Chapter 39

Romance Series 9594

3 Bulan Kemudian.

Dalam masa 3 bulan ni hubungan Hida dan Ash dingin semenjak hari mempersoalkan anak. Ash mahukan anak, Hida pula mahu focus pada kerjayanya. Mereka juga sudah tidak tidur sekali. Ash pulaa sering tak pulang ke rumah. Hida pula, sibuk menguruskan kes2 dihospital suaminya. Dia ingin selesaikan cepat, supaya dia dapat keluar dari dunia negatifnya terhadap suaminya.
_________

OFFICE.

"Cik Nurul. Masuk bilik saya sekarang." Arah Ezham.

Hida keluar dari biliknya ke bilik COO syarikat tu.

"Ye, Encik, ada apa2 yang saya boleh bantu ?" Soalku.

"Awak kenal lelaki ni ?" Soal Ezham meletakkan sekeping gambar seorang lelaki.

"Tak." Jawabku.

"Kenal perempuan ni ?" Ezham tunjuk lagi gambar.

"Tak. Kenape Encik ?" Soalku.

"Tak ada ape. Awak boleh keluar sekarang." Arahnya. Tapi sebelum aku langkah keluar Ezham paggilku kembali. "Kita lunch harini." Katanya.

"Baik Encik." Kakiku melangkah semula ke bilik. Hatiku sebenarnya sudah panas. Semua gambar yang Ezham tunjuk semua tu dia kenal. Gambar suaminya dan gambar juga gambar Izzati. Ade sekeping gambar lagi, gambar Ash dan Zati berpelukkan.

"Puan okey ?" Soal Anis.

"Ok." Aku balas dengan senyuman.

"Puan semua kes dekat sini hampir selesai, tak lama lagi kita boleh balik office kita Puan. Tak payah nak hadap file ni semua. Lepas tu sekarang ada kes baru masuk, pihak atasan nak kita siasat apa hubungan mereka Puan. Saya harap Puan tabah." Anis menunjukkan gambar Ash dan Zati berpelukkan lagi.

"Be profesional Anis. Kerja tetap kerja Anis." Kataku tegas.

"Baik Puan." Jawab Anis.

Aku, Anis dan Ezham keluar lunch bersama. Kami tak lunch di cafe tapi kami lunch di luar. Aku tak kenape, tiap kali aku keluar lunch dengan Ezham, selalu dia bawa ke keluar, tak bawaku ke cafe hospital.

"Awak nak makan ape ?" Soal Ezham padaku.

"Nasi Ayam, sirap ais." Kataku pada waiter.

"Anis ?" Soalnya lagi.

"Sama macam Nurul." Balasnya.

"Saya pun sama." Kata Ezham pada waiter tu.

Kami menikmati makanan kami. Selepas makan Ezham ajak kami shopping. Aku tak beli ape2 pun cuma Anis yang nak beli kasut baru. Aku layankan ke. Tiba aku terserempak dengan Fareez dan Emi. Mereka tegur aku dulu.

"Hidaa ?" Tanya Emi.

"Yes I. Emi right ?" Soalku kembali.

"Mane Haa..."

"Ni Ezham, COO, tempat aku kerja sekarang." Potongku ckapa Fareez.

"Fareez." "Emii." Mereka berjabat tangan. "Berdua je ?"  Tanya Emi.

"Tak, ade kawan aku kat dalam tu tengah pilih kasut." Kataku.

"Kawan sekolah ke ?" Soal Ezham padaku.

"Ha'ah kawan sekolah and kawan seuniversiti." Balasku.

"Ezham.. Pinjam girlfriend kau jap. Nak bawa dia pusing2 jap, nanti aku hantar dia balik office." Kata Emi pada Ezham.

"Ok, pastikan hantar diaa balik Office balik. Aku tahu selum pukul 4, dia dah ade dekat office." Kata Ezham tegas. Aku, Emi dan Fareez terus pergi meninggalkan Ezham dan Anis di kedai kasut.

"Kenape kau ckap kat dia aku girlfriend diaa ?" Soalku pada Emi.

"Aku tahulah dari cara dia pandang kau, dia ada hati kat kau. Kau tak bagi tahu dia ke yang kau dah married ?" Tanya Emi lagi.

"Tak." Sepatah jee jawabku.

"Kau tak takut ke terbagi harapan dekat dia ?" Soal Fareez.

"Bukan salah aku kalau dia ade perasaan dekat aku. Kami tak boleh kahwin pun." Balasku

"Kau ada masalah ke dengan Ash ?" Soal Fareez setelah kami tiba di meja makan secret recipe. Kami order minum dan sepotong kek setiap seorang.

"Biasalah, mane ade rumah tangga yang tak ada masalah." Balasku.

"Sharelah dengan kami, mane tahu kami boleh tolong kau." Kata Emi.

"Nak tolong konon. Rumah tangga korang pun korang tak terjaga ni pulak nak jaga rumah tangga aku." Kataku perli.

"Siapa kata ?" Balas Emi.

"Aku kata."

"Kami bahagia k. Mel pregnant anak aku 2 bulan." Balas Emi, terpancar kebahagiannya. Bila Emi berbaik dengan Emelda pun tak tahu, sebab aku terlalu sibuk dengan urusanku saja.

"Aku pun happy jugak, Sofi pregnant 6 bulan anak aku juga." Lagi sorang. Bahagia kawan baik aku ni. Nampaknya setiap perkahwinan mahukan anak sebagai pengikat Cinta ke ?

"Tahniah. Nampaknya tak lama aku jadi aunty laa ni ?" Kataku.

"Nampaknya macam tu lah. Kau bila lagi nak ada isi ni ?" Soal Emi.

"Aku tak ready lagi lah. Awal lagi kot. Aku nak kerjaya aku stabil dulu." Jawabku.

"Kerjaya tu tak penting, yang penting suami kau tu. Dia mesti nak anak. Kau ada masalahkan sebenarnya. Bagi tahu kami sekrang." Desah Emi.

"3 bulan aku dengan Ash dingin. Kami tak tidur sekali. Dalam rumah tu, dia buat aku macam tak wujud jee. Sekarang dekat office aku ada loparan pasal dia dengan ex gf dia." Terangku pada Emi dan Fareez.

"Aku dah agak dah. Mesti jadi macam ni. Patutlah, Sofi ada kata dia nampak laki kau dengan perempuan. Aku ingtkan kau tapi bukan." Jelas Fareez.

"Bila.?" Bulan lepas.

"Hmmm.. biarlah diaa. Kalau dia nak kahwin lain, kahwin laa. Dia berhak untuk kahwin 2, 3 & 4. Tapi aku tak sanggup dimadukan. Sebelum dia nak berkahwin baik aku mintak cerai dulu." Terangku.

"Dah laa. Jom aku hantar kau balik office dah pukul 3.30 ni, nanti bf kau bising pulak." Ptong Emi.

Emi dan Fareez hantar aku ke hospital semula. Mereka berdua nak hantar aku sampai ke atas tapi aku menolak. Cukuplah sudah hantar aku balik.

Emi dan Fareez terus gerakkan keretanya perlahan keluar dari perkarangan hospital. Tak sangka mereka, depan mereka ialah Ash dan ade seorang penumpang sebelahnya. Emi dan Fareez hanya mengekori dari belakang. Akhir mereka melihat siapa penumpang sebelahnya. Perempaun dalam gambar yg Hida tunjukkan tadi. Fareez memotong kereta Ash dan pancung depan keretanya.

Fareez, Emi keluar bersama. Ash juga keluar dari keretanya. Tak sempat Ash bersuara. Fareez menumbuk pipi kanan Ash.

"Ape korang ni." Jerit Zati melihat kejadian itu.

"U..u duduk jee dalam tu, jangan masuk campur." Arahnya pada Zati.

Dushhh..satu lagi kena dipipi kanan Ash daripada Emi.

"Ni sebab kau tak setia pada satu." Kata Emi.

"Apa korang cakap ni ?" Ash tak faham apa yang sedang berlaku.

"Nie ape ?" Tunjuk Fareez gmbar Ash dan Zati berpelukan dibilik officenya

"Mane korang dapat gambar ni ?" Tanya Ash.

"Mane aku dapat tak penting. Aku nak tanya kau ni." Pegang Fareez koler baju Ash.

"Ape ?!" Berang Ash.

"Aku pernah cakap dengan kau kan. Kalau kau dah tak sayangkan dia, lepaskan dia. Aku ada boleh jage dia." Terang Fareez berang.

"Apa korang ni. Kenape nak sangat dengan bini aku ni ?!" Bengang Ash melepas peganggan Fareez dikoler bajunya.

"Sebab dia istimewa pada kami." Balas Emi.

"Apa yang istimewa sangat argg ?!"

"Dia seorang setia. Kau ingt senang ke aku dengan Fareez nak cuba buatkan dia jatuh hati pada kami. Tak, susah. Dia setia pada kau. Walaupun bertahun2 dia dekat sana, dia still ingt dekat kau. Dia juga pesan pada kami, kami jangan jatuh Cinta padanya sebab dalam hati dia hanya ada kau. Tapi sekarang, kau buat dia macam ni. Kalau betul kau dah taknak dia, lepaskan dia, jangan seksa hidup dia. Cukup sebelum ni dia seksa bila kau tak ingt dia. Cukuplah, ramai lagi yang boleh jaga dia." Terang Emi.

"So sekarang apa korang nak buat dengan aku, kalau aku taknak lepaskan dia ?" Jawab Ash.

"Kau jangan tanya kalau suatu hari nanti Hida tinggalkan kau buat selamanya, dan tak mungkin akan kembali pada kau. Masa tu, aku takkan izinkan Hida jumpa denga kau lagi." Bals Fareez, dan terus masuk ke dalam kereta.

"Satu lagi, jaga dia baik-baik. Jangan kau menyesal suatu hari nanti kalau aku dapat dia kembali. Aku ade lagi 3 tempat kosong, Fareez pun sama ada 3 juga. Hati-hati dengan kami. Kami akan peratikan kau. Hida, dibawah jagaan kami sekarang, kalau pape terjadi pada dia kau siap." Warning Emi pada Ash.

Ash melangkah masuk ke dalam kereta. Dia melihat luka di bibirnya dan kesan bengkak pipi kanannya.

"U, kenape dorang tumbuk u" soal Zati.

"Tak ada pape. Salah faham je semua tadi." Balas Ash dan meneruskan permanduan.

***********

OFFICE.

"Puan, saya dah dapat maklumat fasal perempuan tu. Dia bertugas di hospital lain tapi dia sering ke sini untuk berjumpa dengan En.Hafiz." Terang Anis.

"Ada lagi." Soalku.

"Ada Puan. Name perempuan tu Izzati Zainal. Dia pernah kena tangkap dengan Jabatan Agama Isalam Wilayah (JAWI). Masa tu 4 tahun yang lalu."

"Siapa name lelaki yang kena tangkap dengan dia tu ?" Soalku lagi.

"Danny Irfan. Kini menjadi suaminya. Danish Izzati ialah anak kandung mereka. En.Danny kini outstation di luar negara sudah 4 bulan, Puan." Terang Anis lagi.

"Tapi kenape dia perlu berjumpa dengan En.Hafiz sedangkan dia sndiri sudah bersuami." Dugaku.

"Rindukan belaian suami mungkin." Jawab Anis.

"Mungkin. Tapi kenape perlu En.Hafiz ?"

Tuk..tukk... pintu biliknya di ketuk.

"Masuk." Arahku.

"Ganggu ke ?" Tnya Ezham di muka pintu.

"Tak. Ada meeting je sikit. Nak join ?" Ajakku. Boleh aku korek rahsia Ash.

"Ok. Apa yang korg bincangkan ni." Tanya setelah duduk dihadapanku.

"Pasal ni." Tunjuk gambar Ash dan Zati berpelukkan tu.

"Ohh." Sepatah jawabnya. "Dah settle ?" Tanya lagi.

"Nak tahu sebab kenapa Pn.Izzati sering ke sini. Boleh tak kalau esok kita jumpa diaorang berdua. Kita settle kan cepat kes ni." Kataku.

"Okey. Nanti saya suruh orang bawahan saya kosongkan jadual mereka." Kata Ezham.

"Thanks." Jawabku.

"No problem. Anythings for you ladies." Balas Ezham.

Perbincang yang disambung tadi berakhir pada pukul 8 malam. Hida, Anis dam Ezham turun dari Office untuk pulang ke rumah masing2. Sampai di bawah. Hida ternampak kereta suaminya masih di perkarangan hospital. Niatnya memang mahu pulang ke rumah tapi dia bertukar niatnya untuk balik ke rumah Huda, rumah kakanya.

(bersambung......)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience