BAB 6

Romance Completed 9284

Aqilah bersantai malam itu. Sudah lama rasanya dia tidak berehat begitu setelah dua bulan bekerja. Masanya terlalu banyak habis dengan pekerjaan sehinggakan dia terlupa mahu berehat.

"Haih, ni baru kerja sambilan. Nanti kalau dah kerja tetap macam manalah agaknya," kata Aqilah sendirian.

"Tahu pun,nanti silap - silap keluarga pun susah nak jumpa," perli Puan Aishah sambil memegang bakul yang berisi kain untuk dilipat. Dia duduk lalu memulakan kerja - kerja melipat kain.

Aqilah turut serta bangun dan membantu maknya melipatkan. Ketika itu, televisyen yang menayangkan cerita Maharaja Lawak Mega.

"Ala mak ni,apa cakap macam tu. Mana ada orang lupa. Keluarga nilah satu - satunya yang orang ada," balas Aqilah. Tangannya juga ligat melipat pakaian.

"Haih, cakap sikit merajuk,cakap sikit cebik. Payah betullah anak muda sekarang ni. Mak dulu, kalau orang tua cakap buat peringatan bukan melenting,"bebel Puan Aishah.

"Apa ni Yah oi yang awak bebelkan? Saya dari bilik boleh dengar awak merungut sana sini. Apa masalahnya?,"soal Encik Wahid tiba - tiba. Dia duduk di sofa berdekatan sambil menonton televisyen bersama.

"Anak awak nilah Encik Wahid oi. Di tegur sikit menjawabnya fuh bukan main," adu Puan Aishah. Kalau sudah perempuan, memang tak boleh lari daripada sifat membebel.

"Alahai awak ni pun. Cubalah faham sikit. Awak pun tahukan anak - anak kita semua dah besar, tahulah diorang nak fikir mana baik mana buruk," balas Encik Wahid. Sekali sekala dia ketawa melihat aksi para pelawak yang terkenal membuat persembahan.

"Hah itulah abang. Saya cakap mulalah menangkan anak - anak. Sebab tu semua mulut macam bertih jagung tak berhenti masak. Ada je benda nak membantah cakap saya," ucap Puan Aishah.

Aqilah menggeleng kepalanya. Mak dan ayahnya dia ini kalau dah baik, sweet sangat. Kalah gula manisnya. Cuba kalau dah bising. Panas lagi panas dari api.

"Mana adik - adik mak?," Aqilah melilau mencari Awal dan Ainur.

"Hah itulah kamu. Adik kamu dekat atas dalam bilik pun tak tahu," leter Puan Aishah lagi.

"Ya Allah mak, Qilah tanya je mak oi. Mak lapar eh? Sebab tu mak bebel, jom kita makan,"usik Aqila. Dia memeluk erat maknya agar reda panas dihati maknya.

"Pandailah kamu memujuk mak nak suruh diam. Pergi angkat kain yang dah lipat ni, lepastu pergi panggil adik - adik kamu makan baru sambung kerja sekolah masing - masing," Puan Aishah bangkit menuju ke dapur mahu menyiapkan makan malam.

"Ayah, cepat pergi dapur. Nanti Qilah tutup tv tu,"ugut Aqilah. Dia tahu ayahnya kalau sudah duduk menghadap televisyen ibarat lupa pada dunia. Tambah - tambah kalau televisyen itu memaparkan cerita yang kena dengan selera ayahnya. Tak akan berganjaklah ayahnya dari depan televisyen.

Begitulah ragam keluarganya. Tetapi, bagi Aqilah ragam keluarga inilah yang membuatkan keluarga ini masih kekal utuh. Melayang fikirannya teringatkan anak muridnya, Akbar.

Aqilah tersedar dari lamunan setelah mendengar maknya menjerit memanggil dia makan bersama. Dia berlalu pergi untuk menyertai keluarganya.

###

Faris memegang erat Play Stationnya. Badannya turut mengikut rentak bila permainan digital itu bergerak ke kiri dan ke kanan. Anak buahnya disebelah turut seperti dirinya.

Sekali sekala piza yang dipesan olehnya digigit namun fokusnya pada permainan tidak lumpuh. Seakan harimau yang dahagakan air, begitu jugalah dia mahu memenangi permainan itu.

Akbar juga masih tidak mahu mengaku kalah. Seperti pak ciknya, dia juga mahu menang. Manakan tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Permainan semakin menuju ke penamatnya. Mereka masih bertempur. Akbar dilihat semakin lama semakin menghampiri kemenangan. Sesaat kemudian, seperti yang dijangka kemenangan berpihak pada Akbar.

Akbar melonjak bangun dan melompat kegembiraan. Kali ini, sudah tiga kali dia menewaskan Faris. Piza diambil sekeping lalu digigit.

"Uncle kalah lagi. Malulah," ejek Akbar. Kegembiraannya berlanjutan bila dia menjamah piza yang sedap.

"Eleh, uncle bagi chance je tu. Yelah, nanti Akbar kalah Akbar nangis pulak," tepis Faris. Sengaja dia mengajak Akbar tidur dirumahnya memandangkan esok ialah hujung minggu.

Kesian Akbar, kakak dan abang iparnya selalu pulang lewat kerana sibuk bekerja. Dia tahu anak buahnya itu kesunyian. Jadi, tidak salah sekiranya dia menggembirakan Akbar.

Lagipun, dengan kehadiran Akbar akan melumpuhkan ingatannya mengenai kesakitannya dan Maya yang selalu datang bersilih ganti.

"Akbar happy tak?," tanya Faris. Dia sengaja mahu menebak apa yang anak buahnya fikir.

"Happy. Dah lama Akbar tak main game. Bila dengan uncle baru ada orang boleh main sama," ujar Akbar. Dia cuma berlaku jujur.

Faris mengusap lembut kepala Akbar. Kadang - kadang dia selalu fikir Akbar ini lain seperti kanak - kanak lain.Usia yang muda tidak menghalang dia untuk menunjukkan perasaanya.
Akbar dilihat juga sangat matang menguruskan kehidupannya. Dia selalu berasa malu sebab ketelitian Akbar menyembunyikan perasaannya dalam menjaminkan kehidupannya tidak akan menjejaskan sekelilingnya.

"Selain uncle, Akbar ada lagi yang Akbar suka. Kat sekolah tu ada cikgu yang comel, nama dia Cikgu Aqilah. Dia baik sangat, cikgu tu selalu teman Akbar kalau Pak Hamid lambat ambik. Dia akan cakap - cakap dengan main dengan Akbar,"puji Akbar bila dia teringatkan Aqilah.

Tekun Faris mendengar cerita Akbar. Nama cikgu Akbar itu seakan menarik minat dia untuk bertanya lebih lanjut mengenai Aqilah.

"Yeke? Cikgu tu dah kahwin ke?," tanya Faris.

"Belum kut, sebab cikgu selalu cakap dia nak sambung belajar lagi, kumpul duit baru kahwin. Uncle suka dia eh?," tebak Akbar. Dia tersengih - sengih pada Faris.

"Hish, uncle tanya jelah. Tanya pun dah jadi suka ke?,"tolak Faris.
Dia mencubit lembut pipi gebu Akbar yang masih mengunyah piza.

"Hehe, tapi Akbar suka kalau uncle dengan cikgu. Cikgu baik tapi Aunty Maya tak. Akbar tak suka Aunty Maya," jelas Akbar. Mukanya menjadi serius bila nama Maya terungkit.

Kelat wajah Faris. Kalau Akbar sudah tidak menyukai Maya, kenapa dulu dia tidak pernah sedar kesilapannya mencintai Maya.

Ah, waktu itu dia dibutakan dengan kata - kata Maya yang menghanyutkan dirinya sehingga dia sendiri tertipu.

Akbar kembali memyambung permainan yang terhenti selepas kenyang makan. Khusyuk dia memulakan permainan yang baru bermula.

"Amboi mentang - mentang esok cuti, dia sambung main eh. Main tak ajak pun uncle,"Faris menyertai Akbar.

"Dah uncle termenung, Akbar main dululah," balas Akbar. Faris mengeleng kepala dengan sikap anak buahnya. Terlampau jujur.

Dia juga kembali menumpukan pada permainan. Sesekali suaranya menjerit sedikit. Dia tekad, kali ini dia akan menang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience