Chapter 45 (Last chapter :')

Romance Series 9599

2 Bulan Kemudian.

Alhamdulillah hubungan Hida dan Ash kembali pulih seperti biasa tapi Ash masih tak boleh terima anak dalam kandungan Hida. Dia cuma mahu keselamatan isterinya selamat saja. Ash masih Ego, walaupun Ash sendiri sudah tahu anak itu adalah anaknya, tapi dirinya masih lagi berdegil tidak mengakuinya.

Akram juga sudah menjelaskan perkara sebenar. Fareez, Emi dan Ezham masih lagi marah dengan sikap Ash yang ego tidak mengakui anak yang dikandung Hida tu. Ahli keluarga yang lain juga sudah tahu akan masalah rumah tangga Hida dan Ash. Semua mendoakan yang terbaik buat mereka.

Hida yang sarat mengandung masih lagi setia bersama suaminya walaupun suaminya tidak mengakui itu anaknya, tapi Hida masih lagi mahu merapatkan dirinya dan Ash. Hida juga tak berhenti berdoa semoga Allah melembutkan hati Ash untuk menerima anak dalam kandungannya. Hida juga berharap, Ash akan menyayangi anak itu bila lahir nanti.

**************

9 BULAN 9 HARI ! Ke baa boommmm..!!

Masa untuk Hida melahrikan anak dalam kandungannya sudah tiba. Date seminggu yang doktor beri sudah sampai.

"Biyy..halalkan makan minum sayang selama sayang menjadi isteri biy." Kataku sebelum aku masuk ke labour room.

"Sayang..sayang kena kuat dengan semua ni k. Biy, akan selalu ada dengan sayang..biyy temankan sayang k." Kata Ash.

"Biyy..sayang sakitt dah ni. Sayang rasa dah nak keluar ni.." kataku cemas.

"Doktor ! Tolong isteri saya !" Jerit Ash

Hida diusung katilnya ke labour room. Ash menemani Hida melahirkan anaknya.

4 Jam Kemudian.

Hida selamat melahirkan anaknya secara normal. Anaknya kembar sepasang. Alhamdulillah. Tapi Hida mengalami kekurangan darah yang banyak. Hida masih lagi dalam bilik rawatan. Ash pulaa sudah selamat mengazankan dan iqamad anak kembarnya.

"Siapa suami pada Puan Hidayah." Kata seorang doktor yang keluar dari labour room.

"Saya.." kata Ash dan terus meluru ke arah doktor tersebut.

"Maafkan kami. Kami dah cuba selamat isteri Encik." Jelasnya

"Macam dengan isteri saya sekarang ?!"

"Keadaannya sangat lemah. Encik dibenarkan masuk, tapi saya harap Encik tabah dengan ujian Allah ni." Kata doktor tu dan terus berlalu.

Ash dengan tabahnyaa dia masuk ke bilik dimana Hida ditempatkan.

"Sayang...maafkan biy." Kata Ash sambil memeluk Hida yang lemah tu.

"Biy tak salah. Maafkan sayang biy. Halalkan makan minum sayang.." kataku lemah.

"Biyy halalkan semuanyaa sayang. Sayang, kita dapat anak kembar sayang. Kembar sepasang." Kata Ash.

"Anak kita sepasang biy.." angguk Ash. "Biy, sayang nak tengok anak sayang biy.." kataku.

"Jap k. Biy panggil nurse bawa masuk." Kata Ash dan berlalu mencari anak kembarnya.

Ash datang bersama nurse yang membawa anak-anak mereka. Apakah Ash sudah terima anak itu sendiri ?

"Sayang.. Ni namanya Qashaf Hisraf our hero. Nie Qasyah Humaira our queen sayang. Our child sayang." Jelas Ash dan beri namanyaa. Aku memangku anak kembarku. Aku mencium mereka.

"Biy..terima kasih."

"Terima kasih more to you sayang. Sayang segalanya." Kata Ash.

"Biy janji dengan sayang, biy akan sayang mereka seperti anak biy sendiri."

"Biy janji sayang. Ni anak kita sayang." Kata Ash mencium dahiku. Ash mengambil semula anak kembar tu dan meletakkan ke katil mereka. "Sayang rehatlah. Biy ada dengan sayang.." kata Ash lembut.

"Terima kasih biy..." balasku.

Ash merebahkan dirinya sebelah Hida. Dia memeluk Hida erat. Dia meletakkan kepala Hida di dada bidangnya.

"Sayang.. jangan tinggalkan biy. Jangan tinggalkan anak kita." Kata Ash bisik.

"Sayang janji.." balasku. Aku sudah rasa letih. Aku memejamkan mata didada bidang Ash. Aku rasa selesa sangat didalam dekapannya.

3 Jam kemudian.

"Sayang..bangunn.. anak kita nak menangis tu." Kejut Ash. "Sayang.." Ash mula cemas. "Sayang.." Ash bangun dari pembaringannya.

Dia cuba bangunkan Hida, tapi Hida tak berikannya respon. Nurse yang berada dalam bilik itu sudah bergegas memanggil doktor.

"Doktor isteri sayaa.." kata Ash cemas.

Doktor yang periksa sudah tak boleh nak selamatkannya. Doktor tu hanya menggelengkan kepalanya.

"Takk mungkin doktor.. sayang.... bangunnn...!!" Jerit Ash.

"Maafkan kami Encik. Allah lebih sayangkan isteri encik." Kata doktor tu dan terus keluar.

Hida sudahpun menghadap Ilahi. Allah lebih sayangkannya. Anak kembar itulah bukti cintanya terhadap Ash. Pemergian Hida membuatkan Ash lebih sedar diri. Dia menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan pada Hida. Ash kehilangan isteri tercintanya buat selamanya.

**************

Setahun Kemudian.

"Sayang..maafkan biy. Sayang..terima kasih untuk anak-anak kita. Pengorbanan sayang besar sangat sayang. Sayang nak tahu tak, anak-anak kita dah tumbuh gigi. Diaorang pun dah panggil biy papa tau.. kan seronok kalau ada sayang sekali." Kata Ash didepan pusara Hida.

"Fizz..dah laaa tu. Kamu menyeksa diri kamu tu. Kesian anak-anak kamu dekat rumah tu.." kata Pn.Kartini.

"Fizz menyesal maa. Sebab ego fiz. Fizz hilang Hida maa.." kata Ash dalam tangisan.

"Sudahlah tu Fizz. Kamu kenaa kuat. Buktikan pada Hida yang kamu kuat dan mampu jaga anak-anak kamu. Buktikan sayang.."

Ash harus kuat menjalani harinya tanpa Hida disisinya. Walaupun perkahwinan mereka tak sampai 3 tahun bersama, tapi Hida meninggalkan hadiah yang bermakna buat Ash. Hadiahnya ialah zuriat yang dikandungnnya.

Berakhirlah al-kisah kehidupan Hida dan Ash. Semoga memberikan pengajaran pada kita semua. Jangan kerana EGO kita akan menyesal seumur hidup. Kalau sayang kata sayang, jangan tunggu lama2 nanti menghilang :). Rasa sedeh nak tamatkan kisah mereka.

-  TAMAT  -

**Terima kasih kepada yang sudi mengikut cerita saya. Saya hargainya. Jika ade kekurangan harap dapat dimaafkan. Saya masih mahu belajar dari kesilapan :). Terima kasih semua. Terima kasih pada pembantu idea saya iaitu Amira, cousin saya. 'Saya sayang awak semua kerana Allah.'**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience