BAB 8

Romance Completed 9284

Hari itu berjalan seperti biasa sehinggalah sesuatu yang 'dingin' bakal berlaku. Aqilah seperti biasa selesai mengajar pada hari itu. Seperti biasa juga dia mengemas mana yang perlu.

Akbar juga seperti biasa menunggu di luar tadika dengan bermain di taman permainan. Cuma, yang berbeza kali ini apabila diberitahu oleh mamanya bahawa bapa saudaranya akan mengambil dia pulang. Dia berasa sangat riang sehinggakan hari ini dia terlebih gembira.

Aqilah memerhatikan Akbar dari luar jendela. Kelakuan Akbar yang ekstra gembira hari ini banyak menimbulkan tanda tanya. Dia mengambil keputusan untuk turut serta bermain bersama Akbar sebelum anak kecil itu diambil pulang sebentar lagi.

"Cikgu," jerit Akbar sambil melambai - lambai ke arah Aqilah setelah kelihatan cikgunya di taman.

Aqilah tersenyum simpul. Dia duduk di bangku berhampiran dengan taman permainan. Ralit dia memerhatikan Akbar.

Bunyi hon kereta yang kuat telah mengejutkan Aqilah dari lamunannya. Akbar dilihat berlari - lari mahu mengambilnya di dalam tadika. Aqilah tidak dapat melihat kereta yang hadir kerana dihalang oleh tembok.

"Kenapa bunyi hon Pak Hamid lain?,"soal Aqilah sendiri. Dia menuju ke pintu pagar. Matanya tertancap pada kereta dan dia menekup mulutnya.

'Kereta itu! Dia yang langgar aku seminggu lepas sampai basah lencun aku dibuatnya,' bentak Aqilah dalam hati.

"Awak,"marah Aqilah. Dia segera membuka pagar dan mahu menyerang pemilik kereta mewah itu.

Faris terkulat - kulat apabila di marah secara tiba - tiba. Dia mengerutkan dahinya.

"Awak yang langgar saya seminggu lepas. Langgar lopak air sampai basah lencun saya," serang Aqilah. Dia tidak pernah lupa pada kereta itu semenjak kejadian yang lepas.

Faris sekali lagi mengerutkan dahi. Cuba memproses tuduhan gadis yang mengatakan dirinya dilanggar oleh dirinya.

"Pardon?," tanya Faris. Aqilah menjulingkan matanya.

"Tak payah nak pardon sangatlah. Meh saya ingatkan, awak langgar saya tu dekat seberang sebelum masuk tadika ni minggu lepas. Masa tu awak bawak kereta macam jalan ni jalan awak tu," sindir Aqilah.

Faris cuba mengingati seminggu lepas. Dia akhirnya kembali teringat. Ya, memang benar dia ada melanggar seorang di bahu jalan, tapi dia tidak melihat dengan jelas siapa yang dia langgar.

"Sudahlah langgar kita, lepastu bukan nak mintak maaf. Tahu berhentikan kereta tu pun sekejap. Apa awak ingat hebat sangat ke langgar orang macam tu? Mentang - mentanglah pakai kereta mewah, kita ni jalan kaki je janganlah ingat nyawa kita ni senang - senang je nak dibuang," balas Aqilah bertubi - tubi.

Bila dia mengingati peristiwa itu, hatinya mula mengelegak panas. Kalau tidak disebabkan lelaki dihadapannya kini, dia tidak perlu menumpang Anuar dan meletakkan harapan pada lelaki itu.

"Woo, woo. Chopp chopp. Awak salah faham ni, saya bukan sengaja nak menunjuk kereta saya. Ya, saya mengaku saya memang langgar orang dan tidak minta maaf. Tapi, tuduhan awak tadi tu agak melampau," tepis Faris. Sudahlah cuaca dalam keadaan panas, tuduhan gadis ini memanaskan lagi hatinya.

"Yelah tu. Saya tahu sangatlah orang kaya macam awak ni. Tak sah kalau tak berlagak," ejek Aqilah lagi. Faris mula merasakan pipinya merah menahan kemarahan.

"Uncleee," jerit Akbar. Dia baru saja mahu membalas serangan gadis itu namun kehadiran Akbar mematikan niatnya.

"Uncle?," soal Aqilah dalam keadaan bingung. Akbar berlari melintasi dirinya dan memeluk lelaki asing itu.

"Cikgu, nilah uncle saya. Nama dia Faris," beritahu Akbar. Dia tersenyum bangga.

"Uncle, ingat tak cikgu yang Akbar cerita tu. Nilah cikgu yang baik dan cantik tu, nama cikgu ni Aqilah," kenal Akbar kepada Faris.

'Baik?,' Faris tersenyum sinis. Aqilah melihat senyuman Faris itu menjeling tajam.

"Baik? Tapi kenapa macam singa lapar?," perli Faris. Aqilah dilihat menahan marah sehingga merah kedua - dua belah pipi gadis itu.

Aqilah memeluk tubuhnya. Dia masih belum berpuas hati. Dia mahu melancarkan serangan kali kedua.

"Macam singa lapar lagi bagus dari buat salah tapi tak mintak maaf," balas Aqilah. Dia tersenyum kemenangan.

Berombak dada Faris dengan sikap keras kepala Aqilah. Nasib baik sahaja perempuan, kalau lelaki sudah dicincang lumat mulut itu.

"Uncle, singa lapar tu apa? Kenapa muka uncle macam marah?," tanya Akbar, bingung.

"Tak ada Akbar, dah jom kita balik," ajak Faris setelah mengambil beg anak buahnya dan letak di tempat duduk belakang.

"Kejap, nak salam cikgu," Akbar berlari menuju ke arah Aqilah lalu menyalam gurunya.

"Balik elok - elok. Jumpa esok," pesan Aqilah. Akbar mengangguk dan kembali ke kereta Faris. Tingkap dibuka lalu dilambai kepada Aqilah.

Aqilah membalas lambaian Akbar. Faris disebelah hanya dijeling dan terus dijeling. Kereta itu hilang dari pandangan Aqilah. Aqilah menghentak kakinya.

###

"Cikgu Akbar memang macam tu ke?," tanya Faris apabila mereka di dalam kereta.

"Macam apa?," soal Akbar balik.

"Garang macam tu?," balas Faris.

"Taklah, Cikgu Aqilah paling baik. Dia baik sangat. Dia tu baik sangat - sangat," puji Akbar, jujur.

"Ouh, yeke? Macam tak je," pancing Faris. Akbar mengerutkan dahinya.

"Uncle ni, dia baik tau. Dia selalu teman Akbar, Akbar tak suka uncle cakap cikgu macam tu," marah Akbar. Dia berpeluk tubuh melancarkan protes.

Faris pelik. Nampak gayanya, anak buahnya itu benar - benar sayang pada guru perempuan itu.

"Okay, okay. Uncle minta maaf. Uncle cuma tanya je," pujuk Faris. Akbar kembali seperti biasa.

"Cikgu Aqilahlah yang selalu teman Akbar. Dia ajar Akbar supaya buat baik,jadi anak soleh dan jangan benci mama dan papa walaupun mama dan papa selalu sibuk. Cikgu cakap, mama dan papa bukan saja - saja sibuk, tapi diorang nak cari duit belikan Akbar macam - macam. Sebab tu Akbar sayang sangat dekat Cikgu Aqilah," cerita Akbar. Dia hanya mengatakan yang jujur.

Faris mendengar dengan tekun. Andai benar apa yang Akbar cakap dan ceritakan, maka dia sudah salah mentafsir Aqilah. Sedangkan, gadis itu telah membentuk Akbar menjadi anak yang setia.

Dia mula akui salahnya yang dahulu. Mungkin benar, dia yang patut minta maaf dahulu. Kalau terkena pada orang lain, pasti mereka akan melakukan sama seperti Aqilah lakukan pada dirinya sebentar tadi.

"Uncle jangan ingat dia jahat. Tak baik," pesan Akbar. Dia menjegil pada bapa saudaranya itu. Faris hanya ketawa.

"Yelah, uncle minta maaf. Lapar tak?," tanya Faris. Akbar mengangguk laju.

"Nak makan apa?," soal Faris lagi.

"McDonalds," balas Akbar ceria. Dalam bayangannya sudah terbayang set Happy Meal kelak.

"McDonalds je. Patutlah tembam," ejak Faris. Akbar hanya endah tak endah. Dia menguatkan volum radio agar Faris tidak mengusik dia lagi.

Faris menggosok manja kepala anak buahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience