Chapter 1

Romance Series 9594

"Yahh, aku dengar pengawas nak buat sportcheck besar-besaran, sebab ada kes duit hilang, fone pelajar hilang."

"Seriously..?! Asal Jieha tak bagi tahu aku !" aku rasa bengang. iyela bila aku tak bawak fone tak ada pon sportcheck bagai. Ni kes macam nak kenakan aku jee. Jieha classmate aku dan juga boleh dikirakan BFF laaa.

"Yahh, kenape lately ni aku nmpak kau selalu bawa fone pergi sekolah, then kau selalu senyum sorang-sorang..? Kau ade sembunyikan apa-apa daripada aku ke..?"

Riak wajah aku berubah bila kawan baik sendiri Tasha atau dikenali sebagai Sha, perasaan perubahan aku.

"Ehh..ada ke aku senyum sorang-sorang..?!"

Aku cuba untuk sembunyikan apa yang berlaku beberape hari yang lalu yang membuatkan aku tak lekang dengan senyuman :).

"Tak apelah kau taknak share dengan aku. Orang tu dah bahagia sampai aku pun dah tak nampak, yang kau nampak game tu je."

(Sha membalas dengan malas dan rasa seperti tidak diperlukan lagi, tapi dia tahu, Hidayah atau Yahh takkan sembunyikan apa-apa daripadanya dan mungkin bukan sekarang untuk dia ceritakan apa yang terjadi.)

"Sha nanti aku cerita dekat kau kenape aku bawa fone ni, but promise, kau takkan bagi tahu sesiapa even Mea tanya kau kenape. Boleh tak ?"

Soalku. Aku taknak Mea tahu aku dengan siapa sekarang, sebab Mea taknak aku kecewa lagi lepas aku 'break' dengan Hafiz tiga tahun lepas.

Aku pernah dikecewa masa aku ditingkatan dua. Orang mesti fikir terlalu muda untuk aku bercinta tapi orang tak tahu cinta itu buta. Aku dengan Hafiz hampir dua tahun menjalinkan hubungan tapi semenjak Hafiz dapat sambung belajar dalam bidang Kulinari dekat Putrajaya. Aku tak sangka yang dia akan tinggalkan aku. Dia sering bagi aku alasan busy, busy, and busy, sampai satu tahap aku jadi 'Miss Stalker'. Dalam masa aku jadi 'Miss stalker' macam-macam aku dapat info tentang Hafiz. Dia cakap dengan aku dia tak pakai Wechat. Tapi bila aku pergi contact name card nama dia keluar dekat wechat tu. Hmmm aku rasa tertipu sangat. Apakan daya dah orang nak tipu kita. Aku masih boleh sabar dengan semua tu.

Dua bulan kemudian aku rasa Hafiz dah semakin jauh dari aku. Dia dah tak caring pasal aku, dah tak selalu call aku, aku sunyi bila semua tu dah tak berlaku, rindu dengan suara manja dia. Aku buat tindakn drastik, aku beli nombor baru untuk cari mane Hafiz aku yang dulu. Lepas aku beli nombor baru, aku buat akaun Wechat, aku buat profile gambar perempuan cun dari instagram. Aku baru add dia dekat wechat, tak sangka dalam masa 15 minit dia approve aku jadi friend dia. Fuhhh..! Penuh kesabaran aku buka profile dia. Aku tengok cover photo dia, ada gambar perempuan :'( , sakit hati pulak, aku buka pulak moment dia. Ya Allah, hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa T_T . Hati aku retak 1000. Aku bace moment dia, '3 Julai - She is mine (gambar dia dengan kekasih baru dia)' semenjak dari peristiwa tu, aku terus hilangkan diri dari Hafiz, aku patahkan sim yg aku pakai. Semenjak dari tu, hari yang sama aku jumpa dengan Mea, Mea atau sebenar dia Meaqyrana. Mea dia nmpak aku menangis seorang diri di tepi tasik Antisiptik. Dari situ perkenalan aku dengan Mea. Sampai ke harini Mea still adik angkat yang aku sayang, sayang sama seperti adik kandung sendiri. Beza umur kami 3 tahun je. Hehehe.

Balik pada cerita dekat sekolah tadi.

"Hmmm yelah Yahh. Aku tahu balik sekolah aku nak kau story dari A-Z, Ok..?"

"Ok. Habis sekarang ni nak buat apa, Jieha the geng tu nak buat sportcheck dengan Farizal pulak tu. Mati aku kalau fone ni kena rampas."

Aku rasa nak lari sekolah je ikot pagar tepi bilik KH. Kalau lah aku ni jahat sangat.

TIBA-TIBA...

Tersentak aku dari lamunan.

"Assalamualaikum, Saya nak awak semua berada di luar kelas, letakkan semua barang awak di atas meja."

Fuhhh..Farizal tak pernah tak tegas, tak pernah tak handsome. Farizal ni ckgu disiplin 2. Semua pelajar perempuan boleh cair tengok dia, termasuklah cikgu perempuan yang single mingle tu.

"Sharhrul, Alif, Isfahan, Atikah, Liyana, Meera kamu check beg mereka semua dan semua sudut disetiap dalam kelas ni termasuk bakul sampah. Farhana, Zani, Najihah, Syazmin, Unish, Aidil, Nik, kamu semua check mereka semua pastikan tiada satu pun tertinggal, kalau ada fone tolong beri saya"

Arahan diberi sambil matanya merenung tajam kearahku masa dia sebut pasal fone. Sambil dia tenung aku, sambil tu aku senyum selambe. Hahaha, aku bukan gatal k. Cuma hormat dia sebagai guru disiplin 2.

"Ckgu, saya dapat fone ni dari pinggang Hidayah."

Najihah a.k.a Jieha, kawan baik juga ni, saja aku bagi fone tu dekat dia, sebab aku tahu Farizal takkan ambik fone aku. Bila aku tahu Farizal yang sportcheck nie, aku bagi je fone ni.

"Hidayah, lepas ni ikut saya pusing satu sekolah buat sportcheck, lepas tu ikot saya masuk bilik disiplin"

Arahannya diterima. Rakan sekelas aku semua pandang aku dengan muka hairan. Aku tak tahu kenapa kelas aku yang pertama kena sportcheck. Kelas kami jadi tersenarai teratas kes barang hilang ke ? setahu aku, semua budak kelas aku baik-baik, mana taknya kelas kami tak ada kes berat pun kecuali kelas paling nakal dengan cikgu-cikgu, nak kata lelaki yg buat hal, tak mungkinlah, lelaki dalam kelas aku hanya 6 orang je, 3 melayu, 3 cina. So macam boleh jadi sasaran. Aku jadi hairan bila, kelas kedua yg kena sportcheck ialah kelas first 5 Sains Tulen iaitu kelas sebelah aku 5 Prinsip Akaun.

Apalah nasib aku. Nasib baik budak kelas aku tak ada bawa barang terlarang. Tapi kelas sebelah banyak barang kena rampas terutama geng Atiqah, nama je kawan dengan pengawas tapi siap make up diaa bawa sekali. Tu lahh, nak sportcheck orang tapi geng sendiri tak ikut peraturan. Nasib baik Atiqah ni pengawas yang berdisiplin ikut peraturan kalau tak dah lama kena lucut jawatan.

Aku ni dah macam tunggul kayu jee, ikut jee kesana, kemari, dengan diaorang. Ade dua, tiga kelas juga aku yang bagi arahan suruh diaorang keluar sebab budak lelaki terlalu ramai yang buat pekak badak. Sekali aku gertak sepak meja. Menggelupur keluar kelas. Hihihi nakalkan aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience