Bab 4

Romance Series 4504

Bab 4

Sebal dia. Jengkel dia. Huh! Kenapa dalam ramai-ramai lelaki berkarier dan ganteng hanya Zainal atau sering memanggil nama panggilan Jainal yang menggodanya. Mujur sebaris gigi putih bersih itu terletak indah sudah mengalahkan panahan mata si bintang gigi jenama Darlie.

“Baru sampai ke Saleha?” Mengerdip senyum Zainal, menatap raut wajah Siti Saleha sudah mengendur seri pagi.

Dia mencemik wajah tak suka melayan lelaki berkaca mata tebal itu. Lantas dua pintu lif ternganga luas mempelawa jasad bernyawa masuk ke dalam bongkah mesin bergerak itu. Sepasang kakinya melangkah masuk ke dalam. Laju. Berhimpit-himpit. Berkalih ke kiri perempuan India bertubuh besar. Bau harum kari pula menerpa ke hidungnya. Berkalih lagi ke kanan, lelaki Cina tinggi lampai sedang bercakap-cakap dalam telefon. Berkalih sedikit lagi persis berada di bawah ketiak lelaki berbau semacam. Yuck!

Hidungnya bergerak-gerak terhidu bau semacam. Sepasang matanya melirik-pandang-lihat mencari punca bau aneh itu. Wajahnya bergurat garis kasar melihat tahi burung tepat pada bahu lelaki yang berdiri di depannya. Dia malah memejam sepasang kelopak mata sudah tidak bisa melawan arus bau dan dugaan bersama orang-orang yang pelik.

Aduhai hati. Tetapi tidak sepelik Zainal yang terus menatap senyum ke arahnya dari sudut lif itu. Sudah setimbang dengan wajah-senyum-sengih Spongebob Squarepaint. Dan dia terus menyabarkan diri menikmati indahnya pagi itu dengan susah payah.

Lif itu berhenti dan terbuka di tingkat 10, lalu empat orang dari lif itu keluar hanya tersisa dirinya, Zainal dan perempuan India itu. Siti Saleha hanya diam membisu, memandang lampu kelap-kelip di atas hingga membawa mereka ke tingkat 20. Lantas dia berkalih kepada perempuan India itu sedang menguyah sirih seawal pagi itu. Memakai seragam pakaian pencuci bangunan lalu meleretkan senyuman, mempamerkan sebaris gigi merah dek air sirih yang dikunyahnya.

Dia membalas senyuman itu dengan tawar hati. Siti Saleha menarik nafas dalam-dalam menyabarkan diri. Jangan pandang kiri. Jangan pandang kanan. Hanya ke depan dan maju terus hingga berjaya mencecah kaki ke dalam pejabat. Jangan pandang ke mana-mana kalau tidak ingin aktiviti paranormal tidak jelas dalam lif itu, membuat dia digempa dengan ketegangan. Mahunya bukan pitam ketakutan. Malah muntah-muntah kegelian.

Ting! Akhirnya tingkat 20 sampai juga. Terasa jauh perjalanannya hanya ingin sampai ke tingkat 20. Sepasang kaki berjalan laju. Lebih laju lagi Zainal membuntutinya. Sudahnya mereka berdua bagai peserta lumba kaki atlit ingin sampai ke garisan penamat. Sampai di muka pintu, tercungap-cungap nafasnya bagai dikejar pencuri. Belum dia menolak pintu pejabat. Zainal sudah terlebih dahulu mencapainya. Lantas memberikan laluan kepada dia yang jelas tidak ingin diperlakukan istimewa oleh lelaki itu.

“Eh! Aku kan dah kata jangan ganggu akulah. Kau tak faham bahasa ke? Menyampahlah aku.” Siti Saleha mengherdik. Zainal terus mempamerkan sebaris gigi putih berseri. Bagai tiada perasaan meskipun dimarah dengan bahasa paling mudah. Betapa kebalnya imun lelaki ini sama sekali tidak tersinggung-sakit-luka terhadap sikapnya.

Lantas Julie, penyambut tetamu kecil molek itu menyembunyikan senyum saat Zainal tidak meningkah meskipun dimarah. Siti Saleha yang sudah merengus kesal. Mendesah panjang. Belum mula bekerja, otaknya berserabut letih melayan manusia-manusia pelik di sekelilingnya.

“Tapi.. tapi Saleha saya ingin ajak awak bersarapan sama. Ini saya ada bawa bekal popia basah kesukaan awak. Mak saya yang buat pagi tadi. Ambillah. Ambil.” Senyum lagi Zainal, mempamerkan sebaris gigi. Mengunjuk bekas plastik yang dikeluarkan dari tas kerja kulit yang dijinjingnya.

Lantas dia berkalih ke meja Julie. Laju gadis itu membuat kerjanya sendiri. Hmm.. macamlah dia tidak faham. Sampaikan terbang melayang kertas berselerak di atas meja penyambut tetamu itu. Boleh pula menyembunyikan senyuman imut Julie sembari berkalih kepadanya.

Dia berkalih lagi kepada Zainal yang sedang senyum tunduk berulang kali. Malu-malu kucing pula. Walhal perangai tak tahu malu, masih ada hati ingin memberinya sarapan. Sudah berapa kali dia jelaskan bahawa dia tidak ada hati dengan lelaki itu. Pikatlah hatinya bermacam cara. Kuih, kopi, bunga, intan, emas harta tetapi bukan daripada lelaki itu. Mustahil. Mission imposibble!

“Pleaselah Jainal. Aku tak nak. Tak nak lah.”

Dia bercekak pinggang. Dia merengus marah. Menjengil sepasang matanya. Lalu berjalan begitu sahaja di depan Zainal. Layu kulai lelaki itu dipandang sebelah mata. Kalau orang tak hendak, seribu kali daya pun tak mungkin dia ingin. Nasib badanlah Zainal.

**

SITI NURBAYA menekan kunci kereta otomatiknya lalu menggendeng beg kerja di atas bahu kiri. Lantas dia memeriksa gaya rambutnya yang mirip penyanyi pujaannya The Virgin ala Mitha itu pada cermin sisi depan keretanya. Badannya separuh membongkok, menggunakan jari-jemarinya sebagai sikat kepada rambut di atasnya. Ditarik-kepak-sisir rambut yang digayakan dengan pewarna duo highlight rambut.

Sembari dia membongkok badan mengemaskan gaya rambutnya, tiba-tiba saja satu tamparan padu cukup berat melempeng di bahunya. Tersungkur dia di atas tanah. Terjatuh beg kerjanya dari atas bahu. Menggaris tandan dahinya sudah bertingkat. Menerbangkan semangat paginya sepantas jaringan cahaya suria pagi itu.

“Kur semangat!” Siti Nurbaya mengurut-ngurut dadanya. Menggeleng rengus tidak berkenan dengan cara Marlia menyapanya.

Gadis bertubuh pendek gempal itu sedang memasang wajah cemberut-sedih- kecewa sambil memegang tisu. Menyeka satu dua derai air mata yang sudah jatuh bergulir di atas pipi montel Marlia. Mengenakan sepasang baju kurung hitam putih bercorak floral membuat dia semakin berkerut dahi.

“Hai Marlia, bukankah kau tu alah dengan baju kurung. Mana pergi baju yang tidak cukup kain tu. Sudah buang tabiat ke?” Siti Nurbaya bangkit dari atas tanah itu, mencapai beg kerjanya kembali. Dia mengibar-ngibar belakang bajunya lalu membetulkan kembali pakaiannya.

“Aku tengah sedih ni Tiya tahu tak?” Merengek-cemik-sedih muka Marlia sambil menyeka air mata. Hinggakan pejalan-pejalan kaki di luar sana memerhati mereka bagai mempunyai masalah di antara mereka.

Datang seorang lelaki India, penjaga parking sudah menyerahkan resit kepada Siti Nurbaya. Keluasan tanah kosong itu dijadikan tempat letak kereta yang boleh menampung 100 buah kenderaan dalam satu masa. Tanah kosong begini pun sudah menghasilkan pendapatan cukup lumayan.

“Adik kenapa nangis? Gaduhkah?” Lelaki India penjaga parking pula ikut campur. Mengenakan sepasang pakaian seragam dengan tanda nama syarikat MauDuit Parking Sdn Bhd. Bertubuh kurus dengan kulit hitam minyak menampakkan kedua biji mata dan sebaris gigi putih bersih.

“Alaa brother ni tetiba pula jadi badan kebajikan. Nak tahu saja hal orang.” Tangan kanan Siti Nurbaya meraup sebelah wajahnya menyembunyikan ucapannya separuh berbisik.

Namun pertanyaan lelaki India itu bagai seorang abang kepada Marlia ditanggapi dengan tangisan anak kecil yang tidak mendapat lolipopnya. Pecah-sumbang-berterabur suara tangisan Marlia tersengguk-sengguk di depan mereka.

Siti Nurbaya menarik nafas dalam-dalam. Menelan air liur juga terasa payah. Apatah lagi melihat teman baik satu pejabatnya itu tiba-tiba sahaja membuat sinetron awal pagi itu.

“Ayoyooo.. adik jangan nangis-nangis. Kalau ada problem, mari bincang sama boyfriend. Awak kalau ada problem, mari duduk sama adik manis. Sama-sama cerita kasih selesai itu problem.” Cukup perhatian bicara kata lelaki India memakai tag nama Padayappa. Terbersit wajah pelakon Rajnikanth yang menyilang tangan ke atas bagai angin dalam filem Tamil box office suatu waktu dulu.

Tatapan Padayappa masih mencerun pandang kepadanya. Marlia pula tersengguk-sengguk menangis melayan kesedihan yang masih belum dia ketahui hujung pangkalnya. Geleng-geleng kepala Padayappa memujuk Marlia supaya jangan menangis. Angguk-angguk kepala Marlia memakan pujukan lelaki kurus-pendek-bongkok itu. Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Ayooo.. adik cinta punya hal banyak senang boleh settle.” Lantas Padayappa mengiringi Marlia yang masih tersedu-sedan ke tepi pondok kecilnya sebagai mini pejabat mempunyai satu kerusi kayu panjang.

Entah mengapa dia juga akur dengan kehendak Padayappa sekadar membuntuti mereka. Dikerling jam di tangan sudah menunjukkan penggera merah harus masuk segera ke pejabat. Kalau tidak merah lagi kad kedatangan pekerjanya kali ini.

Marlia sudah duduk di atas kerusi panjang itu. Dia pula hanya memerhati lagak Marlia yang membuat cerita sedih di pagi ceria. Lantas dia berpeluk tubuh, menghela nafas panjang. Saat berkalih kepada Padayappa, lelaki itu pula mencerun pandang cukup tajam. Setajam misai tipis Rajnikanth di dalam filem tamilnya.

“Adik.. apa tunggu lagi. Berdiri tara guna, mesti duduk pujuk ini adik manyak manis. Cup.. cup..cup jangan nangis adik manis. Ini boyfriend adik mesti punya pujuk.”

Huh! Telinganya berdesing semacam. Sepasang matanya menjengil besar. Tandan dahinya berkerut tingkat. Aku? Boyfriend? Banyak cantik punya boyfriend. Baru dia ingin membuka mulut semakin melengking tangisan Marlia membuat telinganya tidak bisa menahan lama di situ.

“Apa tunggu lagi, adik. Tara kasihankah sama awak punya kekasih. Selesai baik-baik.” Membongkok-bongkok tubuh Padayappa bergerak. Mengibar-ngibar tangan lelaki itu berbahasa tubuh. Sedangkan dia ingin berteriak dek salah faham itu.

“Ayoyoooo. Anna (abang) ini perempuan bukan saya punya girlfriendlah. Apa kau ingat aku ini lesbian apa? Mentang-mentang gaya aku yo boyish stylo main serkap jarang pula dia. Aku ni perempuanlah.” Menceceh dia depan lelaki India itu berkerut dahi menatapnya. Mempamerkan wajah penasaran dengan ucapannya.

“Ayoo thambi (adik) saya ingat ini adik manis awak punya girlfriend. Saya mana tahu thambi (adik) juga perempuan. Saya tidak nampak itu perempuan sama awak?” Tunggang-langgang bahasa Melayu Padayappa berbicara kata dengannya. Meski demikian dia cukup faham apa yang ingin disampaikan.

Lantas Siti Nurbaya memberi satu dua kata kepada Marlia sama ada ingin duduk dipujuk menangis oleh Padayappa atau sekarang ini juga dia angkat kaki dari situ tanpa gadis itu. Sebelum banyak lagi aksi luar biasa dari Marlia dan Padayappa tak sanggup disaksikannya lebih baik dia menyusun langkahnya. Laju Marlia bangkit.

“Kalau iya pun bersihkanlah wajah tu. Karang ada pula kata aku buat serangan seksual. Kau ini yang menangis tak henti-henti ini apasal?” Siti Nurbaya mencari tisu dari beg kerjanya. Lalu dihulur kepada gadis itu.

Padayappa masih berada di situ memerhati mereka berdua yang sudah bersuara antara satu sama lain. Marlia mengeringkan air mata di pipinya. Mendemah wajahnya dengan tisu itu juga. Lalu menghembuskan cecair hidung dengan tisu yang sama. Dan Siti Nurbaya menarik wajah geli-geleman melihat sikap pengotor Marlia. Hinggakan tatapannya dengan Padayappa saling berlaga menahan hati, menelan air liur melihat tindakan Marlia.

“Itu hati sudah sikit senang?” Padayappa menggeleng-geleng bertanya.

Marlia mengangguk menyua wajah sedih. Dan dia hanya menarik nafas dalam-dalam melihat perhatian kedua insan itu. Prihatin juga masyarakat Malaysia. Memang patutlah ada konsep 1Malaysia menjadi slogan Perdana Menteri.

Lantas Marlia menghulurkan tisu kotor itu kepada Padayappa, meski lelaki India itu tetap menyambutnya dengan wajah penuh kerutan persoalan. Dan dia terus berjalan menyusun langkah berdua dengan Marlia. Sempat dia menoleh ke belakang melihat Padayappa membuang tisu itu di tong sampah seraya menggeletar tubuh geli-geleman terlanjur memegang tisu itu. Dan kini Padayappa merungut seorang diri dengan geleng-geleng kepalanya dalam bahasa Tamil. Lucu.

Langkah mereka sehaluan sama menuju ke Zeng Business Centre. Dia menoleh ke kiri dan kanan memastikan tiada kenderaan sebelum menyeberang jalan. Sekilas dia memandang teman sepejabatnya itu sudah mengendur dari sedu-sedannya meskipun kesedihan masih menyergap seri wajah itu.

“Kau ni apahal, tiba-tiba saja menangis depan aku. Macam bini kehilangan suami. Sampaikan Padayappa itu fikir yang bukan-bukan. Apahal kau ni?” Jengkel dia melihat Marlia masih monyok.

“Zaki.. Zaki dah minta putus dengan aku.” Getar suara penuh kesedihan menerpa ke telinganya. Dia mengeleng kepala rupanya itu yang menjadi persoalan hinggakan Padayappa memikirkan dia yang bukan-bukan.

“Aku dah kata dari dulu. Zaki tu tak sesuai dengan kau. Berbuih sampai naik muntah aku cakap kat kau. Zaki tu mata keranjang tak padan dengan muka dia. Tak padan dengan badan dia. Ada hati hendak jadi playboy sebiji macam muka Austin Power.”

Siti Nurbaya menggeletar geli-gelaman saat membayangkan wajah kekasih Marlia saling tak tumpah dengan pelakon itu. Bila tersenyum gigi terjengul ke depan serupa dengan bugs bunny. Mengenakan sepasang kaca mata bingkai hitam. Badan pendek tetapi separas Marlia yang hanya 5’4? sahaja. Tetapi kalau soal wangnya memang Zaki ‘The Austin Power’ tidak bisa dipertikaikan.

“Ramai lagi lelaki kat luar melambak hendakkan kau. Apa yang kau tunggu sangat dengan Mat Austin Power tu. Kau menangis untuk lelaki begitu tak berbaloi langsung. Buang air mata. Buang tenaga. Aku ingatkan kau kena ragut dengan mamat motor mana pula. Atau kena raba-raba waktu naik bas ke? Ini hanya kerana Mat Austin Power tu.” Siti Nurbaya merengus.

Marlia sudah mencemik. Langkah mereka berdua sudah seiring dan menghala ke kedai runcit menjual snek dan surat kabar.

“Aku taulah kau dari dulu tak suka dengan Zaki. Tapi janganlah kutuk dia Mat Austin Power pulak. Sampai hati kau kata dia begitu.”

“Aik! Nak bela Mat Austin Power tu pulak daa..” Dia merembat satu surat kabar lalu membayar secukup harga dengan penjual itu.

“Sampai hati kau kata begitu. Aku mula-mula jatuh hati dengan dia sebab panahan gigi dia yang cukup unik tu laa. Kau mana tahu sentimen nilai seorang kekasih terhadap pasangannya. Yang kau tahu jalan sengguk-sengguk tak pernah berubah penampilan. Tengoklah sampai Padayappa pun ingat kau tu lelaki. Cubalah berubah sikit. Pakai macam orang perempuan sejati. Calit gincu kat bibir. Santun sikit. Gemalai lembut. Biar ada orang lelaki nak dekat. Ini kepala dengan gaya jalan macam rappers nak menyanyi lagu hip hop.” Bebel Marlia sudah bertukar peranan satu sama lain.

Bukankah dia yang sepatutnya berleter. Ini dia yang diceceh yang bukan-bukan. Suka hati dialah nak sengguk-angguk-geleng siapa nak peduli.

“Hei outta Marlia. Dont play-play with me. My way is my problem. Okey. Fullstop.” Dia menjeling. Berjalan sengguk-angguk-gagah ke pintu lif. Marlia berpeluk tubuh menjeling pandang.

Lantas telinganya menangkap lagi Marlia bersuara bagaikan teruja sesuatu. Dia berkalih kepada Marlia sudah tersenyum-kerdip-kagum dengan seseorang. Lantas dia berkalih ke gerbang pintu masuk lobi business centre itu. Seorang lelaki bertubuh cukup sempurna dengan lekuk di dagu. Berhidung mancung dengan sepasang mata mencekam gagah tentu wajah campuran Inggeris lelaki itu menawan hati gadis sesiapa saja teras tidak akan cukup untuk berkalih tiga empat kali.

“Wah! Reduan.. kacaknya dia hari ini. Kalau aku menjadi pendampingnya tentu Mat Austin Power aku tidak ingin pandang dengan ekor mata,” tutur Marlia.

Dan Siti Nurbaya sudah ke sekian kali melihat Marlia terkulai lemah melihat lelaki kacak terutamanya Director Casting tempat agensi mereka bekerja menjadi pujaan setiap gadis di situ. Marlia oh Marlia! Marlia tak habis-habis dengan mata keranjang dia. Memang padanlah kau menjadi Minah Austin Power tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience