Chapter 33

Romance Series 9599

Jam 1:35 tengahari berkumandangnya azan Zohor.

"Biy..!!" Bingkas aku bangun terkejut.

"Kenape ni sayang ?" Soal Ash cemas yang turut bangun dari pembaringannya.

Nampaknyaa pukul 9 Hida sudah lonjak ke tengahari. Apelah nasib Hida nanti di kata mak mertuanya.

"Biyy dah bangun makan belum pagi tadi ?" Soalku cemas memandang Ash.

"Dah..mama sampai tadi biy dah bangun. Biy nk kejut syg bangun tapi mama kata tak payah. Jadi biy taklah kacau sayang tido." Jelasnya beri keterangan.

"Jadi semua orang dalam rumah ni dah bertolak ke KL ?" soalku lagi.

"Yupp..mamaa suruh sayang rehat dulu." Balasnya dan mengusap kepalaku lembut.

"Biy..petang nie gerak KL terus tau." Kataku. Ash hanya menganguk saja.
________________________

Selepas saja solat Asar. Hida dan Ash bertolak ke KL untuk majlis walimatulurus perkahwinan mereka. Majlis diadakan keesokkan harinya.

"Biy, kita balik rumah ayah or baba." Soalku

"Kita balik hotel sayang. Kita kena bersiap sedia untuk esok. Kena tengok dewan macam mane. Complete ke tak. Fahamm.." panjang lebar dia bagi keterangan.

"Okk. Biy, betul kee biy sayang saya ?" Soalku.

"Kalau biy tak sayangkan awak, sampai ke harini biy takkan ada selalu dengan awak. Awak tahu tak." Ash cubit pipi kananku.

"Danish Izzat tu anak siapa ?" Soalku lagi

"Anak Zati lah." Jawabnya

"Kenapa Izzat panggil awak daddy ?"

"Hey, kenape nie banyak sangat soalan ni. Biy nak bawa kereta pun susah tau."

"Awak, jawablah.. kenape Izzat panggil awak daddy ? Awak ke ayah kepada Izzat."

"Ape sayang cakap ni. Izzat panggil Daddy sebab Zati selalu bawa dia jumpa Biy. Saya yang suruh Izzat panggil saya Daddy. And then, Izzat tu ada ayah dialah. Ayah dia name Danny kawan lama saya. So now jangan tanya lagi soalan pelik-pelik." Jelasnya.

"Ok..tak tanya dahh. Biy...."

"Hah, biy kata ape tadi." Potongnya

"Eeee...tumbukk kangg." Kataku.

"Tumbuk lahh kalau berani."

Dushhh...!!! Aku tumbok di pipi kirinya. Tak tumbuk pun just sentuh je tapi tangan penumbuk ;)

"Tak sakit pun sayang tumbok. Hahha.." ketawa Ash.

"Saje tak nak tumbuk kuat. Nanti sapa nak jaga saya." Kataku.

"Sapa nak jaga awak. Awak jagalah diri awak sendiri." Blasnya dengan ketawa.

"Memanglah saya jaga diri saya sendiri. Jaga daripada manusia bernama Hafiz Ashraf daripada terus menceroboh pintu hati ni." Blasku selambe.

"Macam tu yee. Ok." Terus dia senyap. Teruskan pemanduannya.
_______________

Ash park kereta ditempat yang disediakan yang tak jauh dari pintu utuma Hotel.

"Jom turun." Kata Ash terus keluar dari kereta.

"Merajukk laa tuu..gediknya dia ni. Baru 30 jam jadi suami isteri dah merajuk. Ape daaa.." bebelku sendiri masih dalam kereta. Aku keluar kereta. Ash terus tekan button lock kereta dan pandang aku tanpa riak, then terus jalan sorang masuk hotel.

"Biyy...!!" Panggilku. Ash buat tak dengar terus juga berjalan.

'Apa punya laki daa. Kau merajuk, kita tengok siapa yang lagi hebat merajuk.' - bisik hatiku sndiri.

"Maaa..semuaa ok maa dekat sini ?" Tanya Ash pada Pn.Kartini.

"Ok jee semua..ni mane Hida ?" Soal Pn.Kartini

"Ade kat belakang tuu.." juih bibirnya menghala padaku.

"Hah..gaduh dah ke ?" Menduganya.

"Biasalaa mama, merajuk sikit. Saje nak usik dia." Kata Ash.

"Maa.." salamku dgn Pn.Kartini

"Jomlah naik bilik. Nak maghrib dah ni. Ni kad bilik kamu berdua." Hulur mama kad bilik pada Ash.

"Terima kasih maa." Jawab Ash dan terus berlalu. Tinggal aku sorang lagi :'(

"Hidaa. Kamu ok tak ni ?" Soal Pn.Kartini

"Ok jee maa. Maa Hida naik bilik dulu, tu anak mama dah tunggu tu asyik pandang tak puas hati jee.." kataku.

"Hah pergi cepat. Mama nak tunggu baba ni. Nanti mama pun naik bilik jugak. Nanti malam kita dinner sama2 ye." Katanya.

"Okk maa.. Hida pergi dulu." Kataku dan terus berlalu ke arah lift yg dah terbuka untuk aku.

Aku dan Ash hanya membisu. Buat-buat macam tak kenal jee. Sampailah dalam bilik senyap jee. Macam orang bisu.

'Kita tengok berapa lama kau mampu bertahan.'- Bisik hatiku lagi. Dah tak tahan dah ni.

Aku buka tudungku dan terus berlalu masuk ke bilik air nak cuci muka. Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik di tutup. Aku melangkah keluar tengok Ash dah tak ada. Azan maghrib berkumandang di tv yang terpasang tu.

15 minit kemudian. Tunggu punya tunggu tak masuk juga. Aku terus ke bilik air ambik wudhuk. Solat aku sendiri. Selesai solat. Aku tunggu lagi. Hampir pukul 8 malam, tak masuk juga. Nak call nanti tak berangkat pulak. Hmmm, biarkan lahh. Nak merajuk sangat kan.
____________________

#Ashraf

'Hai bini aku ni. Taknak call ke tanya mana aku pergi.' - bisik hatinya.

"Fizz. Mane Hida. Mama dah kata malam ni dinner sekali." Soal Pn.Kartini baru sahaja duduk dimeja makan.

"Jap lagi turun laaa tuu." Balas Ash.

"Fiza, kamu pergi cari kakak ipar kamu tu. Abang kamu ni tak boleh percaya." Arah Pn.Kartini pada Fiza.

Fiza berlalu ke bilik kakak iparnya merangkap kawannya, dan juga bekas musuhnya.

Tin..tong.. tin..tong.. tekan Fiza lonceng bilik.

Hida buka pintu.

"Oii..tak reti nak turun makan ke hah ?" Meluru soalan Fiza.

"Sabarlah. Aku baru nak turun. Kau ni kenape sampai depan bilik aku ni ?" Blasku

"Mama suruh aku panggil kau turun makan. Kau gadoh dengan abg aku ke ?" Soal Fiza.

"Abang kau tu. Kuat sangat merajuk. Malaz aku nak layan dia." Balasku.

"Hahahahaaa..first time abang aku merajuk wey !" Ketawa Fiza.

"Ye laa tuu.."

"Yee..tak pernah dia merajuk macam ni auww. Patutlahh tadi aku tengok muka dia macam mati bini." Kata Fiza.

"Serius arhh..asal tak snap bagi aku." Kataku ketawa.

"Manelah aku tahu dia merajuk dengan kau. Dah laa jom turun. Nanti kau tengoklah sendiri muka diaa."

"Jap aku fone kat dalam."

Sampai saja dimeja makan. Tak ku sangka dan duga. Zati dan Izzat ade sekali. Nak tak nak pergi jugalah kalau tak kebulur nanti

Happy aku tengok Ash layan budak-budak, happy juga mak kepada budak tu turut dilayan juga. Siapa tak jealous bila laki kau layan perempuan lain lebih dari diri kau sebagai isteri dia. Dengan isteri sendiri pun nampak atau tak.

Walaupun dimeja makan semua menikmati makanan yang dihidangkan. Aku duduk berhadapan dengan Zati, sebelah kiri Fiza, kanan mama (Pn.Kartini). Ash ? Hmm..duduk tengah2 antara Zati dan Izzat. Kenape Zati tu nak gatal lagi dengan laki orang. Laki sendiri tak ada ke ? And last perlu nak maen suap-suap ni.

'Sabar Ida. Sabar. Tak ape. Siap makan je. Kau terus naik bilik.' - bisik hatinya.

Selesai saja makan. Pinggan semua dah berangkat. Aku meminta diri nak naik bilik.

"Maa, baa. Hida naik bilik dulu. Penat tak hilang lagi." Kataku

"Hah ok." Balas mama.

"Maa, Fiza naik bilik juga laa. Sakit mata maa." Kata Fiza dan terus berlalu bersamaku.

"Kenape tu maa ?" Soal Ash.

"Enth laa. Mama naik atas jugalah. Rasa panas dekat sini. Aircond tak servis gamaknya. Abang jom naik bilik skali. Kesian Fiza sorang." Kata mama dan terus tarik tangan baba dan tinggalah Ash, Zati dan Izzati di meja makan.

"U kenape dengan semua ni. Dorang tak suka ke i join dinner ni skali." Kata Zati.

"Tak adalah. Dorang ok jee." Balas Ash. "Izzat nak makan aiskrim tak ? Kalau nak daddy orderkan"

"Nakk..!!" Balas Izzat.

Tiada siapa yang suka bila Izzati datang semula dalam kehidupan Ash. Mama dan baba juga kurang senang dengan Izzati dengan ape yang pernah dia lakukan pada Ash. Sebelum nie Ash seorang yg ceria, happy go lucky tapi selepas dia berpisah dengan Zati kali pertama sebelum Ash kmalangan Ash berubah 100% dia jadi seorg yg serius, tiada lagi ukiram snyumannya dibibir tapi Alhamdulillah Ash kmbali lebih baik bila berkawan dgn Hida, kini sudah menjadi isterinya. Semua ahli keluarga terima Hida baik. Syukurr.

Walaupun semua sudah naik ke bilik, Ash masih juga layan Izzat dan Mummynya. Ash taknak anak kecil itu berkecil hati dengannya. Banyak kali sebelum ni Izzat ajak berjumpa tapi dia menolak kerana dia ingin kejar 'Cinta Sejatinya' yang bakal pergi tapi sayang 'CS' takkan pergi kemane-mane lagi kerana dia yang mengikat 'CS' selamanya :).

(bersambung....)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience