Chapter 4

Romance Series 9594

Beberapa jam kemudian. Aku mula tersedar, dan buka mata tengok keadaan sekeliling putih jee ade tv Lcd yang tergantung. Aku jadi hairan. Tak lama lepas tu aku dengar ada orang buka pintu. Aku menunggu kelibat orang tu. Sha rupanya. Aku ingin bertanyakan kepada Sha.

"Sha, aku dekat mane ?"

"Kau dekat hospital. Cuba kau tengok kaki kau yang berbalut tu."

"Macam mane aku boleh sampai dekat sini ? Siapa bawa aku ? Kau dah bagi tahu kakak aku ?"

Bertubi-tubi aku ajukan soalan pada Sha. Tanpa sempat Sha untuk menjawab.

"First aku tak kenal lelaki yang bawa kau dengan aku datang sini. Dia angkat kau masuk kereta terus bawak kita dua dekat sini. Second, aku baru lepas call kakak kau, dia on the way datang sini, and dia nk ambil kereta kau dekat tasik sana. Nasib baik ada kunci pendua. Babe, kau taknak ke fone kau ni ?"

Sha, kau memang pandai baca akal fikiran aku. Memang tu yang aku cari dari tadi. Sebab tu aku sayang Sha.

"Sha, Mea tahu aku dekat sini ? Ehh, sebelum tu give me back my fone."

Sha menghulurkan fone iphone 5s kepunyaan aku. Aku buka fone terus buka game. Masuk2 jee terus tengok banyak message dari Ash a.k.a Hafiz Ashraf.

1- 'Awak, awak dekat mane ? Awak dah sampai belom ?' 17:35
2- 'Awak, dah pukul berapa ni, takkan awak tak sampai lagi ?' 05:55
3- 'Awak, ni nombor saya kalau awak perlukan bantuan call terus saya.' 18:05
4- 'Awak saya pergi jogging ni, kalau ada pape call saya terus' 18:15
5- 'Awak saya ada emegency, mungkin saya lambat on COC, tapi please wsaps (Whatsapps) me.' 18:35
6- 'Awak dah dekat pukul 9, awak dekat mane tu ?' 20:45

Dalam hati aku rasa berbunga-bunga jee. Tak sangka ada yang risaukan aku. Perkenalan dalam masa seminggu tak sangka boleh buat seseorang tu serius sampai macam ni. Aku dalam masa yang sama masih takut dan fobia dengan apa yang pernah aku lalui. Hafiz dulu juga caring pasal aku. Sampai sanggup keluar malam untuk belikan aku pad (tuala wanita)

"Hah, kenape tu tersengeh sendiri, macam kerang busuk."

Suasana bilik penuh dengan gelak tawa kami berdua. Tak lama kemudian kakak aku pun sampai dengan abg ipar aku. Sha terkejot bila tengok abg ipar aku. Sha selama ni tak pernah tahu bahawa ckgu Farizal ialah abang ipar aku.

"Assalamualaikum akak abang. Abg ni bukan Ckgu Farizal ke?"

"Waalaikummussalam. Ye, saya ckgu Farizal merangkap abang kesayangan Hidayah."

"Dan juga suami kesayangan, buah hati jantung akak."

Suasana menjadi riuh dengan gelak tawa kami semua. Tak lama kemudian ade seseorang yang masuk bilik tu. Gelak tawa kami terhenti. Seorang lelaki misteri memasuki bilik aku.

"Assalamualaikum, maaf menganggu kamu semua, saya Fizz yang bawa Cik ni ke sini." Sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam kepada Farizal.

"Terima kasih Fizz sebab bawa adik saya ke sini. Kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi pada dia. Dia lah satu2nya adik yang kami ada." Ujar kak Huda.

"Sama-sama kak. Harini hari saya tolong orang, manelah tahu nanti esok lusa orang lain pula bantu saya dalam kesushan." Fizz lemparkan senyumanya. " Saya mintak diri dulu ya." Sambil memandang ke arahku "Semoga cepat sembuh."

Wahh.. boleh cair dengan senyuman dia. Fuhh..Name Fizz macam Fizz Fairuz je. Hahahaa.

"Akak, adik nk balik. Bila adik boleh keluar ni ?"

"Tunggulah doktor yang datang check adik jap lagi. Tunggu keputusan dia, okey ?"

"Okey."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience