BAB 10

Romance Completed 23686

“Kalau semua tinggal dekat sini, takde hati lah saya nanti.” Jawab Safiy Aizat sambil ketawa.

“Ish, buat lawak pulak dia ni. Make sure jangan cari lain.”

“InsyaAllah.”

Janji tinggal janji. Enam bulan sebelum menghadapi peperiksaan SPM, Safiy Aizat memutuskan hubungan mereka. Katanya mereka tak sehaluan. Hakikatnya?

Safiy Aizat sudah bertemu insan lain. Hampir putus semangatnya saat itu. Tapi dia berusaha bangkit untuk buktikan pada Safiy Aizat yang mereka mampu berdiri sama tinggi. Cuma satu yang tak mampu dia elak, rasa serik mahu jatuh cinta lagi.

Sehinggalah dia bertemu dengan Safiy Aizat anak muridnya. Safiy Aizat yang menceriakan harinya dengan keletah manjanya. Sedikit demi sedikit rasa benci pada lelaki bernama Safiy Aizat itu terhapus.

Selepas 18 tahun,

“Kak, kak.” Panggil doktor muda dihadapannya.

Dia tersentak apabila tangan doktor muda itu digawangkan dihadapannya beberapa kali. Ya Allah, bagaimana dia boleh mengelamun sejauh itu. Tapi sungguh dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini.

“Ya doktor.” Tergagap-gagap dia membalas.

“Akak ingat suami ke kak? Tak, saya baru order PCM STAT untuk patient ni. Tinggi sangat suhunya. Akak incharge cubicle ni kan?” Doktor muda itu mengulang sekali lagi apa yang dikatakannya tadi.

Suami apanya sedangkan dia sendiri belum berkahwin. Walaupun usianya sudah 36 tahun! Selayaknya dia itu sudah bergelar isteri dan seorang ibu. Tapi entahlah, mungkin belum tiba jodohnya walaupun ada juga ibu bapanya cuba menjodohkan dia dengan anak sahabat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience