BAB 4

Romance Completed 23686

Bukan dia tidak suka dengan nama Aizat itu. Tapi lelaki yang dulu pernah dicintainya dan akhirnya melukai dia juga dipanggil Aizat.

Kali ini dia mahu memanggil pelajarnya itu dengan nama Safiy walaupun kedua-dua mereka mempunyai nama yang sama, Safiy Aizat. Ahhh tapi mana mungkin dia mahu menyamakan Safiy Aizat muridnya dengan lelaki itu? Malah jarak umur mereka berdua sangat jauh. Tapi debaran yang dirasainya masih sama.

Kelasnya pada hari itu berjalan lancar walaupun ada dikalangan pelajarnya yang tidak mendengar kata. Ada juga yang dua tiga kali datang ke hadapan meminta izin mahu ke tandas.

“Teacher, nak kencing.” Farhan yang memang dilihat antara murid paling nakal datang kepadanya.

“Nak kencing?” Dia bertanya dengan kening diangkat sedikit.

“Aah nak kencing.” Farhan berkata lagi sambil tangannya memegang seluar. Nampak seperti tidak tahan mahu ke tandas.

“Nak kencing?”

Sekali lagi dia bertanya diikuti gelak tawa muridnya yang lain. Mungkin pada mereka lucu kerana dia bertanya soalan sama pada Farhan dua tiga kali. Tapi baginya itu tidak lucu kerana sebagai guru bahasa Inggeris dia mahu pelajarnya menggunakan bahasa Inggeris.

“Nak kencing. Eh nak toilet.” Farhan memperbetulkan ayatnya.

“You want toilet?” Dia bertanya dengan nada sedikit terkejut.

“Eh, teacher may I go to toilet?” Kali ini Farhan menggunakan ayat lain.

“Okay good. You may go Farhan.”

Laju Farhan berlari menuju ke arah tandas apabila dia menolak sliding door kelas, memberi Farhan ruang untuk keluar.

“No running.” Jeritnya sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience