BAB 12

Romance Completed 23686

“Belum rasanya. Doktor cubalah tanya dia.”

“Ish, ada pulak nak tanya orang tu dah kawin ke belum.”

“Haha mana lah tau, doktor ada chance.” Usik Kak Min.

“Doktor mintak medication chart tu.” Ariana yang muncul tiba-tiba mematikan perbualan mereka berdua.

“Nah ambil lah.” Medication chart itu beralih tangan.

Selesai memberi ubat, Ariana berlalu meninggalkan katil pesakit itu. Tanpa sedar doktor muda itu mengekorinya dari belakang. Kak Min hanya tersenyum melihat isyarat dari doktor muda itu. Menyuruhnya supaya senyap.

“Ehem.” Doktor muda itu berdehem kepada Ariana yang sedang membasuh tangannya.

“Ya doktor?” Ariana berpaling ke arah doktor muda yang berdiri di muka pintu itu.

“Ariana kan?” Pertanyaan dari doktor muda itu membuatkan dia sesak nafas.

“Ya saya.” Hampir tak kedengaran suaranya.

“Ingat saya lagi?”

Sungguh dia tak tahu mahu melakukan apa saat itu. Beginikah pertemuan mereka? Siapa sangka selepas 18 tahun lamanya mereka akan bersua. Tapi betulkah dia yang berdiri dihadapannya saat ini orang yang sama?

“Ikut pada name tag tu tulis Safiy. Doktor Safiy? Doktor yang baru order PCM untuk patient bed 12 tadi.” Dia cuba bergurau bagi menutupi rasa gugupnya.

Ya Allah, aku mohon dia yang berdiri dihadapanku saat ini bukan dia 18 tahun dulu. Doa Ariana didalam hati. Semakin sesak dan sempit dadanya apabila doktor Safiy itu menghampirinya.

“Doktor Safiy Aizat.” Nah! Memang dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience