BAB 14

Romance Completed 9284

Aqilah mengemas segala barangannya. Menjelang esok dia akan pergi dari Semenanjung Malaysia untuk tiga tahun lamanya. Entah mengapa, dia tidak merasa gembira atau bahagia walhal inilah impian dia. Melanjutkan pelajaran untuk mencapai impiannya. Mengubah nasib hidup keluarganya.

Semalam, buat terakhir kali dia bertugas sebagai guru di tadika itu. Semua mengucapkan ribuan tahniah dan selamat jalan kepadanya. Namun begitu, setiap ucapan itu menghiris hatinya untuk meninggalkan kenangan di tempat dia mencari rezeki walaupun hanya sementara.

Masih dia ingat wajah sedih Akbar. Anak kecil itu berkali - kali menyuruh dia berhenti dari pergi. Puas dia pujuk namun tidak juga Akbar mahu menerimanya.

"Janganlah pergi cikgu. Jangan tinggalkan Akbar. Cikgu pergi sebab Akbar nakal ya, Akbar janji lepas ni Akbar tak nakal dah. Cikgu janganlah pergi," rayu Akbar. Airmata Akbar bercucuran laju saat mengetahui Aqilah akan berhenti.

"Cikgu bukan pergi saja - saja. Tapi, cikgu pun ada cita - cita macam Akbar. Cikgu tak pergi jauh. Cuma pergi Sabah je,"pujuk Aqilah. Dia mengelap airmata Akbar yang berjuraian. Wajah suci itu mencebik kerana kesedihan.

"Tapi nanti Akbar tak jumpa cikgu dah. Cikgu jangan lah pergi. Kalau cikgu pergi, cikgu tak sayang Akbar dah," rajuk Akbar. Dia berpusing dari memandang Aqilah.

"Janganlah macam ni sayang. Cikgu sayang Akbar. Kalau Akbar nak jumpa cikgu lagi, Akbar kena belajar rajin - rajin. Baru cikgu jumpa Akbar dan sayang Akbar banyak - banyak," Aqilah memeluk Akbar. Akbar menangis sambil memeluk Aqilah erat.

"Cikgu janji?," tanya Akbar.

"Cikgu janji sayang. Nanti Akbar telefon cikgu ya,"Aqilah mencium pipi gebu Akbar. Sekali lagi dia menarik Akbar ke dalam pelukannya.

Saat waktu pulang tiba, bayangan Faris tidak kelihatan. Aqilah mengeluh berat. Semenjak kejadian itu, bukan lagi Faris yang menjemput Akbar. Hanya bayangan Pak Hamid yang kelihatan.

"Tahniah cikgu. Pak Hamid yakin cikgu akan mencapai impian cikgu," ucap Pak Hamid. Aqilah tersenyum simpul.

"Terima kasih Pak Hamid. Doakan saya, doa Pak Hamid akan membantu saya. In shaa Allah," balas Aqilah.

"Bye cikgu. Akbar sayang cikgu," Akbar melambai kepada Aqilah. Bergenang airmata Akbar apatah lagi Aqilah.

"Bye sayang," Aqilah memberi ciuman di dahi Akbar.

"Ni bunga Akbar untuk cikgu," hulur Akbar. Aqilah ketawa.

"Nakal eh. Petik lagi bunga Cikgu Ara," Aqilah mengusap lembut ubun - ubun Akbar. Kereta yang dipandu Pak Hamid hilang dari pandangan mata.

Dia rindukan kehadiran Faris. Dia rindu setiap usikan Faris terhadap dirinya. Dia merindui semuanya. Sedar tak sedar, airmata Aqilah menitik perlahan.

"Aqilah," panggil Puan Aishah. Aqilah mengelap airmatanya dari pandangan maknya. Puan Aishah mengambil tempat di sisi Aqilah. Dia memegang tangan Aqilah.

"Usah sembunyi dari mak lagi. Mak tahu apa anak mak rasa. Walau macam mana pun Aqilah sembunyi mak tahu. Faris seorang yang baik. Mak pun tahu Aqilah pun suka dia tapi mulut tu berat nak mengaku.

Jangan diseksa perasaan tu. Kelak menyesal, merana hati dan jiwa. Jangan tipu diri nak, penipuan yang dibuat takkan menjamin semuanya. Luahkan semuanya," nasihat Puan Aishah. Pecah lagi airmata Aqilah. Dia memeluk maknya.

"Ni ada cincin dari Faris. Dia dah jumpa mak dengan ayah. Dia kata dia sanggup tunggu Aqilah. Lagi tiga tahun, apa pun keputusan Aqilah dia terima. Buat masa sekarang dia nak Aqilah tumpukan pada pelajaran dan impian yang Aqilah nak kejarkan. Dia akan tunggu Aqilah. Mak harap, Aqilah fikirlah baik - baik.

Dalam tempoh tiga tahun ni, cubalah cari di mana kebahagiaan itu. Mak dan ayah hanya nak anak - anak kami berjaya dan paling penting bahagia selamanya. Itu yang kami nak," bicara Puan Aishah.

Aqilah mengangguk. Benarlah kata orang, seorang mak sangat mengenali hati anak - anak mereka.

Deringan telefon menganggu tumpuan mereka. Nama Faris tertera selepas beberapa tidak menelefon Aqilah. Aqilah terkejut.

"Jawablah panggilan tu," suruh Puan Aishah. Dia mengusap lembut kepala Aqilah lalu berlalu keluar.

Aqilah berdeham dan mengelap airmatanya yang masih bersisa sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum," ucap Faris. Aqilah memejamkan matanya. Dia rindukan suara garau itu. Salam hanya dijawab dalam hati.

Hanya kedengaran nafas mereka yang menderu. Faris hanya termangu untuk berkata tetapi dia perlu luahkan juga.

"Saya doakan awak bahagia. Saya doakan awak capai apa yang awak impikan. Saya akan selalu berada dekat dengan awak walaupum awak tak nampak. Saya masih berpegang teguh pada janji saya," luah Faris.

"Aqilah, saya tahu awak masih dalam dilema. Tapi percayalah, saya benar - benar mahukan awak. Ambillah masa awak untuk berfikir, seperti saya kata. Andai hujung dunia perlu, saya tetap akan menunggu awak sehinggalah awak tak perlukan saya sekalipun.

Walaupun awak tak perlukan saya, saya akan tetap menunggu dan menunggu. Ketahuilah, inilah kebenarannya. Inilah kebenaran yang awak perlu tahu tentang saya. Saya pasti mak awak dah bagi cincin itu. Anggaplah itu tanda kasih saya untuk awak. Simpan dan jika nanti awak pulang pakailah.

Jika awak pakai, tandanya awak menerima saya. Sekiranya tiada di jari awak, saya mengertilah. Saya sangat sayangkan awak Aqilah, satu lagi janji saya buat awak," ucap Faris, syahdu.

Aqilah mengigit bibirnya agar tangisnya tidak kedengaran oleh Faris. Airmata yang mengalir meluncur laju ibarat air hujan yang lebat bercuraian.

"Jangan menangis sayang saya, saya nak awak pergi dengan tenang. Saya akan tunggu awak, Aqilah. I love you,"kata Faris.

Aqilah menarik nafas. Kali ini biarlah Faris mendengar tangisnya. Biarlah, dia mengaku kalah.

"Faris,"panggil Aqilah.

"Tunggu saya," lafaz Aqilah.

"Pasti, sayang,"balas Faris.

Beberapa saat, mereka menamatkan panggilan. Kotak baldu berwarna ungu itu dibuka. Sebuah cincin bertatahkan berlian berbentuk hati dipegang. Dibelakangnya tertera nama dia dan Faris dengan tulisan yang cantik.

Tidak berfikir lama, Aqilah menyarung cincin itu. Dia tidak mahu menipu lagi, inilah keputusannya.

Cuma, dia berharap Faris sabar menanti dirinya untuk tiga tahun lagi. Dia akan kembali kepada lelaki itu jika benar jodoh antara mereka begitu kuat.

Cincim yang tersemat cantik di jari manisnya diusap dan dicium. Sebegitu jugalah haruman yang sudah berkembang dalam hatinya.

"Saya sayang awak, Faris,"ucap Aqilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience