BAB 15

Romance Completed 23686

Pagi itu dia ke hospital seperti biasa. Tapi lebih awal kerana ada urusan yang harus dia selesaikan. Dia mencari Safiy Aizat di dalam wad tapi tak kelihatan.

“Kak Ros, ada nampak Doktor Safiy tak?” Dia bertanya kepada Kak Ros yang sedang menyusun atur fail pesakit di atas trolley.

“Dekat surau kot. Kenapa?”

“Takde apa lah Kak Ros.” Dia berlalu ke pantry dengan wajah hampa.

Sementara menanti jururawat shif malam pass over report dia duduk di pantry. Fikirannya menerawang jauh kepada baris ayat yang dia temui semalam.

“Ehem. Awal sampai.” Safiy Aizat muncul dari pintu belakang pantry.

“Dari surau?” Dia bertanya kepada Safiy Aizat yang menarik sebuah kerusi yang disediakan.

“Aah.”

Safiy Aizat kelihatan penat. On call agaknya. Beberapa kali Safiy Aizat menguap. Timbul rasa kasihan di hatinya.

“Teacher pelangi buat saya. Saya sayang teacher. Apa maksud awak?”

Pantas Safiy Aizat mengangkat wajahnya. Hilang terus rasa mengantuknya apabila mendengar dua baris ayat itu.

“Hmm teacher dah jumpa?” Safiy Aizat menarik senyum.

“Dah.”

“18 years I’m waiting for you. Try to find you. Tapi teacher hilang macam tu je. Sekali pun teacher tak pernah datang ke tadika.” Safiy Aizat membuka bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience