BAB 2

Romance Completed 23686

“My name is teacher Ariana.” Pantas dia bersuara apabila melihat wajah penuh tanda tanya anak muridnya.

“Waalaikummussalam teacher Ariana.” Sekali lagi wajah comel itu menjawab salamnya.

“How are you today khalifah?” Dia bertanya lagi. Sekadar mengikut skrip yang memang kebiasaannya guru disitu gunakan.

“Alhamdulillah. I’m fine thank you teacher Ariana. May Allah bless you teacher Ariana.”

Serentak wajah comel itu membalas. Penuh ceria dan bersemangat. Mungkin kerana hari ini adalah hari pertama persekolahan. Masing-masing gembira bertemu semula rakan-rakan.

“May Allah bless you too khalifah.”

Tangannya mencapai teacher hand book yang berada di dalam isi begnya. Mahu mengambil kedatangan pelajarnya itu.

“When I call your name, please raise up your hand.”

Ssatu demi satu nama pelajarnya di panggil. Tiba di satu nama yang membuatkan Ariana sedikit gugup dan berdebar tiba-tiba.

“Safiy Aizat.” Dia berusaha mengawal getar pada suaranya.

“Me!” Suara yang sedikit kuat menerjah pendengarannya.

Perlahan-lahan Ariana mendongakkan kepalanya. Mencari gerangan empunya suara. Di sudut kanan kelas kelihatan seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya sambil tersenyum malu.

Ariana senyum sedikit sebelum memberi isyarat meminta pelajar itu menurunkan tangannya. Dan debaran di dadanya semakin laju dan rancak.

‘Ya Allah, kebetulan apakah ini? Nama yang sama tapi berbeza pemiliknya.’ Bisik Ariana di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience