BAB 14

Romance Series 7330

Setelah 2 hari berkampung di hospital akhirnya Sofea dibenarkan pulang. Icha datang bersama Faiq untuk membantu Sofea apa yang patut.

"Iq, terima kasih tau tolong Fea haritu. Kalau Iq takde tak tahulah apa yang jadi dekat Fea, mungkin Fea dah ma---"

"Ish, apa lah Fea ni cakap macam tu, bukan kita yang tentukan kita mati bila dan bagaimana, tu semua kerja tuhan tau. Lagipun kan Iq selalu pesan kalau ade apa-apa call je Iq, I always got you're back Fea" jawab Iq memintas kata-kata Fea. 'Cause you're my the other half but we're not meant to be together' kata-kata itu tidak mampu meniti di bibir Faiq kerana terlalu pahit untuk ditelan.

"Alah, Fea ni kita kan family, family always have each other right?" Kata Icha dengan ceria apabila melihat wajah abangnya berubah mendung. Dia tahu apa yang bermain di fikiran abangnya.

"Takdelah Icha, Fea cuma rasa Fea ni menyusahkan semua orang pulak. Oh by the way Rayyan tak datang sekali ke jemput Fea??"

"Macam biasalah Rayyan tu Fea, mana naknya die jemput isteri atas kert.....Aduh!" belum sempat Faiq selesaikan kata-katanya kepalanya sakit akibat diketuk oleh sesuatu

"Banyaklah kau aku tak datang. Aku datang lambat sebab aku ade meeting tadi. Suka hati je cakap isteri aku isteri atas kertas.... Kau cakap jeles dengan aku sebenarnyakan sebab Fea jadi isteri aku bukan kau kan?" Kata Rayyan sambil tangannya melingkari pinggang Sofea dengan senyuman sinis.

"Eh, awak saya ingatkan awak tak dat----" belum sempat Sofea menghabiskan kata-katanya Rayyan sudah mengucup sekilas bibirnya. Terkedu die dibuatnya lantas pipinya berona merah kerana malu

"Aip, dah lupa ke apa abang cakap semalam? Call me abang and if you don't one kiss for you as a punishment. Got it honey?" Kata Rayyan dengan senyuman menggodanya menghiasi bibir.

"Semua dah siapkan Fea, jomlah gerak kang lambat pulak sampai rumah. Semua dah tunggu Fea dekat rumah" kat Icha untuk menutup situasi yang janggal itu.

Dengan sepantas kilat Sofea menjarakkan dirinya dari Rayyan dan berjalan ke arah pintu dengan tergopoh gapah sehingga die tersadung kakinya sendiri namun, dia bernasib ada tangan yang menyambutnya

"Are u okay honey??" Soal Rayyan dengan wajah risaunya

"Aaa....sa..sayang okay je" jawab Fea tergagap-gagap kerana dadanya berdegup dengan pantas akibat terkejut dan malu dengan situasinya sekarang.

Faiq terus berlalu dengan hati yang retak seribu. Jika dia jahat mungkin dia akan hasut Sofea untuk bencikan Rayyan namun dia sedar hati seorang Sofea hanya untuk Rayyan bukan untuknya.

Setelah memakan masa hampir sejam perjalanan akhirnya mereka tiba di kediaman Tan Sri Azman. Sofea mengeliat kecil untuk meregangkan otot-otot badannya akibat terlalu lama berada di dalam kereta.

"Menantu mama dah sampai... Mari masuk sayang Mak Mah dah siapkan makanan untuk menantu kesayangan mama ni. Jom semua masuk makan tengah hari dulu" kata Puan Sri Isabella lalu memeluk lengan Sofea dan menariknya untuk masuk kedalam rumah sebelum langkahnya terhenti oleh suara seseorang.

" Amboi mama dah jumpa menantu terus lupa Ian. Majuk lah cenni" kata Rayyan dengan muka yang sengaja dimonyokkan

" Biasalah tu Ian kita ni kan lelaki tersakiti" jawab papanya dengan wajah yang sedih

" Jom sayang kita makan" kata Faiq lalu memeluk lengan Rayyan dan menyandarkan kepalanya di bahu Rayyan dengan muka miangnya

" Aku bukan kunyitlah gila" jawab Rayyan sambil menolak kepala Faiq yang berapa di bahunya.

Aksi mereka itu mengundang gelak tawa semua yang berada disitu. Gamat ruang itu dengan gelak tawa mereka sekeluarga. ' Aku harap keluarga kau akan selalu bahagia macam ni Man' kata Dato' Zahari dalam hati.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhati mereka dari jauh dengan rasa sakit yang membara.

Sorry to keep u guys waiting so long for the update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience