PROLOG

Romance Series 7330

"Abang percayalah cakap Sofea, Sofea tak buat semua tu. Sofea ikhlas kahwin dengan abang."kata-kata Sofea cuba pertahankan dirinya dengan juraian air mata.

"Kau tak payah tipulah perempuan! Aku tau kau dah bomohkan mama dan papa aku! Sebab tu diaorang beria-ria sangat nak kahwinkan aku dengan kau." Tengking Rayyan terhadap isterinya tanpa belas kasihan.

"Bie, kan I dah cakap perempuan ni nak harta you je. Dia bukan ikhlas pun kahwin dengan you. Dasar perempuan murahan!" Tambah Dian dengan senyuman sinis dilemparkan kepada Sofea. Dalam hati dia sudah bersorak gembira sambil berkata 'Rayyan milik aku'

"Ya Allah, sumpah Sofea tak pernah guna benda-benda syirik macam tu" ujar Sofea yang sudah menggigil mendengar tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Dian sudah meluat melihat Sofea yang berusaha mempertahankan dirinya. Baru sahaja dia mahu menunjal kepala Sofea, perbuatan dia dihalang oleh Rayyan. Dian tersentak.

"Sayang you balik dulu biar I ajar perempuan ni cukup-cukup"kata Rayyan kepada Dian.

"Tapi bie...." Belum sempat Dian menghabiskan kata-katanya, Rayyan memotong "I cakap balik Dian,please Dian" kata Rayyan separuh merayu

Dian akhirnya mengalah dan mula melangkah keluar dari rumah Rayyan sambil menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.

"Kau cakap dengan aku perempuan berapa yang kau nak daripada aku? Aku tahu orang macam kau ni sanggup buat apa sahaja walaupun melakukan perkara syirik dan jijik untuk dapatkan duit" tanya Rayyan kepada Sofea dengan nada yang tinggi

"Abang saya bukan perempuan murahan yang boleh dijual beli, saya ada maruah diri, saya bukan pelacur dan saya berani bersumpah yang saya tak buat perkara syirik macam tu" tengking Sofea.

"Kau memang cari nahas kan perempuan! Fine, aku akan buat kau menyesal sebab kahwin dengan aku!" Lantas Rayyan menolak tubuh Sofea dengan kuat sehingga tubuhnya jatuh di atas katil dan ditindih oleh Rayyan sehingga menyebabkan pergerakannya terkunci.

Sofea berasa panik dan takut.Dia berusaha menolak tubuh Rayyan yang menindihnya namun gagal. Dia merayu agar Rayyan melepaskannya namun Rayyan tidak mengendahkan rayuannya.Sofea akhirnya hanya merelakan Rayyan meratah tubuhnya dengan deraian air mata.

Akhirnya, malam itu berakhir dengan penuh derita bagi Sofea apabila orang yang paling dia cintai memperlakukannya tidak ubah seperti seorang pelacur.

Hai readers yang disayangi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience