BAB 9

Romance Completed 9284

Hampir sebulan sudah berlalu. Dengar khabar, Anuar sudah selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya. Cuma, mereka belum tinggal bersama sehingga majlis resepsi tiba. Dan itulah yang keluar dari mulut Puan Aishah beberapa hari lalu. Perit, tetapi itulah yang harus diterima oleh Aqilah.

Hidup Aqilah masih seperti biasa. Masih berterusan selagi dia hidup. Kerjanya juga seperti biasa tetapi semenjak akhir - akhir ini bapa saudara anak muridnya, Akbar selalu mengambil Akbar ketika tamat kelas.

Yang paling membuat hati Aqilah panas ialah Faris seakan mahu mencari gaduh dengan dirinya. Dia masih bersabar walaupun saat itu mahu saja dia menghentam jejaka itu.

Namun begitu, memikirkan dia bekerja di sana untuk mencari rezeki dia tetap berdiam. Lagipula, apa pula kata majikannya jika dia berlaku kasar dengan pelanggannya.

Hari itu hari cuti. Hari Sabtu membuat Aqilah lega kerana dia mampu berehat setelah lima hari bekerja. Dia boleh berehat sepuas - puasnya. Itu hanya dalam mimpinya saja!

Ajak maknya untuk menghadiri majlis resepsi jiran hadapan rumahnya mematikan mood baiknya. Pelbagai alasan dia cuba berikan agar Puan Aishah mengerti namun gagal. Sekali dia tolak, beribu kali Puan Aishah paksa dirinya. Alasannya, jejaka itu jiran mereka dan pernah membantu dirinya ketika dia berada dalam kesusahan.

Mahu atau tidak, terpaksalah Aqilah menurut saja. Dia juga tidak mahu menjadi pengecut kerana seharusnya dia perlu berhadapan dengan masalahnya. Bukan lari.

Tiba saja di majlis resepsi itu, mereka sekelurga disambut dengan penyambut tetamu. Barangkali itu, saudara mara pihak lelaki memandangkan resepsi itu pihak lelaki punya.

Dewan itu sangat indah. Dihiasi dengan bunga - bungaan mawar yang segar dan harum disekeliling dewan. Di pertengahan jalan antara kiri dan kanan terdapat karpet merah yang memanjang menuju ke pelamin. Karpet itu juga dihiasi kelopak mawar berwarna merah dan putih menyambut kedatangan raja sehari nanti.

Pelamin pula dihiasi latar tabir belakang yang dipenuhi bunga mawar berwarna merah jambu lembut. Disekeliling pelamin itu ditambah lagi seri dengan kilauan kristal - kristal dan kaca yang cantik. Majlis itu kelihatan mewah dan elegan tetapi menekan unsur romantis.

Pedih, pedih yang teramat pedih. Itulah yang Aqilah rasakan. Tapi, dia harus bagaimana lagi. Dia tiada hak untuk memaksa Anuar menerima dirinya.

Apa yang nyata, dia hanya berangan dan akhirnya gigit jari saja. Kesal? Dia sendiri tidak tahu sama ada dia kesal atau tidak. Dia cuba belajar dari peristiwa pahit ini agar menjadi pedoman untuk dia terus tabah.

Semua hadir disitu bergembira untuk menyambut raja sehari mereka nanti. Dulu, dialah yang berharap seperti mereka. Tetapi, dialah juga berharap dia akan berdiri sebelah sang pengantin lelaki namun itu hanya angan - angan yang tidak tercapai.

Paluan kompang mengejutkan para hadirin. Pengumuman dari MC diiringi perarakan pengantin. Dimulai dengan flower girl yang menambur bunga dilaluan pengantin barulah diikuti dengan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Mata Aqilah mengiringi perjalanan pengantin dengan perasaan hiba. Dia memandang wajah bahagia Anuar. Jejaka itu telah selamat bergelar suami orang tersenyum gembira. Itulah senyuman yang dia harapkan selama ini tetapi bukanlah untuk dirinya lagi.

Patutlah Anuar tidak memilih dirinya. Suri hatinya sangat cantik bak bidadari. Sesuailah dan sepadanlah mereka. Yakinlah dia kini, dia harus segera berpaling. Mata yang digenangi air dikelipkan beberapa kali.

Puan Aishah mengusap perlahan tangan anak sulungnya. Aqilah mengerutkan dahi dan Puan Aishah hanya mengangguk dan tersenyum tipis.

Sedarlah Aqilah, maknya menyedari perasaannya kini. Malu, tetapi itulah hakikat ceritera cinta pertamanya. Aqilah hanya mendoakan agar Anuar dan isterinya akan terus bahagia selamanya.

###

Faris berkeliaran diserata pusat beli - belah itu. Mindanya kosong ekoran kesunyian yang dia rasakan ketika itu. Hampir kesemua kedai sudah dia jelajahi tetapi tiada satu yang berkenan dihatinya.

Akhirnya, Faris mengambil keputusan untuk bersantai di sebuah kafe memandangkan dia terasa haus. Dia selesai membuat pesanan.

Telefon pintarnya dibuka dan dilihat. Tiada sebarang pesanan dari sesiapa untuk dirinya. Dilog kunci kembali telefon itu.

Pesanannya tiba. Kopi yang panas itu menyerbu masuk ke ruang rongga hidupnya. Wangi dan aromatik. Faris menghirup sedikit.

Pengunjung yang lalu lalang dipandang sepi. Dia teringat kepada gadis yang mengajar Akbar. Semalam dia terjumpa Aqilah di majlis resepsi Anuar. Dia turut hadir memandangkan Anuar ialah senior dia semasa dia di universiti dulu.

Mahu saja dia menegur gadis itu kerana dia masih belum puas membuat gadis itu sakit hati. Wajah gadis itu semalam mematikan niatnya. Aqilah kelihatan sangat sedih dan hiba tambah - tambah lagi bila melihat pengantin.

Jika benarlah apa yang dia sangka selama ini, beerti tepatlah. Aqilah mempunyai perasaan terhadap Anuar. Cuma, yang menganggu fikirannya ialah siapa Aqilah dengan Anuar? Macam mana mereka boleh berkenalan? Itu yang lebih mengasak fikirannya.

"Hai," tegur satu suara lembut.

Faris kelu. Maya!

"Yes, its me," seakan mengerti. Maya mengambil tempat di hadapan Faris. Senyuman manis diberikan kepada Faris.

"What are you doing here?," tanya Faris dingin. Mati terus mood dia untuk berada di situ.

"Well, I spend time I dengan shopping je hari ni. Tapi, tak sangka nampak you dekat sini, " balas Maya riang.

Sepi dari Faris. Tiba - tiba, Maya meraih tangan Faris. Faris terkejut lalu menepis.

"You buat apa ni Maya?,"marah Faris.

"I nak minta maaf. I sedar I still cintakan you. Please forgive me. I begging you. I nak kita balik macam dulu and continue what we have done," pinta Maya.

"Are you forget? You lupa apa you buat dekat I? You nak I ingatkan untuk you ke?," sindir Faris.

Maya meneguk air liurnya. Dia tahu dia salah tapi kesalahan itulah yang membuatkan dia mahu memperbetulkan semuanya kembali.

"Sakit hati I Maya bila you tinggalkan I masa hari bahagia kita. Know what? Yang paling teruk I nampak you keluar dengan lelaki lain. Mesra pulak tu, you rasa apa perasaan I?," luah Faris.

"I'm so sorry. I tahu I salah, tapi I masih sayangkan you. I still do love you," balas Maya. Dia berasa sungguh kesal dengan apa yang dia pernah lakukan terhadap Faris.

"Maaf you tak akan ubah apa - apa pun Maya. Luka yang you buat takkan mampu perbetulkan semuanya," Faris menamatkan bicaranya. Dia mengeluarkan not RM 50 di atas meja sebelum berlalu pergi.

Maya ditinggalkan terkulat - kulat. Mana mungkin dia melupakan semuanya semudah itu. Hakikatnya, dia juga manusia. Manusia yang berperasaan paling tidak pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience