BAB 9

Romance Completed 23686

“Ari, saya dapat tawaran sambung belajar dekat MRSM.” Safiy Aizat yang berada di hadapannya bersuara.

Memang mereka berdua selalu bertapa di library untuk membuat ulangkaji bersama. Mungkin bagi pelajar tingkatan 4 yang lain, tahun ini tahun untuk honeymoon tapi tidak bagi dia Safiy Aizat. Mereka punya impian yang tersendiri.

Safiy Aizat dari dulu bercita-cita mahu menjadi seorang doktor. Katanya dia tidak mampu merawat cinta jadi cukup jika dia mampu merawat penyakit yang lain. Dia pula tidak sebijak Safiy Aizat.

Dia hanya mampu menempah tempat ke kelas akaun. Mana mungkin dia mahu ke bidang kedoktoran jika dia sendiri jauh dari bidang sains.

Sehingga suatu hari Safiy Aizat mencadangkan supaya dia mengambil bidang kejururawatan. Bidang kejururawatan yang mungkin mudah sedikit buat dia walaupun dia mengambil kelas akaun.

“So? Awak pergi ke?” Dia meletakkan pen ke atas meja. Hilang moodnya untuk belajar.

“Awak tahu kan cita-cita saya?”

“Doktor. Tapi kalau belajar dekat sini pun boleh kan?” Dia cuba memancing Safiy Aizat supaya meneruskan persekolahannya disitu.

“Tapi dekat MRSM mungkin lagi banyak yang boleh saya dapat. Peluang datang sekali Ari.”

Dia tidak mampu menyangkal yang majoriti pelajar MRSM bijak semuanya. Mungkin itu salah satu sebab Safiy Aizat mahu kesana. Supaya dia sentiasa bersemangat untuk belajar bagi menyaingi rakan yang lain dan mendapat keputusan terbaik di dalam SPM tahun hadapan.

“Confirm lah ni awak pindah ke sana?”

“Yup. Jangan risau, separuh hati saya akan ditinggalkan disini.”

“Kenapa separuh je?” Dia mengerutkan dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience