuatnya. Ingat lepas solat subuh diaa nk sambung tidur, mane taknya malam tadi seronok sangat kacau aku tengok cite 'The Hunter'. Pukul 4 pagi baru masuk tidur tu sebab ayah dah bising sebab dah lewat sangat masih tak tidur.

"Assalamualaikum maa and my sayang abang." Sempat diaa ketawa kecil, sambil pndang ke arah aku. Aku yang menhan malu.

"Waalaikumussalam Hafiz. Pukul berapa nak balik Nilai ni ?" Soal mama.

"Lepas breakfast Hafiz balik, sebab petang nanti ada amali." Jawab Ash.

"Baguslah tu.. Cepat sikit balik yee.." sengaja aku membalas kata Ash tu. Biar diaa berang sedikit. Mane taknya nanti aku rindu wajah tu.

"Iyelahh..kalau saya dah balik nanti jangan ada call kata rindu pulak ye. Nanti susah saya nak datang balik sini. Bukannya dekat tau." Ehh, sempat Ash kenyit mata sebelah kat aku. Nampaknya muka aku dah blushing.

Selesai sarapan pagi. Ash meminta diri untuk balik ke Nilai. Aku akur dengan pemergian diaa. Aku hanya lempar senyuman terpaksa melihat Ash dan keretanya meninggal perkarangan rumah. Aku doakn dia selamat sampai di sana.

Sebelum Ash pergi sempat dia mintak maaf dengan aku. Ikhlas dia mntak maaf. Dengan mama n ayah pun dia mntak maaf dan mintak halal makan minum dia selama dia berada dirumah tu. Pelik aku dengan tindakan Ash ni. Tapi hati aku senang bila dia berkelakuan macam ni. Sejuk hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience