BAB 3

Romance Completed 9284

Aqilah melepaskan lelah dengan duduk di kerusi. Penat. Itulah yang dia rasakan sekarang. Mujur saja hampir ke semua kanak - kanak sudah pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan. Cuma tinggal beberapa anak murid yang menunggu ibu bapa untuk mengambil mereka pulang.

Melihatkan suasana bilik darjah yang sedikit kotor dan bersepah, Aqilah bangun dan mengemas supaya kelihatan cantik dan kemas. Semua meja dan kerusi yang tunggang - langgang tidak mengikut aturan dia susun kembali. Biasalah,yang duduknya kanak - kanak. Sudah pastilah bersepah.

Aqilah menyusun kertas - kertas yang bersepah di sudut belakang kelas itu. Dia paling suka sudut ini kerana setiap minggu sudut ini pasti dihiasi dengan karya - karya murid yang comel dan melucukan. Walaupun tidaklah secantik profesional yang melukis, tetapi karya yang dihasilkan oleh mereka sungguh mendamaikan kerana terselit kejujuran di setiap lukisan yang ada disitu.

Salah satu lukisan yang dia pernah lihat yang mencuit hatinya ialah karya 'Aku Si Dinasour '. Temanya sudah ada tetapi yang hairannya bukan dinasour yang dilukis tetapi seekor haiwan seakan - akan kucing yang terhasil. Sudahlah seperti seekor kucing diwarnanya pula warna ungu. Lagilah mencuit hatinya.
Barangkali,itu dinasour yang terbantut tumbesarannya.

Selama dua bulan dia bekerja disini, dia sungguh gembira. Dia mempunyai majikan yang memahami dan baik hati. Majikannya atau lebih dikenali sebagai Kak Ara seorang yang bertimbang rasa dan sangat menjaga kebajikan setiap pekerjanya. Tidak kiralah pekerja tetap atau kontrak. Setiap staf yang ada disini juga sangat mesra dan peramah. Dari tukang kebun sehinggalah yang berpangkat guru sepertinya. Sangat baik.

Memandangkan dia pekerja yang paling muda, dia sangat dijaga oleh para pekerja disini. Lagipula dia bekerja disini sementara menunggu permohonan dia diterima bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula. Dia tidak tahulah sekiranya sudah tiba waktu dia harus berhenti, bagaimanakah rasanya mahu meninggalkan tempat yang seperti rumah kedua baginya ini.

Puas dan selesai mengemas, Aqilah keluar ke bilik darjah. Alangkah terkejutnya melihat seorang budak yang masih belum pulang. Dia merapati anak muridnya yang bernama Akbar itu. Akbar juga sepertinya, baru masuk ke sini dua bulan yang lalu. Namun begitu, Akhbar tidak seperti anak kecil seusianya. Akbar selalu senyap dan seakan - akan berada dalam dunianya saja.

Mungkin inilah rezekinya untuk mengenali Akbar dengan lebih rapat sementara anak kecil itu belum pulang lagi.

"Akbar tidak balik lagi?," tanya Aqilah walhal dia tahu hal sebenarnya.

Tiada respon daripada Akbar.

Aqilah menarik nafas perlahan. Dia cuba mencari cara bagaimana mahu menarik perhatian anak muridnya itu. Tiba - tiba, dia teringat yang dia mempunyai gula - gula yang sering dibawa.

Sememangnya dia peminat tegar makanan manis. Tapi, itu tifak bermakna dia tidak pandai mengawal pemakanannya. Dia kembali ke dalam untuk mengambil gula - gula.

"Nah, cikgu suka makan gula - gula. Mesti Akbar pun suka, " Aqilah menghulurkan gula - gula lolipop yang sudah terbuka plastik penutupnya.

Akbar mula - mula meragui gula - gula pemberian Aqilah namun dia tidak mampu bertahan. Lambat - lambat dia mengambil. Aqilah tersenyum suka.

"Akbar memang selalu balik lambat ke?," Aqilah masih cuba berborak dengan Akbar.

Akbar mengangguk.

"Mak ayah Akbar kerja ke?," Aqilah masih mencuba.

Lama Akbar diam. Aqilah menjadi serba salah. Adakah soalan dia menghiris hati anak kecil itu?

"Papa selalu sibuk dan pergi luar negara. Mama pulak pun sibuk. Mama selalu balik lewat. Selalunya, taip - tiap hari Pak Hamid yang akan ambil Akbar balik, " balas Akbar setelah berdiam diri.

Aqilah menjadi kasihan pada anak kecil itu. Dia bersyukur walaupun dia hidup serba kekurangan dia masih mempunyai kasih sayang yang cukup. Tetapi, Akbar tidak.

Lahir dalam keluarga yang kaya pun belum memadai hidup akan bahagia selamanya. Aqilah memandang sayu Akbar disisinya yang sedang menikmati gula - gula pemberiannya.

"Apakata kalau Akbar balik lambat, Akbar duduk je dengan cikgu dari duduk luar seorang diri. Nak?," soal Aqilah.

Akbar memandang Aqilah. Dia cuba menimbang pelawaan gurunya itu.

"Nanti cikgu boleh main dengan Akbar. Itupun kalau Akbar sudilah," Aqilah memancing lagi perhatian Akbar.

Akbar tersenyum sedikit. Terserlah pipi gebunya yang seperti kuih pau yang lembut.

"Boleh ke?," kali ini Akbar memberi soalan kepada Aqilah.

"Mestilah boleh. Cikgu lagi suka sebab cikgu ada kawan yang comel teman cikgu ni," Aqilah mencubit lembut pipi gebu Akbar.

Sedang mereka berborak,sebuah kereta Toyota Alphard berhenti didepan pagar tadika. Keluar seorang lelaki separuh abad yang dikenali oleh Aqilah.

"Tu Pak Hamid dah datang. Jom,cikgu hantar sampai pagar depan," Aqilah membawa beg milik Akbar sambil memimpin tangan anak kecil itu

"Assalamualaikum. Pak Hamid sihat?," tanya Aqilah beramah mesra sambil membuka pagar.

"Walaikumusalam, sihat alhamdullilah. Macam nilah cikgu," balas Pak Hamid. Beg milik Akbar bertukar tangan.

"Okaylah, Akbar balik elok - elok ya. Buat tau kerja sekolah yang cikgu - cikgu bagi tau. Bye," Aqilah mengusap lembut rambut Akbar.

"Cikgu," panggil Akbar. Aqilah tunduk ke bawah separa dengan ketinggian Akbar.

Ciuman dari Akbar hinggap di pipinya. Aqilah kaget.

"Terima kasih cikgu,bye," Akbar sudah memasuki kereta.

Aqilah melambai sehinggalah kereta yang dipandu Pak Hamid sudah berlalu.

Kini, tibalah masa Aqilah pula pulang. Setelah memastikan semua kerjanya selesai, Aqilah memberitahu kepada cikgu - cikgu lain dia mahu pulang.

Dia mencari Kak Ara namun wanita itu tiada. Barangkali dia juga sudah puoang kerana kereta milik wanita itu sudah tiada parkir.

Dia menutup pagar tadika dan berlalu pergi. Dia berjalan seperti biasa. Langit pun berpihak kepada dia apabila awan yang berarak sedikit redup. Tidak terlalu panas. Mungkin akan hujan petang nanti.

Perjalanannya baik - baik saja sehinggalah sebuah kereta mewah lalu memercikkan lopak air berdekatannya. Habis separuh baju Aqilah basah kuyup.

Aqilah masih terkejut. Kereta mewah itu berhenti sekejap namun kembali meneruskan perjalanannya meninggalkan Aqilah yang basah kuyup.

"Hoiii, dah langgar orang buat - buat tak bersalah. Dasar manusia kejam," teriak Aqilah dengan kemarahan.

Dia mengigit bibir bawahnya. Matanya mengekor kereta mewah yang memercikkan lopak air itu sehingga hilang bayang kereta itu.

"Kalau aku jumpa siapa yang bawak kereta tu,aku pancitkan tayar dia," ugut Aqilah. Dia meneruskan perjalanan baliknya dengan perasaan yang sebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience