BAB 1

Romance Completed 23686

Masih aku ingat, peristiwa 18 tahun yang lalu,

Dup dap dup dap, turun naik jantungnya berdetak. Dapat dirasakan dadanya berdegup kencang ibarat halilintar.

Mana taknya hari ini adalah hari pertama dia akan mengajar di tadika itu. Mampukah dia yang tidak mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak itu untuk mengajar pelajarnya nanti?

Terasa berat amanah yang diberikan kepadanya. Tapi dia harus menjadikan ini semua sebagai pengalaman berharga baginya. Walaupun usianya saat ini hanya lapan belas tahun.

Perlahan-lahan dia menolak sliding door kelasnya. Dari luar tadi dia dapat melihat bakal pelajarnya itu bukan main rancak lagi berparty. Berlari ke sana sini di dalam kelas walaupun sudah berusia 6 tahun!

Ada juga yang mengganggu rakan yang lain. Melangkah sahaja dia ke dalam kelas itu masing-masing terdiam. Mungkin terkejut melihat dirinya yang selama ini mereka tak pernah lihat.

Ya, memang dia antara wajah baru di tadika itu manakala ada di kalangan pelajarnya adalah pelajar lama disitu.

Langkahnya di atur kemas dan penuh keyakinan. Dia meletakkan begnya yang ternyata jauh lebih besar dari badannya ke atas meja yang khas disediakan untuk guru.

Kemudian dia memandang satu demi satu wajah comel di hadapannya. Die berdehem sebelum bersuara.

“Assalamualaikum khalifah.” Dia terpaksa menguatkan sedikit suaranya kerana suaranya memang sedia ada perlahan.

“Waalaikummussalam teacherrrrrr……” Wajah comel di hadapannya memandang satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience