BAB 15

Romance Completed 9284

4 tahun berlalu.

Aqilah merengus kasar. Dia berpeluk tubuh. Jam di kerling. Sudah ke angka lapan malam. Aqilah segera memasuki bilik.

Ketukan dipintu tidak dihiraukan. Dia malas mahu melihat wajah pemilik yang mengetuk pintu bilik. Dia berbaring membelakangi pintu. Penghawa dingin yang tidak mampu melegakan hatinya yang panas.

Lingkaran tangan yang memeluk tubuhnya tidak diendahkan. Faris meletakkan dagunya di bahu Aqilah. Respon beku dari Aqilah mengundang tawa Faris.

"Yang abang ketawa kenapa? Ingat lawak,"marah Aqilah. Dia menolak tangan Faris lalu mahu bangun namun tangannya ditarik oleh Faris. Aqilah menepis kasar.

"Hey, ni kenapa ni marah - marah sayang abang ni? Kenapa ni?," tanya Faris. Dia memegang pipi isterinya itu. Sudah setahun dia menikahi wanita yang semakin hari dia cinta.

"Abang penipu. Aqilah benci abang," tuduh Aqilah.

"Lailahaillahllah. Apa yang abang buat sayang oi?," soal Faris. Dia masih memujuk Aqilah. Maklumlah, sejak Aqilah berbadan dua, Aqilah kuat merajuk. Dia harus sabar melayan karenah Aqilah yang tidak menentu.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu lagi bertanya,"sindir Aqilah.

"Aqilah tengok bukan main lagi abang keluar dengan perempuan lain waktu lunch tadi. Siap senyum mesra lagi. Dulu kata, sayang kita. Tapi sekarang semua tu tipu," rajuk Aqilah. Dia menangis dan menolak bahu Faris menjauh dirinya.

"Gelaklah, gelak lagi. Yelah, perempuan hodoh macam Aqilah ni siapa nak. Aqilah bukan macam perempuan abang keluar tadi. Lawa, cantik, pandai bergaya. Lain kali, Aqilah sedar diri Aqilah ni. Dahlah gemuk, hodoh lagi" Aqilah menjauhkan dirinya dari Faris.

Faris mencium pipi Aqilah lembut. Dia menatap tajam Aqilah yang tidak mahu memandang dirinya. Dia menarik Aqilah dalam pelukannya. Berharap hati Aqilah yang panas kembali lembut dan sejuk.

"Tak ada perempuan yang jauh lebih baik dari isteri abang ni. Hanya ada satu perempuan yang layak menjadi isteri abang dan bukti dia anak yang ada dalam perut tu. Datangnya seribu perempuan cantik, Aqilahlah bidadari abang di dunia dan akhirat,"bisik Faris lembut di telinga Aqilah.

Terkebil - kebil Aqilah. Memang dia akui, suaminya ini pandai memujuk diri dia. Aqilah memandang bawah apabila mata Faris mencari wajahnya. Dagunya dipegang dan diangkat.

Faris mencium kedua - dua pipi Aqilah. Dia mahu Aqilah tahu, betapa cintanya dia terhadap isterinya itu. Tiga tahun menunggu Aqilah dengan sabar, sehinggalah gadis itu pulang dan menjadi miliknya kini. Itulah hadian terindah yang dia miliki.

"Jangan marah abang lagi ya. Perempuan yang sayang jumpa tadi tu isteri klien abang," jelas Faris. Aqilah mengangguk.

"Aqilah minta maaf sebab tuduh abang," Aqilah mengucup tangan suaminya. Faris mengucup lembut dahi Aqilah.

"Tapikan sayang, kalau sayang izin abang 'pasang' satu lagi pun abang nak," gurau Faris. Terbuntang mata Aqilah

"Abang, tidur luar malam ni," jerit Aqilah. Dia kembalk menangis.

"Ala, tak adalah. Abang gurau je. Mana nak cari isteri macam Aqilah ni," Faris kembali meraih Aqilah dalam pelukan yang dan dieratkan.

"Abang," Aqilah memanggil suaminya.

"Hmm," sahut Faris.

"I love you," ucap Aqilah. Dia membenamkan wajahnya ke dada bidang Faris. Faris mengekek ketawa.

"I love you too," balas Faris dihujung telinga Aqilah, romantik.

"Abang sayang Aqilah. Sangat sayang dan cinta," pelukan dikemaskan lagi. Aqilah memeluk erat Faris. Bagai tidak mahu Faris terlepas jauh darinya. Cukuplah dulu mereka berjauhan.

Kesabaran Faris benar - benar menambat hati Aqilah. Berkat kesabaran Faris, Aqilah menerima jejaka yang sudah hampir setahun menjadi suaminya tanpa ragu - ragu.

Sudah cukup rasanya dia membiarkan perasaan Faris dan dirinya tergantung selama tiga tahun. Ternyata benar, Faris menepati janjinya. Dia bertuah di kurniakan lelaki sehebat Faris.

Buktinya, anak yang dikandungnya kini merupakan penyatuan cinta mereka. Faris sabar melayani kerenah dia. Dia sangat bahagia. Bahagia dengan rahmat Allah kini.

Setiap hari dia berdoa agar kebahagiaan rumah tangga mereka diepelihara. Jika ada cubaan yang melanda, biarlah badai itu mereka harungi bersama.

Mungkin kehadiran Akbar sebagai anak saudara Faris menguatkan lagi jodoh mereka. Akbar pula sudah semakin dewasa. Dia tidak sabar mahu memiliki adik saudara pula. Aqilah tersenyum bila mengenangkan Akbar.

Kesunyian malam mendamaikan mereka. Kekecewaan yang mereka pernah hadapi suatu ketika dahulu mematangkan kehidupan mereka. Benarlah, kekecewaan yang Allah beri pasti di balas nikmat kebahagiaan. Seperti dia dan Faris.

Aqilah melentokkan kepalanya. Debaran yang terhasil dari jantung Faris merupakan nada terindah pernah dia dengar.

"Tuhanku, semoga kebahagiaan ini milik kami bersama," doa Faris. Walaupun perlahan namun dapat ditangkap oleh Aqilah.

"I love you, Aqilah," ucap Faris lagi. Haruman rambut Aqilah dicium.

"I love you too, Faris," balas Aqilah.

Percintaan mereka tidaklah begitu hebat. Mungkin bagi mereka yang lain biasa - biasa tetapi bagi Aqilah tidak. Bagi insan yang tidak pernah bercinta, inilah kisah cinta yang paling dia cintai.

Kisah cinta dia dan Faris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience