BAB 14

Romance Completed 23686

“Saya banyak kerja lagi Safiy. Saya minta maaf.” Pantas dia memboloskan diri dari celah pintu yang dihadang oleh Safiy Aizat.

‘You don’t read it don’t you?’ Safiy Aizat berkata didalam hati.

Harinya hari ini menjadi sedikit kelam kabut. Safiy Aizat itu sengaja mahu membulinya sedangkan ada sahaja jururawat lain di dalam wad tersebut. Tapi sengaja Safiy Aizat itu menyuruhnya membuat itu ini. Sehinggalah kepada mencari syringe pun disuruhnya sedangkan doktor lain boleh sahaja mengambil sendiri di dalam injection trolley. Dia sendiri tidak faham apa mahunya lelaki bernama Safiy Aizat itu.

“Ari, balik nanti belek betul-betul bingkai gambar tu.”

Entah dari mana Safiy Aizat itu muncul. Tahu-tahu sudah berada disebelahnya. Apa lagi yang dia ni nak? Tapi apa maksud dia dengan belek betul-betul? Sudahlah guna panggilan nama sahaja. Mungkin Safiy Aizat menganggap professional itu menggunakan nama panggilan bukannya ‘teacher’.

“Dengar tak Ari?” Safiy Aizat bertanya lagi.

“Dengar.”

“Okay good.”

Balik sahaja dari hospital pantas dia mengambil bingkai gambar yang berada di dalam almarinya. Memang sejak dia meninggalkan tadika itu dia membawa bingkai gambar itu bersama. Cuma sejak masuk ke alam pekerjaan bingkai gambar itu diletakkan di dalam almari. Manakala gamabr bersama ahli keluarganya mengambil tempat di atas meja. Kepenatan bertugas di hospital tadi tak dihiraukan. Dia membelek penuh teliti bingkai gambar tersebut. Masih belum menemui apa-apa. Tergerak hatinya mahu mengeluarkan gambar tersebut dari bingkai gambar itu. Dan dua baris ayat di belakang gambar itu membuatkan dia sesak nafas.

‘Teacher pelangi buat saya. Saya sayang teacher.’

Safiy Aizat. Saat ini kepalanya ligat memikirkan apa yang dimaksudkan oleh dua baris ayat itu. Sayang anak murid buat cikgunya kah? Tapi tadi di hospital sekali lagi Safiy Aizat menyebut baris ayat itu. Apa maknanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience