BAB 17

Romance Completed 23686

“But I want to know your feelings right now.”

“Penting sangat ke awak nak tahu perasaan saya pada dia?” Ariana sudah bangkit dari duduknya. Lebih lama dia disitu pasti dia akan menangis.

“Penting. Because I love you since the day you leave the kindergarten.”

“Safiy!” Dia menjerit sedikit tapi masih cuba mengawal suaranya.

“Tak layak ke saya untuk teacher? I’m not a 6 years old boy. I have grown up. I’m already 24 years old.”

“Tapi saya tetap teacher awak kan Safiy?”

“Dulu ya, tapi sekarang saya melihat teacher sebagai Ariana bukan teacher yang mengajar saya dulu.” Jujur Safiy.

“Enough Safiy.” Pantas dia meninggalkan pantry tersebut.

Entah kenapa di suatu sudut dia senang dengan pengakuan Safiy dan di satu sudut lagi dia tidak mahu hubungan antara guru dan murid berubah kerana pengakuan itu. Takutkah dia untuk jatuh cinta lagi? Lewat tengahari itu dia menerima sehelai kertas yang dilipat daripada Kak Min. Kata Kak Min, Safiy yang memberinya. Perlahan dia membuka lipatan kertas itu.

‘SAFIY AIZAT..Aizat membawa luka, menghantar hujan lebat dalam hati awak Ariana..Tapi Safiy membawa pelangi, menghantar keceriaan dalam hati awak. Pilihlah yang terbaik untuk diri awak, dia dan saya.’

Terus air matanya mengalir laju saat dia selesai membaca isi kertas tersebut. Ya Allah, diakah orangnya? Selepas 18 tahun lamanya?

Kini,

Ariana hanya tersenyum memandang ke langit. Hujan baru sahaja berhenti. Dan perlahan-lahan kelihatan pelangi terukir di kaki langit.

“Kenapa senyum sorang?” Safiy Aizat menghampirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience