BAB 7

Romance Completed 9284

Aqilah seakan tidak percaya. Kad kahwin yang masih di dalam sampul dan belum terbuka kini berada dalam genggamannya. Dia tidak tahu perlu atau tidak dia membuka sampul itu.

Perlahan - lahan Aqilah membuka kad yang diberi oleh Anuar tatkala dia terserempak tadi. Hiasan hadapan kad yang bertulis 'Walimatulurus' itu sudah dia jangkakan. Namun begitu, dia cuba menafikan sekeras - keras kebenaran tersebut.

Segalanya musnah apabila tertera nama Anuar disitu bersama pasangan yang bernama Suraya. Aqilah tidak tahu mahu merasakan apa. Segala rasa bersatu dalam hatinya tatkala isi kad tersebut sudah dia ketahui.

Melihatkan semua itu, Aqilah hanya mampu menitiskan airmatanya dalam keadaan sepi sendirian. Tiada siapa yang tahu perasaanya terhadap Anuar melainkan dirinya sendiri.

Sedihnya bukan kepalang apabila hasrat hatinya sudah lebur dan hancur. Tambahan pula, ini ialah perasaan pertamanya untuk insan bergelar lelaki.

Dia berasa marah terhadap diri sendiri kerana terlalu cepat meletakkan harapan yang tinggi. Walhal hubungan itu hanya dia yang rasakan padahal sebelah pihak lagi sudah menjadi milik orang lain.

Dia juga kesal dengan dirinya kerana terlalu pantas memberi hati kepada Anuar. Sedangkan jejaka itu hanya melayan dirinya tidak lebih daripada seorang jiran.

Aqilah menekup mukanya. Setiap gelagat dan aksinya sebelum ini semasa dengan Anuar membuatkan dirinya malu. Malu kerana terlalu berlebihan. Pasti dia kelihatan seperti seorang perempuan yang gatal dan terhegeh - hegeh.

Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan Anuar selepas ini. Pasti akan merasa janggal di antara mereka.

Aqilah memukul - mukul perlahan kepalanya kerana bersikap ibarat pipi terserong - serong. Setelah puas bersedih, Aqilah termenung jauh. Aqilah mengeluh perlahan namun berat.

Bila mengenang kembali, nasib baik perasaannya masih ditahap belum berkembang sepenuhnya. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya dia benar - benar jatuh hati pada Anuar dengan lebih, pasti lagi teruk dia terluka.

"Haih, tak apalah. Tak ada rezeki, dia bukan takdir kau Aqilah," ucap Aqilah tabah. Mungkin dia perlu menunggu sedikit masa lagi takdir Allah untuk dirinya.

Aqilah sambung baring kembali. Dia mahu rehat dan lepaskan semua lelah yang terbuku dalam jiwanya.

###

Faris meletakkan briefcasenya di kerusi kerjanya. Dia membuka komputer ribanya sebelum memulakan kerjanya. Sinaran matahari yang memancar masuk ke dalam ruangan bilik kerjanya memberi tenaga kepadanya pada hari ini.

Kerjayanya sebagai peguam memerlukan dan menuntut masanya untuk dihabiskan pada kerja saja. Tidak hairanlah sekiranya dia masih membujang dan rela hidup membujang.

Keluhan dia lepaskan. Kadang - kadang dia penat hidup sebegini. Dengan umur yang sudah menghampiri penghujung dua puluhan, dia seperti manusia biasa yang inginkan sebuah keluarga bahagia.

Jika sahaja Maya tidak berlaku curang, pasti mereka sudah hidup bahagia. Sayang dan cinta dia terhadap Maya usah dikatakan, lapan tahun menyulam kasih tetapi terkandas di pertengahan jalan.

Manusia mana yang tidak sedih dan terluka jika harapan sudah kita taburkan agar dia tumbuh dan bercambah mekar. Itulah harapan dia ketika dia dan Maya bercinta.

Mungkin benarlah kata orang, bercinta dekat berpuluh tahun lama tetapi jika sudah tiada jodoh tetap tidak kesampaian. Ada baiknya jika dia kembali menumpukan hidupnya buat dirinya dan berusaha menjadi yang lebih terbaik dari sekarang.

Telefonnya berdering menandakan pesanan masuk. Dia membuka skrin telefonnya untuk membaca pesanan tersebut.

Tolong ambilkan Akbar. Along sibuk harini, banyak benda nak settlekan. Pak Hamid cuti hari ni- Awin.

Faris mengeluh. Pesanan Awin membuat dia rasa geram. Bukan dia tidak mahu menolong. Tapi sepatutnya itu tugas kakaknya sebagai seorang mak.

Dia terlalu risaukan kakaknya tetapi dia lebih gusar dengan keadaan Akbar. Punya ibu bapa tetapi semua terlalu sibuk mengejar harta dunia tanpa memikirkan hati insan tersayang.

Nasib baiklah rumah dian dan kakaknya tidak jauh. Sengaja dia membeli rumah berdekatan kakaknya agar senang jika dia ingin melawat. Tambahan pula, mereka hanya dua beradik sahaja. Ibu bapa pula sudah tiada. Pada kakaknya sahajalah dia menumpang kasih walaupun kakaknya sudah berkahwin.

Ketukan pada pintu pejabat membuat dia segera memberi perhatian. Terpacul muka Ghaz disebalik pintu.

"Hey dude," tegur Ghaz. Dia mengambil tempat di hadapan Faris.
Faris hanya mengangkat kening.

"Lah, ni pahal muka rungsing je," soal Ghaz. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Faris.

Faris menunjukkan pesanan dari kakaknya kepada Ghaz. Ghaz hanya ketawa.

"Lepas ni jadi babysitter tak bertauliahlah kau," ejek Ghaz.

"Aku risaulah. Aku kesian dengan Akbar tu, nanti bila besar kalau mama dan papanya masih macam ni habis masa depan dia. Aku penat nak tegur kakak aku supaya jangan terlalu busy, kesian pada Akbar," jelas Faris mengenai kerisauannya.

Ghaz mengetuk dagunya. Ada benar kata Faris tetapi dia hanya pihak luar dan mampu mendengat saja luahan hati Faris.

"Haih, aku pun tak boleh cakap lebih. Macam kakak kau ni, kalau dia boleh fikir urus masa dengan baik, Akbar takkan terabai. Aku cuma boleh cakap, kau jangan abaikan anak buah kau macam mama dan papanya. Kesian dia, kecil lagi," nasihat Ghaz.

"Tulah, haih nak tak nak aku kena pergi jugaklahkan," balas Faris.

"Pergi jelah. Lagipun hari ni kau bukan kena pergi mana - mana pun. Lagi satu, kau boleh jumpa cikgu yang Akbar cakap tu," kenen Ghaz. Dia masih teringat yang Faris pernah memberitahu bahawa Akbar suka bercerita mengenai guru perempuan di tadikanya.

"Hesy kau, ke situ pulak. Aku tak macam kau, playboy,"kutuk Faris.

"Bukan selalu, mana tahu kali ni menjadi,"cuba Ghaz lagi. Baginya, usaha tangga kejayaan. Lagi pula, dia mahu sahabatnya itu hidup bahagia.

"Ah kau, pergilah balik bilik kau. Datang sini buat kerja aku tertangguh je. Pergi," halau Faris. Ghaz hanya ketawa besar.

"Pergi tahu, kalau kau tak nak bagitahu aku. Biar aku tackle cikgu yang Akbar suka tu," ujar Ghaz sebelum keluar.

Faris hanya menggeleng. Dia kembali menumpukan perhatiannya kepada kerja yang tergendala kerana kehadiran Ghaz tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience