BAB 12

Romance Completed 9284

Faris meletakkan briefcasenya di atas mejanya. Seminggu semenjak dia meluahkan perasaan dia terhadap Aqilah, gadis itu menerima baik walaupun pada mulanya agak sukar dia mencuba.

Seperti Aqilah, Faris juga mencuba. Mengharapkan perhubungan mereka akan berjaya. Pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati Aqilah. Walaupun kadang kala Aqilah meragui, tetapi Faris tidak cepat melatah. Dia mahu gadis itu merasakan apa dia rasakan.

Faris menelefon Aqilah. Sama seperti pagi - pagi seminggu kebelakangan ini. Jika tidak berjumpa, pasti melalui telefon dia akan mendengar suara Aqilah. Dia mahu Aqilah tahu yang dia bersungguh - sungguh dan tiada niat mahu mempermainkan gadis itu.

"Awak dah sampai office?," tanya Aqilah dihujung talian.

"Sudah. Awak dah makan? Saya rindukan awak," luah Faris.

"Saya dah makan. Rindu? Yeke?," duga Aqilah. Dia bermain - main pen ditangan.

"Yelah, awak tu rindu ke tidak dekat saya ni," rajuk Faris.

Aqilah ketawa di hujung talian. Keraguan masih ada tetapi keletah Faris sedikit sebanyak mencuit hati perempuannya.

"Hahaha, mengada - ngada eh awak ni," omel Aqilah.

"Mengada - ngada pun dengan awak je," kata Faris.

"Ada je eh awak ni. Saya cakap sepatah awak balas sepuluh patah. Okaylah, awak kerja hati - hati. Jangan tak makan,"suruh Aqilah.

"Baiklah. Awak pun," sama seperti Aqilah, itu dari Faris.

"Aqilah,"panggil Faris sebelum tamat.

"Ya?,"

"Saya sayang awak," ucap Faris, perlahan dan syahdu. Aqilah mengigit bibirnya. Dia mahu membalas tapi dia masih tidak yakin dan belum bersedia.

"Okay awak, assalamualaikum," Aqilah segera menamatkan panggilan. Dia mengetuk dahinya dengan telefonnya.

Faris mengeluh berat. Dia harus bersabar dan menunggu waktu yang sesuai. Dalam hatinya, dia tidak putus berdoa.

"Awak Cik Aqilah ke?," tanya satu suara perempuan. Aqilah menoleh memandang gadis yang bertanya mengenai dirinya.

###

Tengah hari itu, Faris menelefon Aqilah namun tidak dijawab oleh gadis itu. Hairan dan pelik. Selalu kalau dia telefon Aqilah waktu begini pasti gadis itu menjawab.

Jam sudah menginjak ke angka dua belas empat puluh lima tengah hari, masih lagi panggilannya tidak bersambut. Dia risau sekiranya terjadi apa - apa pada Aqilah.

Faris segeta keluar dari pejabat dan menuju ke tempat kerja Aqilah. Semasa memandu, ingatannya terhadap Aqilah tidak luntur.

"Assalamualaikum," jerit Faris dari luar tadika apabila tiba. Dua tiga kali salam diberi barulah di jawab. Itupum dari pemilik tadika ini sendiri, Kak Ara.

"Ouh Encik Faris. Nak jemput Akbar ke? Tapi, Akbar dah balik dengan Pak Hamid," kata Kak Ara.

"Saya tahu. Saya bukan cari Akbar. Saya cari Cikgu Aqilah, dia ada tak?," tanya Faris.

"Ouh, Cikgu Aqilah ambil cuti hari ini. Katanya emergency leave. Tapi sebelum dia cuti, ada seseorang jumpa dia," ujar Kak Ara.

"Seseorang? Lelaki ke perempuan?," soal Faris, gusar. Kak Ara hanya tersenyum.

"Perempuan. Tak silap saya nama dia Maya kut, sebab dia yang bertanya kepada saya tentang Cikgu Aqilah," balas Kak Ara.

"Maya?,"bisik Faris perlahan.

"Okaylah, kalau tak ada apa - apa saya masuk dulu," Kak Ara berlalu masuk kerana ada kerja perlu dia selesaikan.

"Apa yang Maya nak sampai ke sini?," soal Faris dari dalam kereta. Dia menghentak stereng keretanya.

Semua tempat sudah dicari termasuklah rumah Aqilah sendiri. Namun begitu, Aqilah tetap tidak pulang lagi. Jejak Aqilah sukar dikesan kerana hilang begitu saja.

Usah kata menghantar mesej, apabila ditelefon tidak juga diangkat. Apa yang pasti telefon itu tidak tutup.

"Arghh," jerit Faris. Dia tidak tahu dimana lagi dia perlu mencari Aqilah.

Di KLCC, Aqilah berjalan kosong. Dia tidak tahu di mana arah tujuannya. Buat pertama kali dia memohon cuti dan paling teruk dengan alasan dia sakit walhal dia sihat walafiat.

Kedatangan seorang gadis yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Maya benar - benar menganggu fikirannya kini. Habis segala panggilan dari Faris tidak dijawan apatah lagi pesanan dari jejaka itu.

"Ya sayalah Cikgu Aqilah. Cik ni siapa ya?," soal Aqilah ramah dan mesra.

"Saya Maya, ex - girlfriend Faris," Maya memperkenalkan dirinya.

"Ouh, ada apa ya Cik Maya jumpa dengan saya," tanya Aqilah selepas menjemput Maya duduk di bangku luar memandangkan kanak - kanak mahu belajar.

"Saya tahu awak dengan Faris sekarang ada hubungan? Betul atau tidak?," soal Maya lagi.

"Saya dengan Encik Faris hanya kawan. Lagipun, Encik Faris merupakan salah satu bapa saudara kepada anak murid saya," jelas Aqilah. Dia cuba memaniskan muka.

"Saya nak awak tinggalkan dia. Saya tak boleh hidup tanpa Faris. Saya perlukan dia. So, I need you to leave him alone," pinta Maya.

Aqilah terdiam. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Melihatkan Maya merayu kepadanya, Aqilah menjadi lagi buntu.

"Tolonglah Aqilah. Saya tahu saya salah sebab tinggalkan dia. Tapi, saya sedar saya memang perlukan dia. I need him very much," rayu Maya lagi.

Melihatkan diri Maya, Aqilah jatuh simpati. Dia juga wanita seperti Maya. Dia tidak mahu dianggap perampas walaupun hakikatnya mereka berdua sudah berpisah lama.

Aqilah menjadi sendu mengenangkan peristiwa itu. Sehinggalah sekarang, keputusan belum juga diambil oleh dirinya. Tanpa Aqilah sedari, airmatanya menitik perlahan.

Dia mengusap airmatanya. Melihat tapak tangannya yang basah. Untuk apa airmata ini? Untuk apa ianya mengalir? Airmata ini kerana aku cintakan dia ke? Pelbagai soalan menjelma di fikiran Aqilah.

Deringan telefon kembali kedengaran. Masih juga nama Faris yang tertera. Sudah beratus kali lelaki itu menelefon dirinya. Serba salah mula dia terasa.

Aqilah menarik nafas berat. Sedar dia perlu berhadapan juga dengan masalah ini, Aqilah tekad masalah ini perlu disegerakan sebelum semuanya menjadi rumit.

Aqilah membuat panggilan kepada Faris. Tidak sampai beberapa saat, panggilannya bersambut.

"Awak pergi mana Aqilah?," tanya Faris kasar.

"Saya tak pergi mana," balas Aqilah dingin, sengaja mahu menyakiti hati Faris.

"We need to talk," ajak Faris.

"Yes, kita perlu berbincang. Saya tunggu awak di Taman Tasik Titiwangsa," Aqilah terus mematikan panggilan sebelum Faris sempat membalas.

Aqilah merenung skrin hitam telefonnya. Skrin telefon itu basah setelah rintik airmata Aqilah kembali hujan. Dia tidak mahu melepaskan semua ini tapi dia perlu akui, dia sangat tidak yakin dengan hubungan mereka.

Aqilah menarik nafas berat. Dia gagahkan juga kakinya untuk berjumpa dengan Faris. Biarlah semuanya berakhir dengan mudah. Itu harapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience