BAB 5

Romance Completed 9284

Aqilah mengemas bilik darjah setelah dia selesai mengajar. Segala peralatan milik tadika seperti pensel warna, alatan tulis lain di susun dan disimpan di tempat yang sudah ditetapkan.

"Cikguu," sergah Akbar. Di tangannya terdapat sekuntum bunga raya berwarna merah hati.

"Ya Allah, Akbar. Terkejut cikgu tahu. Akbar ni, kalau cikgu ada sakit jantung cikgu dah masuk hospital tahu, " tegur Aqilah. Dadanya diurut lembut.

Akbar tersengih nakal. Aqilah menjegil pada anak muridnya itu sebelum menyambung kembali kerjanya yang tergendala. Akbar mengikuti langkah Aqilah dari belakang.

Disebabkan Aqilah sedikit rimas, dia berhenti dan menoleh pandang kepada Akbar. Disilang tangannya memeluk tubuh sambil keningnya di angkat tinggi di sebalik cermin matanya.

"Akbar nak apa dari tadi ikut cikgu? Akbar ada buat salah ke?," soal Aqilah. Namun begitu, pertanyaannya disambut gelengan daripada Akbar.

"Dah tu?," tanya Aqilah lagi tidak puas hati.

"Hehe, saya nak bagi bunga ni pada cikgu," hulur Akbar sambil tersengih sumbing. Terpapar senyumannya tanpa gigi dua batang di bahagian atas mulutnya.

Aqilah ketawa dengan gelagat Akbar yang suka mencuit hatinya. Bunga pemberian Akbar di ambil dan dipegang erat.

"Akbar petik dekat taman Cikgu Ara eh? Nanti Cikgu Ara marah baru tahu," ugut Aqilah walhal pemilik tadika itu, Kak Ara bukanlah orang yang jenis suka marah - marah.

"Akbar dah bagitahu dah. Cikgu Ara tak marah,cikgu suka tak?," tanya Akbar. Wajahnya penuh pengharapan mengharapkan jawapan dari Aqilah.

"Hmm suka ke tak eh?,"Aqilah bermain tarik tali dengan kanak - kanak itu. Melihatkan respon dari Aqilah sebegitu, Akbar menjadi patah hati. Dia segera menunduk menekur lantai.

"Mestilah cikgu suka. Pandai Akbar pilih, bunga ni cikgu suka tahu. Bunga raya ni cuma boleh dapat dekat negara kita je. Sebab itu orang panggil dia bunga kebangsaan," Aqilah memancing minat Akbar. Ternyata, balasan dari dia membuatkan anak kecil itu tersenyum bangga kerana dapat memenangi hati gurunya.

Aqilah duduk di sebelah Akbar. Dia jatuh kasihan melihatkan anak kecil yang baru berusia enam tahun ini saban hari menunggu orang tersayang mengambilnya dari sekolah. Sudahlah mengharap, tetapi yang datang hanyalah pekerja orang tuanya.

"Kenapa cikgu tengok Akbar macam tu?," tanya Akbar. Dia perasan mata gurunya seakan - akan mahu bertanyakan sesuatu.

"Hah, taklah. Cikgu saja pandang Akbar sebab Akbar comel sangat ni," Aqilah mencubit pipi Akbar lembut.

Sesaat kemudian, mereka terdiam. Aqilah masih ralit memandang Akbar yang sedang bermain dengan robot kecil ditangannya.

"Akbar tak kisah ke kalau kena tunggu orang datang ambil lambat tiap - tiap hari?," tanya Aqilah sekadar ingin tahu.

"Dulu, Akbar sedihlah jugak. Tapi, Pak Hamid selalu cakap, Akbar kena bersyukur sebab mama dengan papa keluar cari rezeki. Nak bagi Akbar makan, belajar, beli mainan Akbar lagi," balas Akbar selama.

Luluh hati Aqilah mendengar pengakuan dari anak sekecil Akbar tetapi akalnya lagi kuat berbanding orang yang tua darinya. Pandai Pak Hamid menenangkan kanak - kanak sekecil Akbar agar tidak bersangka buruk terhadap mak dan ayah sendiri.

"Betullah tu apa Pak Hamid cakap, Akbar kena selalu ingat macam tu. Jangan fikir buru tahu pasal keluarga kita terutamanya mama dengan papa Akbar tahu. Cikgu tahu Akbar anak yang baik dan soleh," puji Aqilah. Tangannya mengusap lembut kepala Akbar.

Bunyi hon dari luar tadika mengejutkan mereka. Aqilah menyelak langsir kelas itu mahu melihat siapa yang datang. Toyota Alphard elok terparkir di luar.

"Jom Akbar, Pak Hamid dah datang nak ambil Akbar, " ajak Aqilah. Dia pimpin tangan Akbar sehingga ke luar. Selesai menguruskan Akbar memasuki kereta, dia menunggu sehingga kereta itu pergi.

Dia termangu seketika. Wajah Akbar yang dia kenal dahulu tidak pernah tersenyum, dalam masa seminggu mereka rapat dia sudah melihat banyak kali Akbar tersenyum dan ketawa. Aqilah menghela nafas dengan panjang sebelum masuk kembali mahu mengambil barangan miliknya sebelum berlalu pulang.

###

Faris menyisip kopi Americano yang dipesannya. Para pengunjung yang hadir di kafe itu ralit dengan urusan mereka.
Sekali - sekala Faris mengeluh.

"Ish dia ni, susah betullah. Kata nak jumpa pukul dua, ni dah pukul dua setengah. Kalau aku tahu baik jumpa malam, mesti kerja aku dah settle sekarang," ujar Faris dengan bengang.

Kelihatan Ghaz berlari - lari memasuki kafe melalui tingkap kafe tersebut. Faris masih lagi dengan bengangnya walaupun Ghaz sudah tiba.

"Sorry bro, tadi aku settlekan sikit kerja aku,"ucap Ghaz. Faris menjeling kasar.

"Memang aku tunggul tunggu kau," sindir Faris.

"Woo,woo. Kau pahal ni bengang semacam?," cungkil Ghaz. Tidak pernah - pernah Faris bengang dengan dia sebegitu kuat walaupun dia melakukan kesalahan yang sama.

Faris meraup mukanya dengan kasar. Wajah Maya dan lelaki lain seminggu lepas dia jumpa mengacau mindanya.

"Maya," seulas balasan dari Faris. Ghaz yang sedang menyisip Lattenya terhenti.

"Maya? Pardon?," tanya Ghaz sudah lama dia tidak mendengar nama Maya keluar dari mulut Faris. Dia merenung Faris lama.

"Why you look me like that? That is true. I found her but," ayat Faris tergantung.

"But?," Ghaz tidak sabar - sabar mahu mendengar cerita selanjutnya.

"She was with another man. Sakit weh," luah Faris kesal. Ghaz tersandar di kerusinya.

"Aku gembira jumpa dia balik seminggu lepas, after she had left me masa hari nikah kitaorang. Mulanya, aku nak tegur and ask why did she left me. Tapi, masa tu dia dengan lelaki lain. Mesra sangat, sampai pegang - pegang tangan. Kalau kau, apa rasa? Tengok orang kau sayang dengan orang lain," soal Faris.

"Aku dah pernah cakap dengan kau dulu Ris. Dia bukan perempuan yang baik. Sebenarnya, aku dah jangka dari dulu lagi benda ni akan jadi macam ni. Kalau aku jujur boleh?," Ghaz meminta pendapat sahabatnya itu.

Faris mengangguk.

"Aku pernah nampak Maya dengan orang lain. Aku nak bagitahu kau, tapi kau ingat dulu bila sepupu kau bagitahu benda yang sama kau melenting menidakkan perbuatan Maya tu. Kalau dengan sepupu pun kau boleh melenting macam tu apatah pulak aku. Silap - silap kita bertumbuk pulak nanti. Sebab tu aku tak pernah bagitahu dan aku harap kau akan nampak sendiri satu hari nanti. Memang aku risau sebab kau masih tak nampak padahal masa tu lagi seminggu kau nak kahwin. Tapi aku bersyukur kau tak jadi kahwin tan tak menyesal tengok kau merana. Aku lagi terseksa tengok kau merana lepas kau kahwin. You should be grateful," terang Ghaz.

Terdiam Faris dengan pengakuan jujur Ghaz. Ada benar kata Ghaz sebentar tadi. Butakah dirinya?

"Cukup - cukuplah Faris. Lupakan dia, memang susah tapi kau kena cuba. Orang macam Maya kalau kau bagi beribu kali peluang tapi dia still macam tu, takkan merubah apa pun," pujuk Ghaz. Lama Faris terdiam.

"Thanks," Faris. Ghaz mengangkat bahu. Faris membuang pandangnya ke luar kafe merenung kesilapannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience