BAB 10

Romance Completed 9284

Seperti biasa, rutin Aqilah tidak pernah berubah. Cuma, bila dihitung kembali keputusan hang menentukan masa depannya bakal tiba kelak. Siang malam dia tidak berhenti berharap dan berdoa agar dia berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Pejam celik pejam celik, sudah hampir empat bulan di bekerja di tadika itu. Tadika itu sudah sebati dengan dirinya. Terasa rindu jika dia tidak hadir.

Kanak - kanak di situ merupakan hiburan hatinya. Ragam mereka yang pelbagai mencuit hatinya. Tidak dapat dibayangkan sekiranya dia perlu meninggalkan tempat yang memberi dia pelbagai kenangan.

Aqilah hanya tersenyum. Dia bertekad mahu menjalani tugasnya di sini dengan terbaik. Dalam saat - saat akhir ini dia mahu mengumpul pelbagai kenangan untuk dibawa pergi. Jika rindu, dia akan mengingati setiap kenangan di sini.

Sebelum pulang, Akbar memanggil Aqilah. Di luar sudah berdirinya Faris dengan keretanya. Aqilah mengeluh namun tetap pergi ke arah Akbar memandangkan anak comel itu sudah memanggilnya.

"Cikgu, jomlah teman Akbar," ajak Akbar. Aqilah mengesat peluh yang menitik dari dahi Akbar.

"Hah? Pergi mana?," soal Aqilah. Dia terkejut dengan ajakan Akbar itu.

"Akbar nak beli buku. Jomlah cikgu, teman Akbar. Nanti Uncle dengan Akbar hantar cikgu balik," rayu Akbar. Serba - salah Aqilah mahu menolak.

Dia cuba memikirkan alasan yang baik untuk menolak. Aqilah memandang Faris dan jejaka itu menjongket keningnya.

"Jom jelah cikgu. Takkan nak tolak permintaan Akbar. Lagipun kami bukan culik cikgu pun," Faris pula bersuara. Aqilah hanya menjeling.

Dia kembali memandang Akbar yang sudah mengharap kepadanya. Mahu tidak mahu dia mengangguk.

"Yeah," teriak Akbar seronok. Aqilah berlalu ke dalam untuk mengambil beg tangannya.

Aqilah membuka pintu belakang tatkala Akbar juga membuka pintu belakang.

"Eh cikgu, kenapa cikgu duduk belakang? Cikgu duduklah depan," suruh Akbar.

"Eh, Akbarlah duduk depan. Ni kereta Akbar kan,"tolak Aqilah. Takkanlah dia mahu berdua - duaan dengan Faris di tempat duduk hadapan. Memanglah kalau ikutkan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan tapi dia tetap segan.

"Tak. Cikgu duduk depan. Akbar duduk belakang," suruh Akbar lagi. Kali ini Akbar sudah duduk dahulu di tempat duduk belakang. Sekali lagi Aqilah mengeluh.

Dia membuka pintu depan dan berlalu masuk. Dia mengerling sekejap Faris disebelahnya. Mereka hanya berpandangan seketika.

"Uncle dengan cikgu nampak macam mama dengan papa. Sesuai sangat. Mama dan papa selalu duduk macam ni kalau dalam kereta," ujar Akbar. Senyuman di bibirnya tidak lekang.

Aqilah dan Faris hanya diam. Aqilah memandang ke luar tingkap. Janggal terasa. Sudahnya, hanya kedengaran corong radio yang memutarkan lagu mengisi ruang keretanya.

###

Aqilah hanya mampu melihat ke luar tingkap. Hujan masih lebat membasahi bumi. Jam dikerling menunjukkan angka ke dua tiga puluh petang. Nasib baik di sudah usai menunaikan solat Zuhur sebentar tadi.

Akbar berlari dan bermain dengan riang di dalam taman permainan yang disediakan dalam restoran McDonalds yang terletak di tengah - tengah ibu kota.

Puas jugalah Aqilah melayan Akbar membeli buku di Kinokuniya tadi. Sudahlah kedai buku itu besar, jenuh jugalah dia ' bertawaf ' dalam kedai buku itu.

"Makanlah," suara Faris. Di tangannya sudah terdapat set Happy Meal, satu set Big Mac dan satu set Double Cheese Burger. Aqilah mengangguk.

"Saya panggil Akbar kejap," kata Aqilah namun di tegah oleh Faris. Faris mahu Akbar menghabiskan masanya dengan bermain dahulu.

"Terima kasih sebab sudi teman kami. Lagipun, saya tahu Akbar perlu seseorang yang boleh faham kehendak dia," ucap Faris. Dia menyuap burgernya masuk ke dalam mulut.

Aqilah mengangguk. Dia mencapai Double Cheese Burger. Macam tahu - tahu je aku nak makan burger set ni,getus Aqilah.

"Saya tak pernah tengok Akbar gembira macam ni. Semuanya lepas dia jumpa awak. Akbar yang saya kenal kurang senyum dan kurang bergembira. Dia hanya wujud dalam dunia ciptaannya," Faris memulakan cerita.

"Saya dan mummy Akbar adik - beradik. Semenjak papa dan mama kami meninggal, Kak Long saya yang mengambil alih company memandangkan saya tak minat business. Disebabkan kerja, Kak Long terlalu sibuk. Tambah pula, suami Kak Long pun selalu sibuk. Jadi, Akbar kesunyian. Akbar membesar dengan orang gaji di depan mata," Faris menghirup air Cokenya.

"Kalau dulu awak tengok Akbar seorang yang pendiam sebab nilah. Bukan saya tak pernah cakap dengan kakak saya, namun masih macam tu jugak. Saya sebagai bapa saudara Akbar rasa sangat sedih sebab tu saya selalu teman Akbar tidak kira mana saja dia pergi," Aqilah mengangguk. Bertambah simpati Aqilah terhadap nasib Akbar.

"Jadi, saya sangat berterima kasih dengan awak sebab awak Akbar mula membuka matanya untuk menyelami dunia dia sendiri. Dunia yang lebih indah,"ucap Faris lagi. Pengunjung di restoran itu mula berkurangan. Di sudut itu, hanya tinggal mereka berdua.

"Saya tak pernah anggap diri saya sebagai penentu hidup Akbar. Bagi saya, Akbar seorang anak yang baik. Mungkin sekarang dia tidak tahu tapi lambat laun dia akan pandai berfikir. Cuma kita sebagai orang lebih tua yang rapat dengan dia perlu selalu bimbing dia. Semoga besar nanti dia tidak tersilap langkah," Aqilah mula bersuara. Dipandangnya Akbar yang melambai dia dari jauh. Aqilah membalas lambaian itu.

"Saya minta maaf sekiranya sebelum ni saya ada buat awak marah atau kecewa dengan saya," mohon Faris.

"Kalau boleh saya nak kenal awak lebih baik dan jadi kawan awak,"kata Faris lagi. Aqilah memandang anak mata Faris. Penuh keikhlasan.

"Saya pun sama. Saya minta maaf," balas Aqilah. Mereka senyum sesama sendiri.

"Cikgu, Akbar dahaga," Akbar tercungap - cungap menahan penat bermain. Aqilah memberi air milo yang berais untuk Akbar.

"Dah jom, kita nak hantar cikgu balik. Kesian cikgu penat. Esok cikgu nak kerja lagi," ajak Faris.

"Okay, tapi Akbar makan kejap," Akbar mengambil tempat disebelah Aqilah. Dia makan dengan lahapnya kerana lapar.

Aqilah memerhatikan Akbar dalam diam. Sayangnya pada Akbar mula bercambah dari hari ke hari. Dia risau penerimaan Akbar jika suatu hari nanti dia perlu pergi.

Dalam kereta, Aqilah hanya berdiam sepi. Faris juga begitu. Akbar sudah mula dihanyut ke alam mimpi di tempat duduk belakang. Hanya kedengaran lagu - lagu di radio.

Mereka tiba di rumah Aqilah. Awan masih mendung namun hujan mula rintik berbanding tadi.

"Terima kasih sebab hantar saya dan belanja makan,"ucap Aqilah. Faris mengangguk.

"Awak sangat baik. Akbar sangat sayang pada awak. Saya balik dulu, assalamualaikum," Aqilah mengorak langkah untuk keluar.

Faris masih memandang kelibat Aqilah hilang di balik matanya. Matanya jatuh kepada Akbar yang masih lena. Senyum mula terukir dibibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience