BAB 4

Romance Completed 9284

Faris menghempas dirinya ke sofa. Tangannya diletakkan di dahinya. Matanya dipejamkan sebelum nafasnya dilepas kasar.

Terbayang di layar ingatannya apabila dia ternampak bekas kekasihnya, Maya bersama seorang lelaki lain di sebuah restoran. Melihatkan kemesraan mereka membuatkan hati Faris bernanah dan mematikan seleranya untuk mengisi perut.

Mahu saja dia menyerang Maya dan lelaki yang dia tidak kenali itu. Namun begitu, dia masih waras dan dia bukanlah seseorang yang akan mencemarkan maruah sendiri hanya kerana seorang perempuan.

Bila mengenang kejadian itu, airmata Faris mengalir perlahan. Percintaan mereka bukanlah setahun dua, tetapi hampir lapan tahun. Semenjak mereka menuntut pengajian di Scotland lagi.

Lapan tahun bercinta, suatu tempoh yang tidak pendek. Cukup untuk menyakinkan dia bahawa dirinya sangat mencintai Maya. Cukup untuk membuat dirinya yakin dia mengenali Maya dan perasaan gadis pujaannya.

Lamaran yang dia buat ketika dia dan Maya di Paris dua bulan lalu menggamit fikirannya. Ketika itu, dia sangat bahagia lamarannya diterima oleh Maya. Bahagianya bukan kepalang seolah - olah dialah lelaki paling bertuah di dunia ini.

Mempunyai kerjaya yang stabil, wajah yang rupawan serta teman wanita yang hebat. Sudah cukup membuatkan dia bahagia dan gembira.

Entah dimana silapnya, bila tiba waktu hari bahagia mereka Maya pergi menghilangkan diri. Dia tidak menyangkakan Maya akan meninggalkan dirinya pada hari yang mungkin menyatukan mereka dalam ikatan yang suci. Sedih, kecewa, marah, sayang, cinta dan malu semua bersatu.

Alasan Maya mengatakan dia tidak lagi mencintai dirinya dan tidak bersedia dengan komitmen membuatkan Faris sukar mempercayai hakikat tersebut. Janji - janji yang mengisi hubungan percintaan mereka mula bertandang satu persatu.

Mana janji Maya ingin sentiasa bersama dirinya? Mana janji Maya akan selalu menemani dirinya sehingga ke akhir hayat? Dan, mana janji Maya akan terus mencintai dan menyayangi dirinya tanpa berpaling kepada orang lain?

Janji hanya tinggal janji. Kebahagiaan,keceriaan bersama insan lain yang dirasai Maya sangat menyakitkan hatinya. Dia harus membuktikan pada Maya dia juga perlu bahagia

Faris bangkit berlalu ke biliknya. Dia menuju ke dalam tandas dan duduk dalam tab mandi. Air pancuran dibuka laju membasahi seluruh tubuhnya yang masih berpakaian.

Faris memejamkan mata. Setiap kenangan dia dan Maya bermain lagi di mindanya.

###

Aqilah berjalan lemah. Mukanya penat dan tidak berdaya tetapi dia tetap meneruskan perjalanan pulang. Bajunya yang basah kerana disimbah lopak air sudah mulai kering.

Sudahlah baju dia basah, di dalam bas tadi dia terpaksa berdiri kerana bas sarat dengan pengguna. Sudahnya, dia tetap berdiri sehinggalah tiba di perhentian bas di kawasan perumahannya.

Tambah lagi, dia perlu berjalan kaki pula. Hari ini tuah tidak berpihak pada dirinya. Sejak dari pagi, dia ketinggalan bas sehinggalah sekarang.

Sedang Aqilah berjalan sambil meratapi nasib malangnya hari ini, sebuah kereta Honda CRV berhenti di sebelahnya. Mati langkah Aqilah.

"Macam kenal kereta ni? Siapa pulaklah ni?," soal Aqilah sendiri. Tingkap kereta tersebut diturunkan, terpancul wajah Anuar.

"Hai Aqilah, eh Aqilah kenapa baju awak kotor dan lembap macam ni?," tanya Anuar risau.

Aqilah tersengih. Dia sendiri tidak tahu mahu cakap apa. Mesti dia dilabelkan sebagai pengotor oleh Anuar, yelah sudah besar tapi baju masih kotor.

' Jatuhlah saham aku depan dia nanti.Aduhai,' jerit hati Aqilah.

" Ouh, tadi ada kereta langgar saya kena lopak air. Tulah, hari ni tak berapa baiklah untuk saya," Aqilah menggaru - garu belakang kepalanya walaupun tidak gatal.

" Allah, kesian awak. Marilah saya hantar awak pulang, alang - alang kita sekali jalan ni," ajak Anuar,prihatin.

" Eh tak payahlah, susahkan awak je Nuar nak hantar saya. Sudahlah tadi pagi awak susahkan diri awak menghantar saya, ni nak bagi tumpang pula. Lagipun, dah dekat dah tu," tolak Aqilah bersungguh - sungguh. Segan pula rasanya padahal jantungnya sudah berkencang macam nak meletup.

" Ya Allah, tak ada apalah. Lagipun kita nj berjiran, lagi malu kalau saya tidak prihatin dengan jiran saya. Sudahlah nak senja, nanti apa - apa jadi dekat awak lagi susah. Bahaya tak kena masa," jelas Anuar. Aqilah terdiam.

Betul juga kata - kata Anuar. Bahaya tidak kena masa.

'Bahaya lagi kalau saya terjatuh dalam terus hati awak,' fikir Aqilah.

" Mari?," pelawa Anuar lagi.

" Baiklah," Aqilah setuju melihat kesungguhan dan keikhlasan Anuar mahu menolong dia.

" Minta maaf ya kalau kereta awak kotor sebab baju saya ni. Segan pula rasanya asyik menyusahkan awak hari ni," Aqilah tersengih malu.

" Biar kotor sofa, asalkan perempuan macam awak ni selamat dari sebarang bahaya," balas Anuar penuh lembut.

Aqilah merasakan dia sudah tidak mampu bernafas lagi. Walaupun kereta itu berhawa dingin, tetapi dia merasa dia memerlukan udara yang lebih kerana dada dia rasa mampat.

'Okay Anuar, awak dah buat saya betul - betul jatuh. Jatuh dalam sangat sampai saya tak tahu nak buat apa, " teriak Aqilah.

Aqilah terus memasuki rumah selepas dihantar pulang oleh Anuar. Bahagia menyelimuti hatinya sehinggakan dia berterusan tersenyum.

Hal itu mengundang pertanyaan kepada Puan Aishah. Sekilas, dia menyelak gerangan kereta yang berada di depan rumah mereka. Pelik, kerana kereta jiran depan rumahnya berada di depan rumahnya.

Puan Aishah cuba merungkai apa yang berlaku antara jirannya, Anuar dan anak perempuannya.

" Diorang ni ada apa - apa ke? Bercinta ke?," soal Puan Aishah sendirian. Dia mengukir senyuman nipis. Kalau benarlah segala persoalan dia, dia rela.

Lelaki sebaik Anuar, siapalah tidak mahu dijadikan menantu. Sifat yang ada pada Anuar sememangnya dambaan wanita.

Di dalam bilik, Aqilah berbaring menghadap siling. Dadanya naik turun cuba menstabilkan nafasnya yang hampir putus sebentar tadi.

Dia bangun dan menghadap cermin besar depannya. Puas dia membelek dirinya. Lama dia merenung cermin tersebut.

" Layakkah aku untuk berdampingan dengan orang sebaik kau Anuar? Dalam satu hari, kau ambil hati aku dan bawa pergi macam tu je. Kau memang jahat, sebab kau dah curi hati aku," bisik Aqilah.

Dia tersenyum gembira. Apakah yang ini dikatakan oleh orang ramai sebagai cinta? Andai bukan cinta yang dirasakan sekarang, apa pula rasa ini?

Yang pasti, dia rasa sangat bahagia dan gembira walaupun Anuar masih tidak tahu perasaannya. Terbayang wajah Anuar dan sifat kelakiannya yang mencuri tumpuan Aqilah.

' Mak, ayah. Kakak dah mula jatuh cinta. Macam mana ni?,' teriak Aqilah dalam hati. Dia terus kembali berbaring dan tergolek - golek di atas katil.

Ya, dia gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience