BAB 8

Romance Completed 23686

“Yes.”

“Okay.” Pantas jemarinya membuka pembalut hadiah itu.

Tepat jangkaannya. Sebuah bingkai kayu bersama ukiran pelangi. Cantik. Didalamnya terdapat sekeping gambar dia bersama Safiy Aizat semasa sport day di tadika itu. Safiy Aizat menjadi maskot tomato. Comel dan ceria wajah Safiy Aizat.

“Thank you Aizat! It’s beautiful.” Pantas dia memeluk bahu Safiy Aizat.

“Teacher simpan elok-elok tau.” Pinta Safiy Aizat kepadanya.

“I will Aizat. Again thank you for this gift.” Dia dan Safiy Aizat berbalas senyuman.

Kini, sudah dua tahun dia meninggalkan Tadika Khalifah. Kenangan bersama anak muridnya kadangkala menjengah fikirannya. Tapi kesibukan sebagai warga UiTM sedikit sebanyak mampu melupakan rasa rindu dia pada mereka.

“Aizat dah masuk darjah dua tahun ni.” Tiba-tiba dia bersuara.

Pantas matanya dialihkan pada bingkai gambar di atas meja belajarnya. Gambar yang seringkali ditanya oleh sahabatnya.

Setiap kali ditanya siapa kanak-kanak di dalam bingkai gambar itu pasti dia menjawab anak murid. Tapi ada dikalangan rakannya yang tidak percaya. Mana mungkin gambar anak murid mahu diletakkan di atas meja belajar.

Special sangatkah anak muridnya itu? Dan dia hanya mampu tersenyum apabila disoal tentang isu special itu.

Satu yang dia pasti, Safiy Aizat itu berbeza dari Safiy Aizat yang pernah melukakan hatinya dulu. Lelaki yang meninggalkan parut yang cukup dalam dihatinya.

Masih terasa sakitnya hati apabila ditipu lelaki itu. Cinta zaman persekolahan. Kenangan dia bersama Safiy Aizat itu perlahan-lahan bermain di fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience