BAB 5

Romance Completed 23686

Rutinnya setiap hari hampir sama. Mengajar lima kelas untuk bahasa Inggeris. Anak muridnya juga sudah mampu mendengar kata-katanya. Safiy Aizat? Safiy Aizat itu memang manja dengan dia. Bila nampak sahaja dia lalu bersebelahan mejanya pasti Safiy Aizat itu memanggilnya.

“Teacher dah penat.” Safiy Aizat mengeluh.

“You’re tired? Okay you may stop and continue after this.” Kasihan dia melihat Safiy Aizat yang keletihan itu.

Setiap hari mereka belajar empat huruf sudah tentu latihan yang diberikan juga sama banyaknya dengan huruf tersebut. Banyak bagi mereka yang berusia 6 tahun yang masih terkial-kial mahu menulis dengan pantas seperti orang dewasa.

******

“Ari, awak dapat tawaran sambung belajar ke?” Tanya Kak Syifa salah seorang supervisor di situ.

“Aah. Dila cakap dekat akak eh?” Seingat dia, dia hanya beritahu pada Dila tentang dia dapat tawaran sambung belajar ke matrik.

“Yup Dila cakap. So bulan 6 laa eh Ariana sambung study?”

“Macam tu lah nampaknya kak. So awal bulan 6 kot Ari resign.” Balas Ariana sedikit sedih.

“Hmmm sayang pulak nak lepaskan Ari. Ari pun dah lima bulan kan dekat sini.”

“Itulah kak. Ari pun dah rapat dengan budak-budak tu.”

Memang tak dinafikan yang dia sudah semakin rapat dengan anak muridnya. Kasih sayangnya sudah tumpah kepada mereka. Tunjuk ajar dia, tawa dia dengan mereka serta marah dia kepada mereka sudah sebati dengan dirinya. Rasa seperti baru semalam dia menjejakkan kaki di tadika itu. Kini dia terpaksa meninggalkan warga tadika itu untuk mencapai cita-citanya.

“Kiranya Ari tak jadi lah ye sambung diploma?”

“Parents suruh sambung matrik sebab boleh terus buat degree.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience