Chapter 9

Romance Series 9594

Selesai solat maghrib. Aku keluar menunggu Ash. Tiba-tiba Ash muncul bawa air mineral and ubat panadol.

"Aik, awak datang dari mana ? Awak demam ke ?" Soal aku dengan berasa pelik dengan Ash.

"Saya bawa ni untuk girlfriend saya. Sebab saya rasa dia kurang sihatlah." Sambil pandang ke arah aku.

"Ohh.. Girlfriend.. bertuahnya diaa dapat awak" jawabku selamba, tapi dalam hati dah cemburu.

"Awak, jom saya hantar awak balik. Sha, Mea, Fiza diaorang masuk panggung lagi sekali ada movie yang dorang nak tengok lagi." Ash mengajak aku pulang ke rumah. Aku sebenar tak selesa jika berdua saja dalam kereta bersama Ash.

"Tak apalah awak, kita tunggu diaorang habis tengok movie." Aku lerikkan senyuman pada Ash.

Secara tiba2 Ash menarik tangan aku mengekorinya dari belakang. Ash menarik tangan aku sampai ke keretanya. Tanpa segan silu Ash membuka pintu sebelah pemandu untuk aku masuk ke dalam. Aku jadi buntu, aku masuk jelah memandang kepala aku semakin sakit.

Suasan dalam kereta sepi bila Ash memandu keluar dari parking lot. Tak lama lepastu Ash menyerahkan aku panadol, roti coklat dan air mineral yang beli tadi.

"Bukan ke semua ni untuk GF awak ?" Aku bertanya dengan hairan.

"Awak makanlah ubat tu. Nanti saya boleh beli baru untuk GF saya tu. Yang sekarang awak makanlah dulu ubat tu. Sebelum tu makan roti coklat tu dulu, takkan nak makan ubat dengan perut kosong. Saya tahu awak tak sihat." Ash bersahaja saja bercakap. Fokusnya hanya pada jalan.

"Terima kasih awak. " aku pandang dengan perasaan sayangnya pada dia. 'Andailah takdir awak Jodoh saya. Saya tak mungkin menolaknya' aku bermonolog sendiri dalam hati. Aku buka roti dan makan dengan satu cubitan dan satu cubitan lagi. Aku tak biasa makan roti dengan gigit di roti.

"Uishh, sedapnyaa bau. Nak sikit boleh tak ? Saya lapar laa." Ehh Ash ni, mengada pulak.

"Awak nak ke ? Nahh, awak ambiklah semua saya tak selera nak makan. Awak makan bagi habis tau." Selera ku kini hilang entah laa mengapa.

"Ehh tak apalah awak. Saya beli semua ni untuk awak bukan untuk saya. Saya baru usik sikit awak dah nak bagi semua tu kat saya. Awak bagi habis lepas tu makan ubat then awak tidur k. Sampai rumah awak, nanti saya kejutkan. BTW, awak jangan risau saya tak culik awak pun pergi Thai kawen lari." Sedikit ketawa keluar di hujung percakapan Ash. Senyumannya tak pernah lekang dari wajahnya.

"Terima kasih awak. Awak saya tidur sekejap tau. Nanti kejutkan saya k." Aku pun pejam mata selepas makan ubat. Kepala aku semakin berat. Aku tak larat dibuatnya.

#Ashraf

'Ya Allah, kau lindungilah dia, izinkan lah hatinya menjadi miliku. Andainya takdir tertulis aku ialah pelindungnya maka kau permudahkanlah urusan kami.'

Aku melihat muka yang agak pucat. Aku rasa tak sedap hati Ya Allah. Hida, izinkan saya menyentuh awak. Aku menyentuh dahi yang begitu panas. Aku pegang tangannya yang begitu sejuk sekali. Aku jadi serba salah mengajaknya keluar harini. Aku memperlahankan aircond kereta. Tanpa aku sedari. Aku telahpun menggengan tanpa Hida sebelah kanan. Aku rasa takut dengan semua ni.

"Awak, maafkan saya. Saya taknak tengok awak sakit. Kita pergi hospital k."

Tanpa berlengah lagi Ash memandu keretanya ke pintu kecemasa hospital. Ash mengangkat ku keluar dari kereta dan mencari katil untuk membaringkan aku.

*********

Aku terjaga dari tidur lena ku yang agak panjang. Aku melihat sekeliling putih semuanya. Aku ingin mengangkat tanganku tapi tangan terasa berat. Aku tak sangka Ash memengan tangan ku sambil dia tidur di tepi katilku. Aku tersenyum melihat situasi itu. Aku mencari jam, jam menunjukkan pukul 3:30 pagi. Nak kejut Ash bangun, tak sampai hati. Aku tiada pilihan. Aku sambung tidur hinggalah matahari terbit.

"Morning sayang. U dah bangon. Sekarang mesti u meronta2 nak makan kan ? " satu senyuman sampai dimuka ku. Aku melihat Ash yang bawak breakfast. Aku hanya mengangguk je dengan senyuman awal pagi. Hehee :)

Ash menyuapkan aku makan bubur dan sup ayam yang dibeli kafe bawah hospital. Aku rasa bahagia sangat. Tapi sampai bila macam ni. Aku dengan dia hanya kawan rapat, tak lebih dari itu.

"Awak, bilaa saya boleh keluar ?" Soal aku pada Ash.

"After lunch maybe u can discharge sayang." Fuhh.. ayat Ash membuatkan permainan gendang jantung mengetuk laju.

"Okey awak. Awak maaf sebab susahkan awak bawak saya pergi hospital and thanks sebab jaga saya." Ujarku dengan nada sedikit lembut.

"It's okay sayang, anythings for you. BTW, u tak perlu mintak maaf. Semuanya salah saya, sebab ajak awak keluar. Forgive me dear." Nada Ash sedikit manja and merayu untuk memohon maaf.

"Ehh..bukan salah awak pun.. benda nak jadikan.." aku berikannya senyuman paling manis sekali. Harap2 tak kena hurung dengan semut.

15:27 p.m

"Thanks awak hantar saya balik. Awak drive kereta elok2 k. Bye Fiza. Fiza kalau abang awak mengantuk ke suruh dia rehat dulu tau jangan drive terus balik dengan mengantuk, kesian dia smalam tak cukup tidur jaga saya kat hospital tu." Aku pesan pada Fiza yang ada di sit belakang.

Fiza malam tu tidur rumah Sha. Sebab aku dan Ash dekat hospital.

"Hah abang dengar tu. Buah hati perangan jantung abang pesan tu. Kalau penat rehat." Sambil memerli kepada Ash. "Thanks Hida, sebab risaukan abang aku ni. Dia ni boleh tahan gilanya juga. Haha" Fiza ketewa melihat Ash yang terkulat2 menahan malu.

Aku keluar dari kereta Ash. Fiza dari sit belakang sudah beralih ke tempat duduk pemandu. Ash pulak tercegat depan aku yang nak masuk dalam rumah.

"Awak jangan lupa makan ubat k. Saya sayang awak kerana Allah." Ash senyum padaku.

"Baiklah boss. Saya tak lupa makan ubat ni. Lastly, thank you very much because of you i getting better now. Hati2 drive balik ni. Dah sampai rumah bagi tahu k." Aku senyum dan aku tak mampu nk balas ucapan sayang Ash padaku. Aku hanya ucap dalam hati 'saya sayang awak juga kerana Allah'.

"Baiklah ma'am. Saya balik ni. Jangan rindu saya k." Sempat Ash cubit hidungku, lepas tu berlari anak masuk ke kereta. Arrghhh naik merah muka. Ash ni sengaja buat begitu depan Fiza pulak tu. Akhirnya Ash pergi meninggalkan aku. Aku tersenyum hambar melihat dirinya pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience