BAB 6

Romance Completed 23686

“Takpe lah Ari, mana-mana pun sama janji dapat belajar.”

Mereka sama-sama tersenyum walaupun dalam hati mereka sedih kerana terpaksa berpisah. Tapi ini jalan terbaik untuk dia. Mencari ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Teacher, nanti teacher dah takde ke dekat sini?” Soal Maia.

“How did you know? I need to pursue my study sayang.” Dia membelai kepala Maia yang ditutupi dengan tudung.

“Tak best laa teacher takde.” Giliran Irma pula bersuara.

“It’s okay. After this you will get a new teacher and if I have a free time I will come here okay?”

“Promise teacher?” Safiy Aizat yang tiba-tiba muncul dari celahan rakan kelasnya yang lain bersuara.

“InsyaAllah Aizat.” Dia menarik tangan Safiy Aizat untuk menghampirinya.

“Tak boleh ke teacher duduk sini?” Tanya Safiy Aizat lagi. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

“I want to stay here Aizat but I can’t. This is my opportunity to further my study and I want to grab it.” Seboleh mungkin dia cuba menjelaskan.

“Okay.” Safiy Aizat sudah mengalirkan air mata.

Rakan sekelasnya yang lain ikut sama menangis melihat Safiy Aizat menangis. Pantas dia memeluk mereka semua walaupun tangannya itu tidak cukup panjang untuk memeluk mereka serentak.

“Okay, now we need to start our class.” Dia melonggarkan pelukannya sedikit.

Anak muridnya mengangguk kepala masing-masing sebelum mengelap air mata mereka. Ada yang menggunakan lengan baju dan ada yang menggunakan tudung. Safiy Aizat masih menangis tapi tidak serancak tadi.

“Come Aizat.” Dia menggamit tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience