BAB 2

Romance Completed 9284

Kringggg!

Jam loceng yang terletak elok bergegar di atas meja. Untuk beberapa minit jam itu tetap berbunyi menandakan waktu yang dikunci sudah tiba. Tetapi,tiada tanda - tanda pemilik jam tersebut mahu mematikan alarmnya.

Aqilah masih berselimut di atas katil malah dia menarik lagi ke atas selimut sehingga menutupi satu badannya. Bunyi jam yang membingitkan membuat dia berdecit.

"Aduh,bising betullah. Orang nak tidur pun susah," rungut Aqilah. Mahu atau tidak dia mencapai jam dan anak matanya melihat jarum jam yang berputar pada waktu sepatutnya.

"Baru tujuh," matanya yang rabun samar - samar memandang jarum jam yang kekal pada angka tujuh. Dia kembali menyelimut dirinya.

'Dah pukul tujuh?!,' mata Aqilah kembali terbuka. Kali ini terbuka seluas - luasnya.

"Ya Allah, aku dah lambatt,"jerit Aqilah. Dia bangun dengan cepat dalam keadaan yang rambut menggerbang lalu menuju ke bilik air.

Dua puluh minit kemudian, dia kembali keluar dengan tuala yang diikat separuh menutupi pinggang hingga ke bawah. Dia membuka almari dan memilih baju yang sudah dia siapkan.

Nasib baiklah dia 'bercuti' hari ini, tidak perlulah dia menunaikan solat Subuh yang sudah terlajak.

Dalam masa lima minit, dia sudah siap memakai baju kurung yang sudah dia gosok semalam. Rambutnya yang panjang separas pinggang diikat menjadi sanggul sebelum memakai tudung yang juga sudah dia gosok.

Selesai bersiap, dia memakai alat wajib bagi dirinya. Cermin mata besar yang membantu dia melihat dengan lebih jelas dan padu.

Dengan lafaz basmallah, dia segera menuju ke bawah dengan terkocoh - kocoh memandangkan sudah pukul tujuh tiga puluh minit pagi.

Aqilah memarahi dirinya dalam hati kerana kecuaian dan kelewatan pada hari ini. Nasib baiklah tadika tempat dia bekerja buka pada pukul lapan tiga puluh pagi.

Memanglah dia mempunyai lagi sejam, tetapi dia perlu menunggu bas menuju ke pekan sebelum tiba di tempat kerjanya.

"Mak, orang pergi dulu. Dah lambat ni," jerit Aqilah sambil berlari anak ke pintu tetapi langkahnya kembali menuju ke dapur.

"Hei, mai sini dulu. Jamah air ni," arah Puan Aishah. Dia tahu anaknya sudah lambat. Semasa dia sedang menyediakan sarapan lagi bunyi jam milik anaknya menyinggah ke telinganya.

Malas dia mahu berteriak kerana memang perangai Aqilah begitu. Dia sedia tahu,jika anak gadisnya itu tidur, letaklah bom belum tentu sedarnya.

"Tu lah,lambat lagi. Mak dah pesan jangan tidur lewat, ni tak sibuk sangat layan cerita Korea tu. Tengok sekarang, cerita Korea ke mana, kau dah kemana," bebel Puan Aishah. Dia memberi sebuah beg kertas mengandungi bekal untuk anaknya.

"Hehe, okaylah mak. Orang pergi dulu, terima kasih mak. Assalamualaikum, " usai menyisip air teh dan memeluk maknya, Aqilah terus berlalu ke tempat kerja.

Setibanya dia di perhentian bas, bas yang membawa dia ketempat kerja sudah bergerak jauh. Jauh hilang dari pandangan matanya.

Aqilah tergamam disitu. Serasa mahu menangis. Dia mahu mahu minta tolong siapa, mahu minta tolong ayahnya kesian pula ayahnya pasti penat mahu berulang mengambil dia dari tempat kerja dan kembali ke tempat kerja.

Airmatanya mula menitik satu persatu. Dalam hatinya, dia sambung memarahi dirinya. Dia mengambil tempat di perhentian bas sebelum menangis perlahan.

"Tulah kau, kan dah lambat. Kau baru kerja dua bulan je dah tertinggal bas. Bangun lambat lagi. Tulah mak pesan tidur awal kau degil," marah Aqilah.

Tiba - tiba pesanan maknya yang selalu dia buat endah tak endah, menjadi kenyataan. Kini,tiada siapa dapat membantunya.

Sebuah kereta Honda CRV berhenti depannya. Aqilah mengangkat muka memandang wajah seorang lelaki yang turut sama memandangnya.

"Awak kenapa Aqilah?," tanya suara garau itu. Dia. Dia ialah jiran duduk di hadapan rumahnya. Wajah manisnya selalu mencuri tumpuannya jika terserempak. Sudahlah manis, ramah pula tu. Berbudi bahasa dengan mak ayahnya. Boleh jadi menantu ni.

"Eh Encik Anuar," Aqilah menyapu airmatanya yang bersisa dipipinya.

"Saya tertinggal bas untuk ke tempat kerja," sendu sahaja Aqilah membalas. Wajahnya kosong tidak tahu mahu berbuat apa.

"Mari saya hantarkan Aqilah," pelawa Anuar. Aqilah tersentak.

"Eh tak apalah encik, menyusahkan encik saja," Aqilah menolak. Dia tidak mahu kesalahannya menjadi beban orang lain.

"Eh tak mengapa, lagipun kita sama mahu menuju ke tempat kerja. Mari, sebelum terlambat," ajak Anuar lagi.

Aqilah serba salah. Namun begitu, memikirkan dia sudah lewat dia terima sahaja pelawaan jirannya itu.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Aqilah menjadi kekok walaupun radio terbuka. Wangian dari Anuar benar - benar membuat dia sesak.

"Terima kasihlah Encik Anuar tumpangkan saya, saya tak tahu nak balas dengan apa," ucap Aqilah. Dia memandang ke depan kerana segan mahu bertentang mata dengab jejaka di sebelahnya.

Kedengaran tawa kecil meletus. Bagai di sorong bantal, Aqilah terpegun dengan tawa itu. Walaupun sekejap, tetapi tawa itu ibarat sungai yang berderu nyaman.

'Astagafirullahalazim, apa kau ni Aqilah. Tak sama langsung perumpamaan tu,' bisik Aqilah nakal.

"Tak payah nak berterima kasih. Lagipun kita berjirankan, tak akanlah saya nak tengok je jiran saya dalam kesusahan," lembut Anuar membalas.

Aqilah merasakan dia diawang - awangan mendengar suara lembut tetapi penuh kejantanan milik Anuar.

"Lagi satu, tak payahlah nak berencik - encik dengan saya. Panggil Nuar saja," pinta Anuar.

Lagilah terkebil - kebil Aqilah dibuatnya. Dia mula berangan membayangkan yang bukan - bukan namun segera dia sedarkan diri.

Sepuluh minit kemudian, mereka tiba di tadika tempat Aqilah bekerja.

"Terima kasih encik,eh Nuar. Saya terhutang budi dengan awak, hanya Allah yang mampu membalas pertolongan awak hari ni," ucap Aqilah.

"Sama - sama,have a nice day," balas Anuar.

"You too," usai membalas Aqilah keluar.

Kereta Anuar hilang tetapi Aqilah masih berdiri di situ. Tersengih - sengih bila membayangkan apa yang berlaku.

Dia mengerling jam. Lagi lima belas minit jam mahu menginjak ke angka lapan tiga puluh minit pagi.

"Alamak, lagi lima belas minit je. Dah lambat," Aqilah segera memasuki tadika yang sudah dipenuhi oleh kanak - kanak comel.

Dalam hati dia sempat berdoa agar dia akan dipertemukan lagi dengan Anuar.

Gatal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience