Bab 15

Romance Series 4504

Bab 15

AKHIRNYA balik juga dia dan tiga anak daranya ke Kampung Tok Angka, Seremban semata-mata untuk memenuhi undangan pernikahan anak kepada sepupunya Hawa Jongang. Tatkala kereta milik Siti Nurbaya memasuki perkarangan kediaman Haji Razak dan Hajah Saedah. Bunyi hon kereta membingitkan suasana hangat di halaman yang terletak pada tanah berkeluasan 2 ekar itu.

Rumah batu yang didirikan setingkat saja di atas tanah persendirian dengan kebun tanaman sayur berada di belakang rumah. Bahkan ayam dan itik perliharaan juga berada di belakang kediaman yang mempunyai 4 buah bilik tidur. Halamannya pula diapit dengan pohon nangka dan mangga yang tumbuh dengan rendang.

Pagar yang dibina dengan batu-bata di sekitar kediaman itu demi keselamatan dan had batas tanah persendirian yang dimiliki. Kedatangan mereka disambut dengan kokok ayam jantan mengepak sepasang sayap.

“Alhamdulillah selamat juga kita sampai,” ujar Mak Cik Siti Ayu yang duduk di belakang bersama Siti Saleha. Kereta Proton Gen 2 hitam milik Siti Nurbaya dipandu oleh pemiliknya. Sedangkan Siti Raihana baru saja terbangun dari lelapnya yang duduk di kerusi hadapan.

“Eh! Dah sampai ke?” tutur Siti Raihana sambil merenggangkan lehernya.

“Sampai dah.” Siti Saleha bersuara sudah keluar dari kereta itu.

“Cepatnya sampai. Baru Tina nak bermimpi best.”

“Buat tahi mata jer dia. Tina ingat kita nak ke bulan ke sampai berjam-jam lamanya. KL Seremban apalah sangat. Macam pergi pasar jer la. Tengok orang yang bawa.” Siti Nurbaya tersengih bangga sambil menaikkan kolar kameja tanpa dilipat. Bahkan seluar jeans tiga suku dikenakan bersama dengan sport shoes FILA.

“Mana semua orang ni? Sunyi je mak,” tutur Siti Saleha pula.

“Mesti ada, tu pintu depan terbuka luas. Takkan nenek kamu tu nak bising memekak pula,” ujar Mak Cik Siti Ayu.

Sejenak kemudian muncul Hajah Saedah menjenguk melalui jendela rumah dengan kacamatanya. Wajah cekung dengan mengenakan anak tudung di kepala dan baju kurung sedikit lusuh itu sudah berjalan ke serambi rumah.

“Assalamualaikum Nek!” Siti Saleha yang mengenakan jeans ketat dan baju berfesyen dengan kasut bertumit tinggi. Berjalan cukup bergaya umpama model atas pentas dengan beg tangan kecil disangkut pada tangan.

“Waalaikumusalam. Kamu kah itu Tiha?” Sepasang mata nenek mencerun pandang dengan badan separuh terbongkok kerana ingin mengamati wajah itu.

“Tiha lah ni nek. Siapa lagi kalau bukan cucu nenek yang paling voque dalam kampung ni,” balas Siti Saleha bersalaman-peluk-kucup dengan nenek yang bertubuh kurus.

“Amboi cucu nenek ini makin cantik pula. Kamu seorang saja yang datang Tiha.” Hajah Saedah mengusap-ngusap bahu Siti Saleha, membingkai senyuman.

“Laaa nenek pakai kacamata pun masih tak boleh lihat lagi anak 3 hamba Allah kat sana tu ikut balik sama.” Siti Saleha menjuih mulut kepada ibu dan dua Siti lagi yang masih berada di sisi kereta itu.

Mak Cik Siti Ayu melontarkan salam ayat suci kepada ibunya. Bahkan sudah saling berpelukan satu sama lain. Bertanyakan kabar masing-masing dan saling melepaskan rindu sesama mereka. Sudah setengah tahun dia dan anak-anaknya tidak balik ke kampung terasa pula rindu dengan kampung halaman.

“Kamu tambah sihat saja Ayu. Mak senang tengok kamu anak-beranak balik juga. Ni pasal nak datang majlis kenduri Hawalah ni,” ujar Hajah Saedah.

“Begitulah ceritanya mak. Hawa telefon Ayu, itu yang balik ni. Kalau tak susah benar nak ajak budak-budak ni balik kampung. Mak seorang jer ke kat rumah? Ayah mana?” Dia menanggalkan sepatunya.

“Ada kat rumah Hawa katanya bantu-bantu apa yang patut untuk kenduri kahwin anaknya.”

Lalu datang Siti Raihana yang bertudung Ekin dengan kameja lengan panjang dan jeans longgar, menghulurkan tangan kepada Hajah Saedah.

“Kamu siapa?” Hajah Saedah bertanya sambil mengamati wajah itu dari sebalik kacamatanya.

“Laa nenek ni, Tina lah ni. Masakan nenek dah tak kenal pula cucu sendiri,” tutur Siti Raihana tersenyum-senyam.

“Anak Ayulah mak. Tina, mak ni makin-makin teruk pula rabunnya,” celah Mak Cik Siti Ayu.

Hajah Saedah tergaru-garu kepala dengan tangan sebelah menuding ke wajah Siti Raihana. Sepasang mata wanita kian berusia emas itu bagaikan sedang menilik raut wajah Siti Raihana.

“Masya’Allah nenek sekarang ni asyik lupa pula. Mata pun dah tak kuat melihat. Otak pun dah makin nyanyuk sekarang ni. Maklumlah Ayu mak kau ni dah umur 70 tahun. Mujur tenaga boleh tahan juga bekerja di kebun belakang rumah ni. Boleh juga berjalan kemana-mana. Penyakit pun tak ada,” ujar Hajah Saedah yang sudah duduk di serambi tangga rumah batu itu.

“Eloklah tu mak takde penyakit membunuh zaman sekarang ni. Kalau mata rabun dan lemah daya ingatan itu perkara biasa untuk orang tua. Jangan pula sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan macam-macam jenis kanser itu yang menakutkan.” Selendang yang disimpul menjadi tudung pada kepalanya juga dikipas-kipas pada leher. Meski tidak terlalu panas sekadar kebiasaan berbuat demikian.

Lantas datang pula Siti Nurbaya sudah menghulurkan tangan dengan pertanyaan khabar Hajah Saedah. Saat tangan masih bergenggam saling bersalaman tetapi sepasang mata Hajah Saedah membuntang luas bahkan bagai mencari mencari jerawat halus pada wajah Siti Nurbaya.

“Ayu, anak jantan siapa pula kau bawa ni? Bukankah anak engkau pula ada tiga perempuan. Mana lagi yang sorang tu?” Tangan masih menggengam salam tidak dilepaskan.

Riak paras Mak Cik Siti Ayu berkerut sebal. Siti Saleha dan Siti Raihana sudah menyembunyikan senyuman. Sedangkan Siti Nurbaya menjeling ke arah lain, menahan hati dengan ucapan nenek mereka.

“Mak ni, inikan Tiya. Masakan mak pula dah lupa. Tiya ni memang begini dari dulu. Pakai macam orang jantan tak reti nak berhias macam orang perempuan. Mak dah lupa ke?” Mencemik wajah Mak Cik Siti Ayu. Bukankah dia sudah katakan pada anaknya untuk berhias diri sebagai orang perempuan. Inilah bahananya. Padan muka sendiri.

“Tiyalah ni nek. Apalah nenek ni, selamba saja cakap kita jantan. Ingat Tiya ni spesis haiwan pula ke?” Mencemik wajah Siti Nurbaya

“Masya’Allah cucu aku rupanya. Maaflah nenek Tiya, mata nenek kan dah rabun teruk. Manalah nenek tahu kamu pula Tiya. Kalau ia pun kenapa pakai begini. Mana perginya perempuan engkau ni Tiya.”

Hajah Saedah menarik kolar kameja cucunya mengatakan tidak kena dengan gayanya. Sudah itu seluar jeans tiga suku ditunjal-tunjal sudah persis anak lelaki. Bahkan rambut Siti Nurbaya cukup punya warna duo highlight pun ditarik-tarik, katanya macam rambut tidak cukup vitamin pula.

“Apa ni nek, ini semua fesyenlah. Selamba nenek saja kata Tiya begini.” Makin-makin mencemik wajah Siti Nurbaya. Bahkan dilihatnya anak dara itu saling menatap kedua anak dara di atas serambi rumah tersenyum-senyam dengan memandang arah lain.

Lalu deruman enjin motosikal Haji Razak kedengaran memasuki halaman rumah. Semua pandangan menghala kepada lelaki separuh usia, berkopiah putih dengan baju Melayu dan berseluar hitam.

“Itu siapa pula yang datang Ayu. Laki kamu ke?” Mencerun pandang sepasang mata Hajah Saedah memerhatikan motosikal kapcai yang baru disadaikan di sisi Kereta Gen 2.

Berkerut dahi Mak Cik Siti Ayu. Bertempiaran ketawa anak-anaknya mendengar ucapan nenek mereka.

“Apa mak ni, itu kan ayah. Laki Ayu dah lama matilah mak.” Tercemar nada suaranya. Daya lemah ingatan orang tua itu bukan saja mampu membuat hati tercuit lucu tapi tersinggung hati jangan cakap.

“Oh iya tak iya juga. Laki kamu dah lama arwah, mak ni asyik lupa saja kebelakangan ni. Sampai laki mak sendiri pun dah tak perasan pula.”

Masing-masing datang menghulurkan salam dan bertanya khabar sesama mereka. Siti Raihana membantu atuknya itu membawa plastik yang berisi daging kerbau yang baru disembelih untuk dibuat lauk.

“Tak sangka pula yah cucu-cucu ayah ni semua dah besar panjang. Macam baru saja perasan kamu bertiga ni dah layak untuk mencari calon suami pula,” ujar Haji Razak.

“Itulah saya kata dengan mereka, semakin mereka membesar makin teruk pula sakit pelupa saya ni. Rasanya macam baru kemarin lihat anak kecik bermain di ruang tetamu kita kan bang. Sampaikan pasu bunga Saedah pecah semalam. Tu siapa yang buat tu. Kamu ke Tiya?”

“Eh! Apa nenek ni sekarang main tuduh-tuduh pula.” Siti Nurbaya menjeling sekilas dengan menghembus segumpal nafas.

“Apa kamu cakap ni Saedah. Anak-anak kecil yang semalam datang tu kan anak-anak si Rahman. Cucu-cucu kita juga tapi bukan mereka ni. Kamu ni cepat benar lupanya,” balas Haji Razak menggeleng kepala.

Tersengih simpul Hajah Saedah sudah tergaru-garu kepala memikirkan hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience