Chapter 6

Romance Series 9599

'Sha aku ada story nak share dengan kau, kalau kau free petang ni datang rumah aku, nanti aku suruh Cimie buatkan kau hot chocolate. Datang tau.' Aku hantar text dekat Sha.

Aku tak sangka Ash, kau baiknya. Aku harap kita akan berjumpa lagi. Andainya Allah sudah menentukan Takdir untuk kita, InshaAllah kita akan bertemu juga kan.

"Assalamualaikum Yahh, aku datang ni."

"Waalaikumussalam. Ehh kau balik sekali dengan abang aku. Buang tabiat ke hah balik dengan laki orang, nanti aku report bagi tahu kak Huda."

Aku berikan jelingan manja dengan Sha, saja nak bergurau. Sha tahu aku selalu bergurau dengan dia, dia pun macam dah biasa dengan gurau aku. Hehe.

"Ehh biasa laa, manelah tahu boleh jadi kakak ipar kau."

Pecah ketawa kami bertiga diruang tamu rumah. Abg Farizal dah biasa dengan gurau murid-muridnya, lagipun abg Farizal hanya sayangkan isterinya, kak Huda aku.

"Sha, kau tahu tak siapa yang selamatkan aku semalam tu ?" Soal aku dengan excited. Sambil tu tangan aku menarik Sha di sofa panjang bentuk L.

"Nama mamat tu Fizz." Sha terkejut melihat riaksi aku.

"Kau nak tahu tak, dia tu lah mamat dalam game aku ni. Nama dia Hafiz Ashraf. Dia tadi story dengan aku apa yang terjadi dekat tasik Antisiptik."

"Seriously ? Wahh, tak sangka aku. Ada jodoh ni aku rasa. Hahaha. BTW, diaa good looking laa, not bad, handsome sesuai sangat dengan kau." dengan muka terkejot dan muka gembira dalam masa yang sama ditunjukan Sha.

****

#Hafiz Ashraf

Hidayah ?

Perkenalan yang aku tak sangka boleh bawa ke dunia luar. Dari dunia game ke reality. Hidayah, kenapa dia aku rasa selesa dengan dia. Kenapa aku rasa nak jaga dia. Then semalam, orang yang tolong tu nama dia Hidayah. Adakah dia Hidayah yang aku kenal dari dunia game tu ? Andai kata dialah orangnya, Alhamdulillah. Dari segi penampilan sopan, nampak lembut. :)

'Assalamualaikum awak. Awak dah solat isyak ?' - Ash

'Waalaikumussalam, alhamdulillah dah. Awak dah makan malam ?' - Yahh

'Dah tadi dengan family, awak minggu depan saya busy tau, jadi saya tak dapat text awak selalu. Awak nanti jage diri k.' - Ash

'Ouh yeke.. saya pun busy sebab exam dah nk dekat.. saya pun busy nanti buat study group..' -Yahh

'Oh saya lupa exam nk dekat dah. Goodluck awak. Saya doakan yang trbaik buat awak. Lupa saya nk bagi tahu, adik saya sebaya awak juga. Nama dia Fiza.' - Ash

'Ouh.. Nanti sampai salam saye dekat dia ye.. wish goodluck dekat dia juga.. :) ' - Yahh.

Terfikir sejenak bila Ash kata nama Fiza, adakah Fiza a.k.a Hafizah, minah kerett yang patahkan kaki masa lawan bola baling awal tahun haritu. Apatah masalah perempuan tu, gila gamaknya.

'Nanti lepas abiz exam, saya bawa dia jumpa awak k. Hehe jangan risau adik saya baik orangnya. Diaa atlet sekolah. Dia ambik aliran akaun.' - Ash

'Ouh sama saya lah kalau aliran akaun.. hehe tak sangka pulak boleh sama.. awak malu laa nk jumpa adik awak..' - Yahh. Risaunya aku nak jumpa mamat ni dengan adik dia. Aku risau yang Fiza tu ialah Fizah yang cakap tu. Hmmm :(
Terkenang aku masa perlawanan bola baling awal tahun tadi.

*Flashback*

Kedeebuukkkk !!!!

"Aduhhh, sakitnya." - ujar aku sambil memengang kaki aku yang sakit dek di sepak dari pihak lawan.

"Tak usah pura2lah perempuan, aku baru sepak sikit kau dah tergolek bak cempedak busuk." Aku donggakkan muka tengok siapa yang bercakap tu dengan nada sinis dan angkuh. Arghhh tak sangka aku ketua pasukan sekolah dari  Johor, berjersi biru merah no 7.

"Tak perlu kau kata aku macam tu, patutnya kau kena tolong, bukan sinis aku lagi. Macam ni ke nk tunjukkan contoh yang baik untuk adik2 kau yang tengok tu. Jangan jadi angkuh dengan kehebatan kau, apa yang kau ada sekarang semua daripada Allah S.W.T. Andai Dia tarik semula nikmat yang Dia beri, kau rasa kau akan macam ni sekarang ke ?" Soal ku dengan nada berbau sindiran. Aku terasa panas dengan orang yang tak tahu nak tolong orang lain dalam kesusahan.

Ketua pasukan dari Johor berdiri sambil memengang bola getah bersaiz 5 tu. Sebelum dia berlalu meninggal aku seorang di tengah padang sementara menunggu para medic datang, dia membalingkan bola tu pada kaki aku yang sakit tu.

"Argghhhhhh...!!!" Aku seperti menjerit kesakitan dek baling bola tu. Dalam hati aku beristigfar, menahan marah. Aku kena sabar, kalau aku juga berapi tiada kesudahan nanti. Tak guna cakap dengan orang yang tiada adap.

Para medic tanpa berlengah angkat aku keluar padang. Tak lama kemudian aku dibawa masuk ke dalam ambulan. Aku tak tahu apa jadi pada kaki kananku. Bila aku melihat keadaan kakiku hanya terbalut dengan alat patah kaki. Dari buku lali sampai ke betis aku terasa sakit.

Selepas aku berada di wad pesakit semua ahli pasukan aku semua datang melawat, mereka menceritakan ketua pasukan yang buat aku tu dibuang padang oleh pengadil. Kiranya dua2 ketua pasukan tiada dalam perlawanan ini.

"Wey budak yang buat kau tu nama dia Hafizah, but budak2 yang biasa dengan dia je panggil dia Fiza. Aku dengar dia tak puas hati lagi dengan kau Yahh sebab dia kena buang padang tu. Lagi satu, kita nanti ada repeat perlawanan ni, tapi tak tahu la bila, nanti aku comfirm balik dengan cikgu Fazana" ujar Hana dengan muka kepenatan dengan perlawanan tadi.

Beberapa bulan kemudian, perlawanan bola baling akan diadakan untuk negeri2 tertentu. Aku menarik diri untuk perlawanan sebab doktor menasihati aku supaya tidak sertai permainan apa2pun kerana kaki aku baru sembuh. Aku pun akur dengan keputusan yang ada, lagi pun aku penat nak bersemuka dengan Fiza tu. Pernah juga sekali dua diaa 'sound' aku dengan wall fac.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience