Chapter 29

Romance Series 9594

Menghitung Hari Untuk Majlis perkahwinan Hida dan pasangannya. Persiapan semua sudah lengkap disediakan.

Majlis Khatam Quran dan doa selamat diadakan di kediaman rumah keluarga Hida. Keluarga Ash juga turut sertai, sertai sebagai kawan. Tak salah bukan ? Saudara-mara, sepupu-sepapat semua dah berkumpul, walaupun rumah tak sebesar rumah agam, tapi cukup untuk menampung semua ahli keluarga. Rumah tanah lot setingkat biasalah tapi keluasan satu ekar tanah ;) Imaginelah sendiri. Hehehe

"Maa, mane mak mertua Ida. Kenape tak nampak pun dari tadi." Tanyaku

"Mama lupa bagi tahu. Keluarga mertua kamu buat kenduri juga hari yang sama dengan majlis kita." Tutur mama.

"Ooo...jadi memang Idaa takkan kenal sesiapa laa ni dari pihak belah sana ?" Soalku lagi

"Nampaknya macam itulah sayang. Tak apa lagi berape hari je lagi. Sabar yee sayang." Kata mama.

"Maaa.. ada lauk lagi tak. Dekat depan tak cukup lauk, ada yang tak dapat lagi." Sampuk Ash datang ke dapur.

"Adaa. Jap yee." Mama ambik pinggan berisis lauk. "Nahh.. nanti nak pape lagi panggil jee mama." Kata mama lagi.

Aku hanya memandang Ash berlalu tanpa menegurku tapi hanya memandang saja. Lagi berape hari saja lagi aku akan bertukar status.
___________________

Pagi.

"Bakal pengantin dipersilakan ke belakang. Untuk cuci semua pinggan, mangkuk, periuk semua tu." Kata Kak Huda.

"Ha'ah. Idaa pergi belakang tu kemas. Nanti dah kahwin tak rasa buat semua ni dah." Kata Makngahku. Adik kepada mama.

"Apee ni..bagi laa chance nak rest dulu. Lepas kahwin baru pulun habis" jawabku.

"Amboii..nak ngelat saja hang naa.." sampuk nenek. Mak kepada ayah.

"Hmmm..yelah2 orang pi sekarang naa.." kataku terus berlalu ke belakang rumah.

Bukanlah belakang rumah tapi tepi rumah bawah garaj kereta.

"FullAmarkk..!! Banyaknyaaa. Hmmm sorang2 pulak tu. Manelah bakal husband ni, tak mau mai kaa tulung bakal bini hang ni. Sat gi malam pertama hang tengoklah cek tidoq tak sedar diri, jangan menangis naaa..." kataku sndiri.

Tiba2 kereta Ash sampai depan rumah. Aku hanya nampak Pn.Kartini dan Ash jee turun dari kereta. Baba mane ?

"Assalamualaikumm Hidaa.." kata Pn.Kartini yang menghampiri aku ditepi rumah.

"Waalaikumsalam mama. Mama masuklah dulu. Mama semua ade dekat belakang tu tengah sarapan. Mama Ash makan laaa dulu. Idaa nak kemas kat sini dulu. Baba mane maa ? " Kataku dan memlemparkan senyuman pada Pn.Kartini.

"Baba keluar dengan ayah Hida pagi tadi. Tak tahulah mana perginya.." sambungbya lagi "banyak sangat ni Ida nak kena cuci. Nak mama suruh Afiz tolong ke." Kata Pn.Kartini

"Mamaa tak ape. Dah biasa. Mama masuklahh." Balasku.

"Basuh bersih-bersih tau. Sampai berkilat."  Kata Ash menyampuk.
"Gosok, jangan tak gosok, gosok... Sampai berkilat, terlihat wajahmu" Ash menyanyi lagu Spider. Kuajaa perli aku.

"Ape kamu ni Fizz. Kesian dia. Hah, mama nak kamu tolong Hida basuh semua ni." arah Pn.Kartini "Hida, mama dah upah seseorang yang boleh tolong kamu. Mama masuk dulu yee." Kata Pn.Kartini dan terus berlalu ke dalam rumah ikut pintu tepi rumah.

"Hahahhahaaa..kena basuh juga." Gelakku selepas melihat muka geram Ash.

"Gelak2..nasib baik aku sayang kau.. Kalau tak..." tergantung

"Takk apaa ?" Potongku.

"Kalau tak jangan harap aku nak datang sini." Sambungnya.

"Ok..sekarang dah tukar jadi kau aku. Biasa saya awak je." Merajuk aku

"Alololoo.. nak jadi bini orang pun merajuk lagi ke ? Saya boleh nak pujuk awak. Tapi ada syarat."

"Apa syaratnya ?"

"Jadi isteri saya." Katanya lancar

"Awak lagi berapa malam jee lagi, boleh pulak awak buat lawak yee" kataku

"Hahaa. Saya tahu laaa."

"Bila majlis awak ?" Kataku ubah topik. Sambil tu tangan ligat membasuh pinggan.

"Lepas Majlis awak." Balasnya

"Oooo...." hanya itu saja mampu ku katakan. Aktiviti membasuh, mengemas semua dibuat bersama.
_________________

"Assalamualaikumm.." kata Pn.Kartini

"Waalaikumsalam..." jawab semua orang di belakang.

"Tini, bila sampai." Kata mama.

"Baru jee sampai."

"Mana Hafiz tak ikut sekali." Soal mama

"Ade dekat luar tu. Saya suruh diaa tolong Hida kemas belakang tu." Kata Pn.Kartini

"Hah baguslah aunty. Kita buli habis2 bakal penggantin tu." Menyampuk kak Huda.

"Hahaha ade2 jelah kamu ni Huda. Nii bila date ?" Soal Pn.Kartini

"Dew 3 aribulan 4." Balas Huda "aunty Afiz tu bila majlis dia. Kami tak dapat kad pun tapi dah dijemput." Kata Huda lagi.

"Adelah tu. Aunty lupa nk bagi. Tak apa nanti datang jee." Balas Pn.Kartini.

Masing sibuk2 dengan gubahan hantaran. Gelak tawa didengari. Ash dan Hida juga siap kemas belakang rumah. Basah kuyup baju mereka basuh ke dalam rumah. Bakal penggantin ni tak reti duk diam langsung laa. Ada saja yang tak kena.

"Ida, nanti petang ambik baju nikah." Kata mama.

"Ok maaa. Idaa masuk bilik dulu lah nak tukar baju lepastu siap2 nak g ambik baju."

"Hafiz teman Hida ambik baju kat KL tu. Nanti malam balik gelap dah hari. Risau mama dengan bakal penggantin ni" kata Pn.Kartini yg berada disebelah mamaku.

"Baiklah maaa." Jawab Ash.

***************

Dalam perjalanan ke KL.

"Awak betul ke keputusan yang saya buat ni ?" Kataku

"InshaAllah. Awak kena terima takdirNya." Jawab Ash.

Yaa, Hida harus terima takdir. Seperti dirinya harus terima takdir, Hida bukan miliknya.

"Awak... kita tetap sahabat kan ?" Soalku lagi.

"Yee kita tetap sahabat selamanya."
__________________

"Assalamualikumm Elliee.." aku tolak pintu butik

"Waalaikumusalam. Masuklah. Jap nak ambik baju." Katanya dan terus berlalu.
"Nahh.." katanya lagi.

"Kenape ade dua pasang ni ?" Soalku.

"Tadi Pn.Kartini call I, suruh U ambik sekali baju Hafiz ni." Katanya

"Ooo. Ok. Thanks."

Aku keluar dengan dua pasang baju yang bertutp dengan kain hitam. Aku pun tak tahu kenape harus ambik baju mamat ni sekali.

"Awak kenape ade dua pasang ?" Soal Ash.

"Mama suruh ambik sekali baju nikah awak. So saya ambik jelah." Kataku yg sangkutkan baju di tempat sangkut belakang kereta.

"Ooo. O K. Sekarang saya pelik. Kenape baju saya ade jugak." Katanya

"Dah laa..lupakan jelahh.. awak saya lapar laaa. Jom makan" kataku

"Ok.. awak nk makn kat mne ?" Soalnya. Sebelum kami msuj ke dalam kereta semula.

"Mane2 je asalkan sedap dan kenyang."

"O.K." balasnya sepatah.

Perjalanan pergi makan mereka hanya diam dan sepi sebab hari sudah gelap. Selepas makan mereka pula akan terus ke Perak balik rumah keluarga Hida. Walaupun sudah lewat malam sekali pun Hida tak tidur sepanjang perjalanan. Apa yang bermain difikirannya pun tak tahu lah. Tinggal lagi dua malam sebelum bertukar status.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience