BAB 3

Romance Completed 23686

“Teacher hari ni belajar apa?” Soal pelajar bernama Safiy Aizat itu.

“Ehem, today we are going to learn about alphabet ABC and D. Before that, I want you to recite doa for a good knowledge.” Balas Ariana.

Perasaannya saat itu sukar digambarkan. Bertemu dengan pelajar yang mempunyai nama sama dengan lelaki yang dulu pernah dicintainya. Perasaan kedua, apabila murid yang baru berusia 6 tahun mampu membaca doa bersama makna di dalam bahasa Inggeris. Selesai membaca doa dia memulakan tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris hari itu. Rata-rata pelajarnya memang bijak. Mana taknya dia mengajar kelas paling pandai disitu.

Selesai mengajar dia memberi buku kepada setiap anak muridnya. Mahu mereka membuat latihan di dalam buku tersebut. Bersorak riang anak muridnya apabila mendapat buku.

“Teacher, buat yang mana? Saya tak tau.” Safiy Aizat bertanya kepadanya yang kebetulan lalu bersebelahan meja Safiy Aizat.

“Okay Safiy, you do exercise from page one until ten.” Pantas jemarinya menyelak helaian buku Safiy Aizat.

“Teacher, teacher panggil dia Aizat.” Maia yang duduk semeja dengan Safiy Aizat bersuara.

“Aizat? Safiy Aizat, is it okay if I call you Safiy instead of Aizat?” Dia bertanya kepada Safiy Aizat yang sedang mengikut garisan huruf A pada bukunya.

“Hmmm okay.” Perlahan Safiy Aizat bersuara.

“Tapi kitorang panggil dia Aizat teacher.” Kedengaran suara Hafiy yang duduk di meja paling hadapan di ikuti anggukan kepala dari yang lain.

“Okay, from now on I will call you Aizat.” Dia mengalah akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience