BAB 13

Romance Completed 9284

Faris menunggu Aqilah dengan sabar. Beberapa jam yang lepas dia seperti orang sasau yang mencari sesuatu bagai nak rak. Beratus panggilan dia buat, berpuluh pesanan dihantar tetapi tidak juga dibalas oleh Aqilah.

Nasib baik, gadis itu tetap menjawab walaupun sudah membuat dia separuh mati mencari dirinya. Bayangan Aqilah tetap tidak kunjung tiba. Faris masih menunggu dengan penuh kesabaran.

Sebelum Aqilah menjawab panggilannya, dia menjumpai Maya. Dia perlu membuat perhitungan antara mereka.

"Kenapa you jumpa Aqilah?," soal Faris. Dia menepuk meja kerja Maya.

"So, budak tu mengadu. I ingat nampak polos tapi rupanya,"

"Shut up! You tak kenal dia baik you jangan cakap apa. Majikan tadika tu bagitahu I," lantang Faris membalas.

"So, do you know her more? You kenal ke perempuan tu dalam waktu yang cepat. I kenal you Ris, you takkan semudahnya lupakan I," kata Maya.

"Yes, it is true. Tapi sejak I kenal dia, I tak pernah ingat you for every second pun. Sekurangnya, dia tetap tak curang dengan I walaupun dia terima I dengan hati yang teragak - agak," balas Faris. Terkebil - kebil Maya mendengar kata Faris berbaur sindiran tu.

"Faris, please give me one more chance. I akan usaha dan jadi lebih baik dari sekarang. I really can't live wothout you," ujar Maya. Dia cuba meraih tangan Faris namun ditepis kasar.

"Sekali dah cukup Maya. For eight years, we used together tapi you yang buang I dulu. I dah tawar hati or exactly I memang dah tak rasa apa untuk you. For me, Aqilah is my future. I yang pilih dia. Dia yang I mahukan. And you, you should move on.

Kalau dulu you tinggalkan I dengan mudah kenapa sekarang tak boleh? And now, bila I dah jumpa yang baik untuk I you senang - senang nak robohkan. Now, I will never let you do it. Even, kalau I tak jadi dengan Aqilah pun, I takkan balik dekat you. Enough Maya, let's just stop here," Faris mahu berlalu pergi.

"Do you really love her?," soal Maya yang sudah sebak. Faris berpaling dan memandang Maya dengan pandangan kosong tanpa harapan buat wanita itu.

"Yes, I really do love her. So much. More than I love you before this. So, please just move on. You carilah bahagia you Maya, I cari bahagia I. We are not meant together. Kalau I boleh terima, why not you," selesai berbicara Faris berlalu keluar. Meninggalkan Maya yang sudah berlagu sendu.

Maya menekup mukanya. Kecewanya bukan kepalang. Kekesalan menggunung dalam dirinya. Dahulu, dia hanya nampak permata tanpa mengira itu permata tiruan atau tidak. Kini, bila dia sedar permata itu sudah dimiliki oleh orang lain. Yang jauh lebih baik dari dirinya dan paling penting lagi pandai menilai.

"Assalamualaikum," Aqilah berdiri di hadapan Faris. Dia tidak memandang pun wajah lelaki itu. Dia tidak mahu Faris nampak matanya yang sembab di balik kaca matanya.

"Aqilah," seru Faris.

"Mana awak pergi, saya cari awak satu KL ni. Where have you been? Tell me," desak Faris. Dia mencari anak mata Aqilah yang cuba diselindungkan.

"Awak, let's just stop here. Saya rasa hubungan kita takkan berjaya,"kata Aqilah dalam suara serak. Faris memandang Aqilah tajam.

"Pandang saya, kenapa awak nak putuskan semuanya? Jangan cakap sebab waktu kita kenal terlalu pendek. Kalau itu alasannya saya takkan terima," tolak Faris. Dia bercekak pinggang dan menghadap ke arah lain.

"Just stop Faris. I can't afford it anymore. Awak pun tak cintakan saya, buat apa lagi kita nak teruskan percubaan ni," jerit Aqilah. Dia memejamkan matanya sambil menahan dada yang berombak ganas.

"Siapa kata saya tak cintakan awak. Saya cintakan awak," balas Faris pula sambil menjerit. Aqilah terkedu.

"Saya dah mula sayangkan awak. Saya dah mula rasakan cinta pada awak. Mana mungkin saya nak biarkan awak pergi begitu saja," luah Faris.

"Awak yakin itu cinta? Atau itu hanyalah bayangan sebab awak terbayang - bayang saat indah awak dengan Maya dulu?," sinis soalan Aqilah. Dia cuba menolak hakikat yang Faris katakan.

"Kenapa awak susah sangat nak percaya Aqilah? Kenapa? Apa salah saya? Salah ke saya nak ada perasaan buat awak?," tanya Faris bertubi - tubi.

Aqilah menangis sambil menekup muka. Dia kehilangan kata - kata. Dia tidak tahu lagi harus bagaimana.

"Awak tak faham Faris. Awak tak faham," Aqilah cuba membuat Faris mengerti isi hatinya.

"Apa yang saya tak faham? Bagitahu saya,"pinta Faris. Dia mendekati Aqilah apabila gadis itu mula menjauh.

"Saya tak ada apa - apa Faris. Saya tak layak untuk awak. Awak boleh dapat yang lebih baik dari saya. Tu, Maya dah lama tunggu awak. Berilah dia satu lagi peluang," Aqilah menolak lagi.

"Ni, saya akan melanjutkan pelajaran saya. Saya tak jamin awak akan mampu tunggu saya, dan saya tak yakin yang kita akan berjaya," Aqilah menunjukkan surat tawaran yang diperolehnya.

"Saya tak pernah minta apa - apa dari awak Aqilah. Saya tak pernah pandang kecantikan atau kekurangan awak. Cukuplah saya minta dari awak untuk rasa apa saya rasa dan saya tahu awak rasa apa saya rasa. Kalaulah itu alasan awak, sebab awak tak ada apa - apa dan ingin melanjutkan pelajaran awak yang menipu diri awak sendiri," balas Faris.

"Saya akan tunggu awak Aqilah kalau pun hujung dunia sekalipun. Perasaan saya sudah ada untuk awak, saya akan tunggu jawapan dari awak. Kalau awak menjauh, saya akan dekat dengan awak.

Beribu kali awak tolak saya, berjuta kali saya akan menuju kepada awak. Beribu kali awak buang saya, berjuta kali saya akan kembali pada awak. Itu janji saya Aqilah. Dan saya tidak akan mengaku kalah macam tu je Aqilah. Ini janji saya," janji Faris.

"Awak terlalu yakin. Saya tak nak awak kecewa dan seandainya awak kecewa, saya minta maaf," mohon Aqilah. Dia berlalu pergi namun tangannya diraih Faris.

"Saya hantar awak balik and please, just listen to me," arah Faris. Sepanjang mereka dalam kereta, hanya sepi yang menyelubungi. Mereka tiba di destinasi yang dituju.

"Saya masih dengan janji saya yang tadi. Awak halanglah macam mana tapi saya tetap berpegang pada janji saya, " luah Faris. Dia hanya memandang cermin hadapan.

"Terima kasih. Assalamualaikum," ucap Aqilah. Di biliknya, kereta Faris masih tidak berlalu walaupun sudah beberapa minit dia keluar dari kereta itu.

Mata Aqilah tetap setia memandang kereta itu sehinggalah Faris hilang beberapa minit kemudian. Aqilah kembali menangis.

"Saya pun sayangkan awak,"jujur Aqilah melafazkan. Tetapi sayang, bukanlah dihadapan Faris ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience