Bab 16

Romance Series 4504

Bab 17

“MALU Ayu ni mak.. ayah,” rungutnya terang-terangan. Mahu saja dia menangis kalau tidak kuatkan iman.

Ketiga anak daranya duduk membisu di satu sofa yang memuatkan tiga orang. Tidak berkutik. Tidak berkalih. Hanya keluhan dan nadi kehidupan tetap ada di tiga jasad anak dara itu. Sedari tadi suara Mak Cik Siti Ayu yang membebel marah dengan sikap tiga anak daranya di majlis itu.

“Kamu hendak malukan apa Ayu. Bukan anak kamu buat benda tak senonoh. Bahkan kamu seharusnya bersyukur kerana apa yang dilakukan anak kamu itu dikira ringan tulang juga,” tutur ayahnya berkain pelikat dengan kameja lengan pendek dan duduk di sebelah ibunya yang berkacamata juga mendengar hal itu.

“Ayah kata tak malu. Ayah tak tengok waktu Tiya ni terkinja-kinja kat sana bawa lagu rock. Dah tahu diri tu anak dara berbaju kurung ke majlis orang kahwin patutnya duduk diam-diam sambil menikmati hidangan. Kamu pula Tina, dari rumah pakai parfum mahal-mahal sampai sana cuci periuk belanga ke apa bendanya tu. Habis baju kurung yang mak beli mahal-mahal tak ada gunanya.

Yang sorang ni lagi apa kerjanya. Ingatkan duduk sembang dengan anak siapa-siapa, rupanya jadi tukang hidang makanan pula kat sana. Sakit hati mak tengok kamu bertiga dah jadi macam kuli si Hawa. Paling sakit hati rupanya Hawa yang minta tolong kamu buat semua tu. Pun kenapa bendul sangat ikut saja. Kamu tahukan Hawa tu saja nak sakitkan hati mak. Tak kesiankan mak ke?” bebelnya tidak puas hati membuka hati yang terbuku.

Dipandangnya Siti Saleha berbaju tidur separas betis, tanpa dandanan dengan wajah keruh hanya berpekuk tubuh. Ditatapnya paras Siti Nurbaya, berpijama tidur hanya menghela nafas dengan memandang siling yang mempunyai dua ekor cicak berkejaran bagai hendak mengawan lagaknya. Dilihatnya Siti Raihana memapar riak hambar sekadar memerhati mereka satu persatu dengan jari-jemari yang asyik memintal baju kelawang yang dikenakan.

“Sudahlah Ayu, mak pun tak fikir seburuk itu mereka lakukan. Hanya sekadar kerja biasa bukan benda tak elok. Kalau pun si Hawa yang suruh tak apalah, berpahala juga membantu majlis begitu. Bukan mereka mencuri, berkhalwat atau benda lain yang tak manis. Kerja biasa yang dilakukan oleh siapa-siapa saja. Hanya kerana kamu tu saja yang bencikan si Hawa tu yang berfikiran begitu,” celah ibunya. ‘

Pandai pula ibunya membela Hawa jongang. Memang sejak kecil lagi sampai sekarang ni dia dan Hawa mempunyai masalah peribadi. Kalau mengenangkan saja ucapan-ucapan Hawa siang tadi selepas dia menepung tawar Haliza, mahu saja ditinju mulut wanita itu. Biar gigi jongangnya jatuh. Mudah pula dia menggelarkan Hawa Rongak.

“Maafkan kami mak. Janji kami tak buat mak marah lagi. Maaf ya mak.” Siti Saleha sudah bersuara. Perlahan-lahan anak salungnya itu mengangkat wajah dan menatapnya.

Dia yang berbaju kelawang batik pula hanya berpeluk tubuh dengan wajah bergaris keruh masih terasa didihan hatinya mengingatkan sikap anak-anak daranya. Ada saja benda dilakukan anak-anak daranya membuatnya tidak berkenan.

“Sorrylah mak. Relaxlah. Tiya pun minta maaf ni. Please forgive me mom.” Dipandangnya Siti Nurbaya sudah mulai menyuakan senyuman belum cukup sempurna. Bahkan dilihatnya Siti Saleha menyiku anak nombor duanya itu mungkin takut disalah eerti dengan gurauan tersebut.

“Tina pun minta maaf mak. Memang Tina tak bermaksud untuk membuat mak terluka. Lain kali Tina tak akan buat mak terluka lagi. Tina janji.”

“Maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami.. wahai cik Siti Ayu jangan merajuk.. maafkan kami si tiga dara Siti,” nyanyi Siti Nurbaya meniru lagu ‘Maafkan Kami’ oleh Allahyarham P Ramlee.

“Jikalau salah tolonglah tunjuk, kami rela kenalah ketuk. Nandung-nandung Dayang Senandung wahai Cik Siti Ayu maafkan cucu kami,” sambung Haji Razak pula menyanyi sama.

Spontan masing-masing berpandangan satu sama lain dengan wajah keruh tadi kian berubah gelihati lalu tertumpah ketawa masing-masing. Berkesan juga dengan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurbaya dan ayahnya.

“Baik, kali ni mak maafkan tapi jangan sampai jadi bendul si Hawa tu lagi lain kali. Mak ni bukannya apa, tak suka anak-anak mak diperlekeh begitu,” ujarnya.

“Alaa apa sangat dengan Hawa tu Ayu. Hantaran Haliza pun bukan tinggi mana pun kalau dibanding dengan anak kampung sebelah yang menikah dengan anak Pak Engku. Apa yang dikecohkan sangat. Besok lusa mana tahu anak kamu dapat calon suami hebat.”

“Alaa Saedah, paling penting ni biarlah calon suami itu berakhlak, beragama dan menghormati orang tuanya. Jangan pandang harta je, kalau itu yang diukur alamat buruk akibatnya,” nasihat ayah.

Dia mencemik wajah kembali. “Tapi penting jugakan, masakan nak suruh terima kuli biasa jer pinang anak Ayu. Oh iya, berapa hantaran anak Hawa tu mak?”

“RM20 ribu serba satu.”

“RM20 ribu serba satu!” Serentak ketiga anak dara dengan dia sekali menjawab dengan riak terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience