BAB 18

Romance Completed 23686

“Suka tengok pelangi tu.”

“Suka pelangi je? Safiy tak suka ke?” Safiy Aizat hanya menyeringai kesakitan apabila Ariana mencubit lengannya.

“Amboi gatal. Tak cukup umur dah gatal.”

“Eh apa pulak. 24 tahun dah cukup dewasa okay. Lain lah kalau 6 tahun.”

“Masa umur 6 tahun pun awak gatal jugak. Saya sayang teacher.” Ariana mengusik Safiy yang sudah menjuihkan bibirnya.

“Gatal-gatal pun, akhirnya jadi suami awak jugak. Tak sia-sia saya suruh Mama belikan bingkai tu untuk saya.” Safiy sudah menarik Ariana menghampirinya.

“Eeee nasib suruh Mama beli bingkai je, kalau suruh tulis sekali belakang gambar tu tak tau lah. Mana saya nak sorok muka ni?”

“Takpe, Mama okay.”

“Baby, nanti dah besar jangan jadi gatal macam Abi okay? Kecik-kecik dah nak mengorat cikgu.” Ariana mengusap perlahan perutnya.

Kandungannya yang baru berusia 2 minggu itu di usap lembut. Sengaja dia berkata begitu mahu melihat reaksi suaminya.

“Takpe baby, nanti dapat kawin dengan orang cantik macam ummi.” Safiy Aizat sudah ketawa melihat wajah Ariana.

“Ish ajar anak bukan-bukan.”

“Betul apa. Eleh, dalam hati suka orang kata dia cantik.”

“Pandai lah awak.”

“Ariana, terima kasih sudi terima saya walaupun awak sukar untuk panggil saya Abang. Mungkin kerana perbezaan usia kita dan sejarah antara kita. Tapi saya nak awak tahu, saya bahagia dengan awak walaupun terpaksa tunggu 18 tahun lamanya.” Panjang lebar Safiy Aizat berkata.

“Terima kasih. Saya pun bahagia dengan awak. InsyaAllah suatu hari nanti saya mampu panggil awak Abang sama macam perempuan lain.” Janji Ariana.

Mereka sama-sama mendongak ke langit melihat pelangi yang terukir di indah. Ciptaan dariNya. Mungkin lama masa yang diambil untuk mereka bersama tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. 18 tahun yang dulu akhirnya berubah menjadi bahagia buat mereka.

Ke mana saja awak berada, izinkan saya temani hari-hari awak, dan jika jarak memisahkan yakinlah bahawa hati kita sentiasa satu kerana ‘aku milikmu’ dan ‘kau juga milikku’ wahai rusuk kiriku. – Kekasih dan bakal imammu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience