BAB 7

Romance Completed 23686

Dia menyapu air mata yang membasahi pipi anak kecil itu. Sayu hatinya melihat air mata itu tumpah.

“Safiy sayang teacher.” Penuh keikhlasan Safiy Aizat berkata.

Safiy. Safiy Aizat menggunakan panggilan nama itu tiga hari sebelum dia pergi meninggalkan tadika itu. Nama yang dia pernah minta untuk digunakan pada hari pertama dia mengajar di tadika itu.

“Kitorang pun sayang teacher.” Serentak anak muridnya bersuara.

Sekali lagi mereka semua menangis dan dia terpaksa memujuk mereka. Kelasnya hari itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu untuk meredakan tangisan mereka. Mujur Kak Syifa ada untuk membantunya. Kalau tak payah juga dia mahu memujuk mereka semua.

Hari terakhir,

“To staff and students who with me during this journey in Tadika Khalifah, thanks for good memories we share together. Forgive me if I made mistakes all this time. May Allah bless all of you and pray for my success. Thank you.” Ringkas sahaja ucapannya hari itu.

Dia tidak menyangka pihak tadika mengadakan farewell party untuknya. Sungguh dia terharu dengan layanan kali terakhir daripada mereka. Ada juga anak muridnya memberikan hadiah sebagai kenang-kenangan untuknya.

“Teacher..” Panggil Safiy Aizat sambil menghulurkan sesuatu.

Dia menyambut satu bungkusan yang dibalut dengan pembalut hadiah warna hitam keemasan itu. Dari sentuhan dan pegangannya dia kira itu satu bingkai gambar. Dia memandang wajah mendung Safiy Aizat.

“Thank you Aizat.” Dia tersenyum manis.

“Teacher bukak laa.” Arah Safiy Aizat kepadanya.

“You want me to open it here?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience