BAB 1

Romance Completed 9284

Orang kata,
Kalau kita bijak, maka hidup pun akan berlaku bijak pada kita.
Orang kata juga,
Kalau takut untuk menghadapi hidup,jangan pernah cuba berdepan atau muncul di khayalak ramai.
Tapi.
Bagi aku seorang manusia yang mempunyai prinsip sendiri,
Hidup ini amat mudah tapi penuh keindahan walaupun berduri.
Nampak klise,
Tetapi bagi mereka yang menghargai erti kehidupan sudah pasti turut faham prinsip aku ini.

Mungkin orang berkata aku ini kolot dan hanya tahu berbahasa puisi dan sastera.
Helo,ini bukan berbahasa.
Ini hakikat.
Aku bukan jenis manusia pada era moden yang mahu semua juga moden.
Aku bukan perempuan yang pandai bergaya.
Lilit tudung sana sini,pakai ala - ala apatu orang panggil.
Hopster,lobster.Kejap,bagi aku ingat.

Hah,Hispter!
Aku bukan sebegitu.
Aku juga tidak memiliki kehidupan yang terlampau mewah namun tidak pula terlampau miskin.
Hutang juga masih keliling pinggang.
Hutang PTPTN,hutang jasa terhadap orang tua.
Walaupun aku tahu ibu bapaku tidak mengharapkan aku membalas segala tenaga dan wang mereka.
Namun begitu,aku bukanlah jenis yang take granted terhadap orang lain juga.

Aku juga bukan seperti gadis lain yang bijak dan cantik menawan.
Aku?
Hanya memiliki sebuah cermin mata besar yang kuasanya melebihi 400 untuk membantu penglihatanku.
Hanya perempuan biasa yang agak gempal dan berbaju kurung.PLUS! Baju aku tidaklah up to date.
Mungkin memang takdir aku untuk lahir sebegini kurang.

TETAPI,
Aku cukup bahagia.
Kebahagiaan aku tidak ternilai jika ingin dinilai dengan keinginan moden manusia kini.
Dan mungkin juga,
Allah memberikan aku apa yang ada tiada pada orang lain.
Terlalu banyak kemungkinan.
Kemungkinan itu juga yang mendorong aku untuk berusaha lebih mengekalkan apa yang aku ada.
Bersederhana dengan apa yang kita ada,gitu.

Berbalik pada tajuk asal,
Sudah mempunyai cintakah aku?
Hmm,nak kata soalan cepu emas ke ni?
Let me tell the truth.
Aku tak pernah bercinta.
Aku tak tahu bercinta dan tak tahu apa itu cinta.
Yang aku tahu aku cinta pada keluarga aku.
Cintalah jugakan.
Tetapi kalau bercinta dalam konteks lain,
Aku tak pernah tahu.
Dan kemungkinan yang terakhir,
Mungkin aku bukan pilihan orang dan tak akan diterima.
Kalau ada,adalah.
Kalau tiada,hidup aku tetap tidak berubah.

Aku,
Nur Aqilah aka Aqilah,
Inilah kisahku.
Kisah aku mungkin tidaklah seberapa,
Tidaklah menarik atau seperti yang diharapkan.
Tetapi,cukuplah untuk memenuhi keperluan sendiri.
Cuma,sehingga kini ramai yang kata akan ada sesuatu hadir dalam hidup aku.
Sehingga kini aku masih menunggu.
Dan buat terakhir kali,(berapa banyak kali daaa)
Kemungkinan untuk aku,
Mungkin Allah memjanjikan sesuatu buat aku.
Jadi,aku hanya perlu menunggu dan bersabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience