BAB 11

Romance Completed 9284

Semenjak permohonan maaf dari Faris dua minggu lepas, hubungan Aqilah dan Faris kini lebih baik. Mereka juga saling bertukar nombor telefon.

Namun begitu, Aqilah tidak meletakkan sebarang harapan. Kerana bagi dirinya mereka masih baru berkenalan dan dia tidak mahu kecewa lagi seperti sebelum ini. Dia takut kekecewaan kali ini lebih dahsyat berbanding dulu.

Surat di atas meja bersebelahan katilnya di pegang. Dia membuka surat itu. Kali ini sudah lebih tiga kali dia membaca isi kandungan surat tersebut.

Tawaran dari universiti tempatan di Sabah benar - benar mengejutkan dirinya. Dia berjaya melanjutkan pelajaran tetapi di tempat yang begitu jauh. Dia sendiri tidak membuat sebarang keputusan lagi sekarang ini.

Deringan telefon mengejutkan Aqilah. Dia tersenyum melihat nama Faris yang tertera di hujung talian.

"Assalamualaikum," ucap Aqilah dulu walaupun Faris yang memulakan panggilan. Faris membalas salam yang dihulur oleh Aqilah.

"Awak buat apa?,"soal Faris.

"Saya hanya berehat memandangkan hari ini hari cuti. Kenapa?," tanya Aqilah pula.

"Hmm, saya menganggu waktu rehat awak ke?," soal Faris gusar. Aqilah ketawa perlahan.

"Taklah," balas Aqilah.

"Boleh tak saya nak ajak awak keluar. Petang sikit saya ambil awak?,"ajak Faris. Dia terasa rindu pula pada Aqilah.

"Petang eh? Saya boleh je," setuju Aqilah.

"Okay set. Pukul 3 saya datang ambil awak,"ucap Faris sebelum mengakhiri perbualan mereka.

Aqilah menutup panggilan dari Faris. Jam di dinding sudah menginjak ke angka satu lima belas minit petang. Di segera bersiap untuk menunaikan solat Zuhur sebelum keluar dengan Faris.

###

Faris memberhentikan keretanya lalu menunggu Aqilah seperti yang dijanjikan. Hatinya berasa gembira untuk bertemu dengan Aqilah. Walaupun baru berkenalan dan perkenalan mereka disulami dengan pertelingkahan tetapi bila dikenang kembali ianya lucu.

Aqilah mengetuk cermin kereta. Dia membuka pintu dan melangkah masuk. Dia memberikan senyuman kepada Faris.

Faris membalas senyuman Aqilah. Aqilah kelihatan lain berbanding hari - hari sebelumnya. Bila diteliti Aqilah tidak memakai baju kurung sebaliknya gadis itu memilih blaus dan dipadankan dengan slack jeans berwarna krim.

Namun yang paling dia suka ialah bening mata milik Aqilah. Walaupun terselindung di sebalik kaca mata, mata itu tetap menawan.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? Saya nampak pelik ke?," soal Aqilah. Dia membelek - belek wajahnya. Mana tahu ada kesan buruk ke.

"Tak. Awak nampak cantik,"kata Faris.

"Dengan baju ni," sambung Faris lagi. Aqilah hanya mengangguk sedikit. Bibirnya menguntum senyum nipis.

"So, shall we?," Aqilah mematikan pandangan Faris pada dirinya.

Faris mengangguk. Dia mahu memandang lagi tetapi dia perlu memandu. Dia tetap mencuri pandang.

Mereka memilih untuk menonton wayang. Masa yang dihabiskan dengan menonton wayang memandangkan mereka mempunyai minat yang sama. Selepas itu, mereka pergi makan dan seterusnya melepak dengan angin petang di Taman Tasik Titiwangsa.

Bersama Faris, Aqilah terus ketawa. Sehingga berair matanya bila berbicara dengan jejaka itu. Bersama Faris dia tidak perlu berpura - pura, serasanya dia hanya perlu bercerita dan terus bercerita. Andai saja boleh, pasti dia mahu kekal begini.

Begitu juga Faris. Dia seakan terlupa dia pernah kecewa dulu. Dia seakan leka dengan aura yang dimiliki oleh Aqilah. Gadis itu, nampak garang namun penuh kelembutan dan keriangan. Gelak tawa yang ada pada gadis itu mendamaikan jiwanya yang kekosongan.

"Awak tahu tak, awak ni lawak. Saya rasa saya boleh pecah perut dengan awak ni. Aduhai, cukuplah Faris. Saya dah tak mampu nak ketawa ni," tawa Aqilah. Dia mengelap airmata yang keluar dihujung matanya. Faris hanya tersenyum simpul.

"Awak nampak cantik ketawa macam ni," puji Faris.

"Haha, awak ni dari tadi asyik puji saya. Lama - lama gemuklah saya dengan pujian awak tu," Aqilah menggeleng perlahan.

"Awak pernah kecewa?," tanya Faris.

"Kecewa? Saya pernah kecewa sebab saya gagal peperiksaan, saya kecewa sebab saya kena marah dan saya kecewa sebab saya lapar. Banyak saya kece,"

"Bukan kecewa tu,"potong Faris. Aqilah terus diam.

"I mean kecewa dalam hubungan. Hubungan antara lelaki dengan perempuan,"jelas Faris. Aqilah senyum saja.

"Ouh, hmm nak cakap macam mana eh? Bohonglah saya cakap saya tak pernah kecewa. Saya kecewa tapi saya tahu berdiam diri tak akan merubah apa. Jadi, saya pilih untuk cuba melupakan kekecewaan saya walaupun macam mana sekalipun,"balas Aqilah.

"Saya nampak awak masa dekat kenduri Anuar lepas," Faris berterus - terang. Terbuntang biji mata Aqilah.

"Anuar ialah senior masa saya dekat universiti dulu. Saya tahu awak suka dia tapi awak patah hati sebab di pilih orang lain," Faris menjawab pertanyaan Aqilah yang tersimpan dalam hati.

"Wow, so you really can read other's people feel, right?,"Aqilah lebih kepada menyindir namun tidak menyakiti. Dia malu kerana rasa hatinya dapat dibaca oleh seseorang tambah - tambah lagi orang itu lelaki.

"Maaf, tapi itulah hakikatnya. Saya nampak semuanya apa yang awak rasa,"ujar Faris.

"Tapi, awak tak tahu sepenuhnya," dalih Aqilah lagi.

"Ya, memang. Memang saya tak tahu sepenuhnya. Tapi awak tak boleh tipu diri awak," balas Faris. Matanya tajam merenung Aqilah.

"Habistu awak nak saya buat apa?," tanya Aqilah dengan kasar.

"Bagi saya peluang tu,"balas Faris.

"Bagi saya peluang untuk ubatkan hati awak. Saya yakin saya mampu,"pinta Faris. Aqilah kehilangan kata - kata.

"Hantar saya balik," Aqilah segera bangun namun dihalang oleh Faris.

"Saya tidak minta lebih Aqilah. Saya cuma minta awak beri ruang kepada saya untuk saya kenali awak lebih rapat. Saya pun dikecewakan. Tunang saya curang dengan saya. Tapi saya tetap mahu mencuba walaupun dengan awak. Sebab saya yakin, kalau saya berjaya dengan percubaan ini, awaklah yang terbaik buat saya," pinta Faris.

"Beri saya peluang itu dan saya akan bahagiakan awak. Kita boleh mencuba," rayu Faris.

"Kalau kita gagal?,"soal Aqilah.

"Kita cuba lagi," potong Faris.

"Kalau masih gagal dan terus gagal?," soal Aqilah lagi.

"Saya yakin dengan percaturan yang Allah aturkan buat saya. Dan saya yakin, awak pun sama," balas Faris, lebih mendalam agar Aqilah tidak ragu - ragu.

Aqilah menarik nafas sedalam - dalam yang mungkin. Perkara ini terlalu cepat tetapi dia juga mahu kebahagiaan itu.

"Baiklah, kita cuba. Tapi, saya tak yakin cuma seperti awak cakap kita cuba," setuju Aqilah. Mana tahu pemberian peluang ini akan menghampirinya kepada kebahagiaan yang dia impikan.

Mungkin juga peluang kali kedua ini akan membuka mata dan hatinya agar lebih terbuka menerima ketentuan takdir Allah.

Aqilah melemparkan pandangannya ke tasik yang bersinar terkena pancaran matahari petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience